Seperti biasa, hari ini sedang kemas-kemas dalam bilik tatami, dengar "krok,krok" dari balik sofa, rupanya bunyi dari anak kabuto muchi Haziq... dah besar agaknya, aktif sikit Haziq punya ni dibanding dengan Athirah dan Ikram punya.
Haziq balik sekolah jam 2.30 petang, hari ini hari busy bagi anak-anak kerana ada KUMON. Hari ini Haziq best betul, semua shukudai dah siap, tinggal buat sifir 7 ajer... tak sampai setengah jam hafallah dia. Ikram pergi dulu hari ini sebab Athirah pulak tak siap lagi shukudai... jam 4.45 petang baru kami pergi. Balik sama-sama... adalah pembantu bawa barang...
Hari ini cuba-cuba buat ketupat, tapi tak ingat, cuba hubungi Fadiah, dia pun tak ingat.. nampaknya tak dapatlah nak tunjuk buat ketupat. Malam tengok anak-anak belajar.
No comments:
Post a Comment