Hari ini selepas Suboh semua tak tidur semula, siap-siap nak pergi bazaar dan ke rumah host family, Takarazuka no Takasedai. Sambil berkemas-kemas rumah dengan bantuan anak-anak sediakan asagohan, pagi ni makan roti ajer.... Buat juga cheese cakes untuk dibawa ke rumah Kinjo san disamping tepak sireh sebagai hadiah.
Jam 8.00-10.30 pagi pergi bazaar kat Gokoku jinja, pagi ni beli mesin pancing ryobi 150 yen, japanese bowl dari kayu lukisan tangan, 1800 yen, jahitan silang pangkah bunga rose, 200 yen, jam tangan jenis Kansai Matsumoto, Japan design 1000 yen dan brooch dari buluh 100 yen satu. Haziq pula beli buku. Ikram dan Athirah dapat T-Shirt.
Jam 11.00 lebihkurang kami ke Takarazuka, kali ini kami pergi ikut jalan Rokko San, letih juga.. ikut bukit berpusing-pusing, tapi dekat. Jam 12.10 tengahari sampai diarea rumah dia... ternampak Kinjo san turun bas bawa bungkusan bento... berhenti dan bawa dia balik kerumahnya.... Kat rumah Kinjo lelaki sedang menunggu. Bagi cakes dan hadiah, suka betul dia dapat tepak sireh, kami pun terangkan kegunaan tepak sireh tu... dia siap keluarkan kamus malayalam... Kinjo san ni seorang Prof. di sebuah Daigaku di Osaka, mengajar English Literature... bahasa tak boleh lawanlah... Belajar USA/UK dari Undegrade lagi... Kali ini kami tak teruk kena soal, sebab dia terpaksa pergi meeting tengahari tu.. so sekejap aje kami jumpa dia, Kinjo perempuan lupa ojisan ada meeting... sebab tu dia suruh datang rumah dia hari ini.... tapi ok juga.. kurang sikit soalan.
Lepas makan-makan tenpura, kami tengok gambar keluarga dia, dia keluarkan Yukata dan ajar pakai serta hadiahkan Ummi Yukata sepasang bersama peralatannya... tak terkata Ummi, cantik, warna biru putih, obacan kata, warna biru dan putih ni, original Yukata..obi warna coklat.. sock warna putih macam kasut pun dia beri tapi itu untuk Kimono. Selesai maka-makan dia ajak kami pergi bandar, shopping... kali ini dia belikan Athirah Yukata dan peralatannya, siap kasut sekali. 1 mang lebih semuanya... Sibuk betul dia nak membelikan Athirah.. lepas tu dia bawa pula pusing dalam kedai, tak berani nak pegang benda lain, takut dia belikan... apa pula nak balas nanti. Akhirnya dia belikan buah-buahan di kedai yang selalu dia beli buah-buahan yang di kirimkan kerumah kami. Orang tu pun ingat kami duduk Kobe, sebab dia kata orang tu yang tolong post untuk dia...
Jam 5.00 lebihkurang kami hantar dia balik dan terus balik kerumah melalui jalan 121. Jalan raya sesak sikit sebab baru habis lumba kuda.... Makan malam hari ini tenpura dan blueberry pai dan buah-buahan yang diberi oleh Host Family. Kenyang.
Lepas makan... bantu anak-anak belajar.
2 comments:
Very cool design! Useful information. Go on! pain medications ultram tramadol card compact flash sale Before after photographs liposuction surgery Harter desk chair 50mg+ultram B ultram b overnight Ac tramadol ultram Wellbutrin xl coupon River running rogue river Traditional furniture Asain swimsuit bondage prozac fluoxetine big run pennsylvania evista sideefects Wrx custom car cover
Excellent, love it! » » »
Post a Comment