Thursday, August 25, 2005

Kaoru Yochien Natsu Matsuri...


Bangun pagi masukkan barang dalam kotak lagi dan tulis listnya, dapat siapkan 2 kotak hari ini, Alhamdulillah juga... Breakfast hari ini, soba dan tempura sahaja. Ummi sibuk kemas, Haziq buat sakubun (ulasan buku). Susah katanya, ummi minta Athirah tolong dia. Hari ini Ikram ada class Kato sensei.

Jam 9.00 pagi kami pergi pasar basah kat Lamu, ini kali pertama kami pergi. Lamu adalah satu supa baru 24 hours. Tempat ni kami temui tanpa sengaja 2 bulan yang lalu semasa jalan-jalan cari makan... rupanya setiap minggu hari Khamis ada pasar basah kat situ, tapi selalu lupa nak pergi. Hari ini pergi, nampak murah-murah juga, hai.. nak balik baru jumpa... kali ini ummi beli udang dan ikan sahaja.

Jam 2.00 petang goro Takuya Kun, panggil Haziq. Dia nak pergi Kaoru Yochien.. baru ummi ingat hari ini ada Natsu Matsuri kat yochien. Mujur acara mula jam 4.00 hingga 6.00 petang. Takuya kun pergi cepat sebab okaasan dia ada duty kat matsuri tu.. Jam 3.30 petang kami ber4 pergi jalan kaki sahaja. Hanya petugas yang ada, kami sampai kira awal jugalah...

Haziq beli juice dan pop corn serta main yo-yo tsuri, supa boru dan kujibiki... raya sakan. Ummi biarkan sahaja hari ini sebab mungkin inilah last dia ke yochien tu dan main dengan kawan-kawan dia... Josei kun dan Kazuki kun.... Kami balik hingga acara selesai. Ikram dan Athirah balik dulu... malas dia nak tunggu.

Perjalanan balik ummi tanya Haziq, Haziq suka ke Yochien? dia jawab... budak kecil aje suka Yochien, dulu Haziq pun suka yochien, bila dah masuk 1 nensei, suka gakko pula. Ummi dapatlah masuk jarum sikit, begitu juga nanti, bila Haziq balik Malaysia, Haziq suka pula sekolah Malaysia... dia kata, belum tahu lagi ummi.. Haziq suka sekolah Jepun juga...

Balik ummi bawa mereka pula ke コ―ナン。 Belikan ayah post-it... persiapan untuk oral examination 8/29 ni... Mudah-mudahan dilancarkan lidah, ditenangkan hati. Amin. Ganbatte ayah... Kami sentiasa doakan ayah.