Wednesday, August 10, 2005

Akashi Municipal Planetarium..



Pagi, ayah sibuk, siap-siap kemas... tolong Haziq buat shukudai. Jam 1.00pm ayah ajak ke Akashi Planetarium, sampai sana 2,30pm goro... Round kat dalam, naik sampai tkt. 13, nampak seluruh Akashi dan Jambatan Awaji, iaitu jambatan yang menyambungkan Pulau Honshu ke Pulau Awaji. Jam 3.50 pm, masuk tengok planet... tengok ajelah sebab dalam nihongo, gelap pula. Shownya 50 minit, ayah nemashita. Planetarim ni ada juga di Kobe, Port Island, sengaja tukar selera.

Bahan menarik disini ialah jam besar yang menentukan waktu seluruh Jepun. Inilah jam utama Jepun. Disini juga dipamerkan ucu medaka (ikan medaka angkasa) yang masih hidup. Ikan ini telah naik keangkasa. Umurnya sekarang sudah 11 tahun, seusia dengan Athirah.

Di Planetaruim sampai 5.00pm goro, balik singgah di Marinepia bazaar..... Asar dan Maghrib kat sana. Noritake sales... Ramai juga student Malaysia kat sana, dari Pulau Shikoku pun ada. Bertembung juga dengan Dayang dan Linda di kedai Adidas. Mereka ajak kepantai, tapi kami tak boleh pergi sebab anak-anak tak bawa pakaian renang. Balik makan malam kat sushi row bersama undergrad Kobe dan beberapa orang kawan mereka. Oishi katta desuta.