Monday, August 15, 2005

おはたしほ さん- Ohata Shiho san





Seperti biasa anak-anak masih bercuti, shukudai masih belum disiapkan sepenuhnya. Kesian Haziq kena buat ulasan buku cerita yang dibaca. Sensei bekalkan 2 mai kertas yang siap berpetak 20x20cm. Pagi ini ummi suruh dia habiskan baca sebuah buku cerita, kalau tak habis tak boleh pergi main mushi king lagi. Alhamdulillah habis dibacanya.

Jam 11.30 am goro ummi dapat telefon dari Ohata Shiho san, kawan lama kami, dimana anaknya Riku chan sekelas dengan Haziq semasa Kuma Gumi di Yochien. 2004 mereka berpindah ke Okayama shi. Dia beritahu dia berada di Oji Dobutsuen.. kalau ummi free dia ajak datang. Ummi ok ajelah, sebab memang dia dah e-mail nak jumpa cuma tak tahu bila. Lama juga kami disana, dari 12.30 hngga 3.15pm. Puas anak-anak kami bermain. Kali ini tidak malu-malu lagi. Tahun lepas ummi berjumpa mereka di Korakoen Okayama, Haziq dan anak-anaknya malu-malu. Hampir 1/2 jam baru boleh main macam biasa.

Balik rumah ayah dah ke Daigaku, Prof. Seichi Fukui panggil. Kesian ayah, ingat bila dah submit July 28 boleh jalan-jalan, rupanya selagi tak viva, tak boleh kemana juga. Sekarang berjumpa examiner pula, untuk pastikan masa viva tak teruk kena... Minta-minta lepas viva terus lulus, tak ada pembetulan lagi. Amin.