Mengantuk betul pagi ini.. malam tadi tolong hubby sampai suboh.. tidur sekejap buat sarapan pagi. Walau hari ini Sunday, tapi Athirah dan Haziq ada nichiyou sankan iaitu sekolah hari Ahad. Kebanyakan sekolah di Jepun memang mengadakan NIchiyosankan ni untuk kaum bapa melihat anak-anak mereka belajar. Sebelum ini, kelas hari Ahad ini di panggil juga chichiyo sankan, iaitu hari bapa belajar(lebihkurang begitu) Nichiyo tu dari Nichi youbi.
Hubby memang tak boleh pergi, kesian hubby, dia memang suka pergi sekolah anak-anak tapi sebab tak siap thesis, kena submit pula Hari Isnin ni, dia buat kerjalah dirumah. Jam 8.15 pagi Ummi pergi dengan Ikram. Sampai depan sekolah, nampak Haziq sedang siram pokok あさがお (asagao) - morning glory dan pokok tomato.. besar betul tomato dia.. buahnya banyak, tapi zannen Haziq tak suka tomato. Dalam kelas Haziq ada berbagai hiasan buatan anak-anak dan didepan kelas pula diletak pula pokok buloh, untuk tanabata.
Penat juga hari ini sebab waktunya sama 8.30- 10.30, kejap kelas Haziq, kejap kelas Athirah. Seronok juga kalau Malaysia buat acara tu...Kelas Haziq, kebetulan べんきおうかかり Haziq bertugas あさのかい , jadi dapatlah tengok dia bercakap kat depan dengan 7 murid yang lain, Haziq mainkan CD lagu dan menyanyi bersama-sama. Masa kelas dia belajar sansu, Ummi dan Ikram pergi kelas Athirah, masa tu kelas Athirah pula main muzik dan menyanyi juga. Masa kelas kokugo pun tengok kelas Haziq, dia kena bercakap juga, bagus betul Haziq, sensei tanya, sentiasa angkat tangan... lurus pula tangan dia tu... beriya-iya nak menjawab. Athirah pula, kena menulis di depan.. lepas tu bila sensei suruh baca, perlahan betul dia baca.. malu lagi nak bercakap depan orang ramai, masa menyanyi lagilah suara pun tak dengar.
Yasumi jikan, Haziq ajak juga Ummi tengok dia main tsuriwa. pandai betul dia, bergayut-gayut.. sekejap saje sampai hujung. Habis yasumijikan, Ummi masuk kelas せいかつ Haziq, parents dan anak-anak sama-sama buat たけとんぼ - dragon fly, lepas tu sama-sama terbangkan tonbo, masa terbangkan tonbo, Ikram aje keluar dengan Ikram, Ummi pergi pula kelas Athirah sampai jam 10.20pagi.
10.30 pagi, semua kena masuk roka, dengar ceramah tentang Kobe... entahlah bukannya faham pun. Penceramah tu pula, punyalah rajin, 2 jam straight dia bercakap, umur dia dah 82 tahun, kuat betul. 12.30 habis ceramah tunggu Athirah dan Haziq kat kelas mereka. Hari ini disekolah ada menjual pakaian renang, Ummi hanya belikan Haziq topi berenang. Topi Haziq warna biru.
Lepas Asar, hubby suruh beli kertas fotocopy 6 rim kat コナン. Pergi dengan anak-anak. Hari ini Ummi beli bunga. Esok bolehlah menanam. Selesai di コナン Ummi pergi pula kaimono kat Kansai Supa.. harga boleh tahan juga.. sushi murah-murah dan cantik-cantik. Kami beli inari sushi untuk makan malam bersama pecal. Pecal tu, kuahnya mak bawakan masa datang tempohari... kali ini kuahnya manis pula.. tapi sedap.
Malam tolong hubby lagi, tapi malam ini sekejap aje, tak tahan mengantuk, sampai tertidur depan laptop. Kesian hubby tak dapat tolong banyak.. tengok kita tertidur banyak kali kat laptop, dia kejut suruh tidur. Apa lagi? Oyasuminasai
父の日 おめでと。
Selamat Hari bapa, semoga berjaya mendapat gelaran Dr...dan menjadi bapa yang dikagumi oleh anak-anak. Kami hanya hadiahkan ayah lukisan kami. Lepas ayah siap kami nak ajak dia keluar makan kat Saizeria. Sekarang ni ayah serius ajer.. kami tak boleh bising. Bila ayah sibuk sangat, Ummi akan bawa kami keluar.
4 comments:
Kereta dah tanya. Keluaran tahun nie. WIRA sama macam mak. Auto 1.5. Harga RM51,000.
That's a great story. Waiting for more. Faucets bathrooms ogg mp3 player portable Kitchen rugs cotton Charcoal water filter for shower head floating shelves adult image galleries celebrities a anderson pamela Chemical formula botox Which actresses wear eyeglasses volvo fuel economy Part time teaching jobs Mercedes dealers Nsx acura
Best regards from NY! » »
Very nice site! » »
Post a Comment