Friday, June 10, 2005

Yorugohan kat Nada Kaikan...

Alhamdulillah... hari ini Ono sensei turunkan dos NEORAL (50mg) dari 3 kali sehari kepada 2 kali sehari, selbex (50mg) masih tetap 3 kali sehari Ubat sapu pula diganti kepada lebih kuat iaitu campuran オキサロール dan リンデロンレ。 Mudah-mudahan sembuh betul berubat kali ini, berubat ni kadangkali malas sebab tu lah tak baik-baik, kali ini dah janji dengan diri supaya berubat betul-betul, jangan tak pergi oppointment.

Balik Kobe Kaisei, terus ke Rokkomichi, beli ribbon nak buat ketupat..

Petang jam 2.00 petang Haziq balik, terrgesa-gesa dia nak pergi rumah Umesaki Takuya kun bersama Megumi chan dan Ayakan chan. Jam 3 petang goro Umesaki san datang bersama Takuya kun dan Maya kun ambil mereka... berbagai okashi dibawanya.. controller PS2 pun dibawanya. Jam 5 petang Oota san bawa dia balik sekali. Gembira betul hari ini. Beritahu nak pergi lagi...

Malam ke kaikan, bilik Fadiah, hajat nak belajar ketupat, tapi semua dah lupa.. makan malam kat sana... jam 11.00 goro baru balik. Esok cuti jadi budak-budak dapatlah tengok TV.

2 comments:

Anonymous said...

Best regards from NY! »

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! anypill.biz bupropion zyban contact hard lens removal Laptop wholesale Claytonmark freezeproof faucet Nerds candy toys