Saturday, June 11, 2005

Yasumi desu...


handsome?

Lepas suboh... semua santai atas futon sambil tengok Tv... Best juga tengok cerita kanak-kanak... 9.00 pagi semua dah bangun dan siap-siap minum pagi, makan nasi berlauk. Makan kenyang-kenyang, lepas Zohor tu pergi Mikage gunting rambut hubby dan Haziq. Shopping kat Nagasakiya dan Daiso.. Balik hubby terus hantar ke Minooka shogakko sebab Haziq nak dengar はなしかい (hanashikai) -story telling. Ummi da Athirah tak masuk dengar hanashikai tapi kami tengok buku-buku kat luar sahaja.

Jam 4.00 goro kami balik dan lepas Asar pergi pula main badminton dan tennis. Busy betul hari ini, makan pun tak tentu... Maghrib pun kat gym. Balik singgah pula di Sunshine wharf... tengok-tengok aje dan ambil gambar.. nak buat telefon tapi dah tutup.. staf tu simpankan esok sampai jam 7.00 petang... kangai yo.. nak ke tak nak sebab harganya dah 6 ribu yen lebih...

Balik cuba-cuba buat draft untuk speech on Monday.