きょのてんきははれです。 Haziq dan Athirah pakai baju sukan。 Selesai anak-anak kesekolah, segera ke Kobe Kaisei hospital, nak cepat sebab ada check darah... kalau lambat ambil darah, alamat jam 11.00 pagi tak selesai lagi. Hari ini jam 8.45 dah siap ambil darah... dermatolgy department pulak dah bertukar ke tingkat 1, cari-cari tak jumpa.. terpaksa jugalah bertanya.. rupanya kat pintu masuk, tak perasan masa tu... Hospital ni sekarang sedang buat renovation... itu yang agak susah sikit, parking space berkurangan... hari ini jalan kaki sahaja.
Tengahari ikut hubby ke Masjid. Petang pula bawa anak-anak ke Nada City Hall, Fukuda sensei dah tanya Ikram mengenai surat pengesahan tentang hubby tak bekerja di Jepun. Oleh kerana terlewat sedikit, bas 18 dah lepas, naik bas no.2 sampai Hankyu Rokko, jalan kaki pula ke Rokko michi.. jam dah 4.40 petang, giri-giri betul... Jalan cepat-cepat, sampai kat Pejabat City Hall, jam 4.59 petang.. tanya kaunter dia kata surat tu di tingkat 3, memang dah cukup masa.. tapi Alhamdulillah, kami dilayan macam biasa, tak siapa pun yang keluar dari office tepat jam 5.00 petang, teringat masa kat office dulu, jam 4.40 dah ada yang beratur (bukan semua) nak punch card jam 4.45 petang.... ini dulu, tapi sekarang ni tak tahulah sebab dah 3 tahun setengah tak kerja... harap-harap semua dah berubah, sudah jadi pekerja yang lebih dedikasi...
Malam ini semua tidak boleh tengok TV sebab esok Ikram dan Athirah ada test kanji kente, katanya semua dah ready... kita kecut perut tengok dia.. mereka selamba aje... harap-harap lulus esok. Amin. Ganbatte ne...
1 comment:
Looking for information and found it at this great site... » » »
Post a Comment