Saturday, August 20, 2005

Maya san hoshi matsuri

Petang ini kami berjaya lagi terpilih untuk menikmati suasana waktu malam di puncak Mt. Maya setelah menghantar hagaki sebulan yang lalu. ..Yatta!. Acara ini dibuat sempena Maya san hoshi matsuri. Penat juga, pagi tadi sibuk dengan mizu teppo, lepas Asar bergegas pula ke Maya San. Untuk ke puncak Mt Maya kami terpaksa naik cable car dan ropeway. Mujur juga natsu yasumi kanak-kanak sekolah diberi percuma, so kami berdua sahaja yang bayar, selamat yen...
Kat sana orang dah ramai, daftar nama dan dapat omiyage. Penganjur menyediakan lapik tempat duduk yang luas untuk kami menikmati suasana malam ini. Acara bermula dengan nyanyi-nyayian, main binggo, menonton lakunan student dari Kobe Daigaku, tengok tayangan mengenai bintang... khuyuk Athirah dan Haziq mendengar... mereka memang minat dengan bintang dan bulan, hajat nak naik bulan tu. Mudah-mudahan tercapai. Amin.


Seperti biasa, orang tengok acara, kami bergambar... cantik sungguh permandangan waktu senja waktu itu, ada bulan, cuma bintang belum kelihatan...
Rezeki ayah, hari ini dia dapat binggo... Athirah yang mulanya dapat banyak tapi tak mengena...
Selesai penerangan mengenai bintang kami diberi peluang meneropong bintang.
Tiba gilaran Haziq meneropong bintang...... nampak ke?
Kami juga mendapat cabutan bertuah untuk mengambil gambar bulan dengan kamera yang disediakan. Hasilnya di print untuk kami... dia akan post nanti, sebenarnya dia nak print malam tu juga, tapi kami tak boleh tunggu sebab panggilan untuk last ropeway telah dibuat, kalau tertinggal nanti, nak turun dengan apa malam-malam ni...?

Agaknya macam inilah ahli falak tengok anak bulan untuk puasa dan raya... Kat Malaysia kalau buat kan bagus, dapatlah memupuk minat anak-anak yang suka untuk menjadi angkasawan...
Uhhh...letih betul malam ni... esok nak kemana?

5 comments:

lynn said...

kak, bestnyaaa.. lynn mmg ada jenguk pasal acara kat mt rokko tu.. nampak cam best jer.. agak2 kami boleh pergi ke ? cam ne yer..

lynn said...

eh silap mt maya.. tp mt rokko ada juga kan.. mmg kena buat hagaki tu ke ?

Anonymous said...

Program tu setahun sekali, tapi setakat nak ambil gambar dan menikmati suasa senja sendiri, bila-bila pun boleh... Diatas tu ada tempat lapang dan taman permainan, boleh duduk2 dan picnic pun..

lynn said...

ooo.. mcm tu, insyaallah bila2 ada masa nanti nak g juga lah..

Anonymous said...

Enjoyed a lot! Repair manual for subaru Ringtone format Slave mistress slave men sex Advantages of overhead projectors projectors and screens damages 401k plan disqualified Australia voip divorce form Digital camera printing centers Buick riviera 1996 1999