Pagi ini Haziq menangis kuat betul sebab buku こくご tak ada dalam randoseru. Hari ini pula ada subject tu..
Ummi: semalam ada tak こくご kat sekolah?
Haziq: Ada...
Ummi: Haziq tinggal dalam meja tak?
Haziq: tak ada..
At last
Haziq: Ummi, semalam Haziq ada letak buku atas meja sebelah, mungkin itu buku こくご
Ummi: Yes.. mesti itu. tapi kalau pagi ini Ummi jumpa buku tu, Ummi akan hantar kesekolah.. ok?
Haziq: diam ajer dengan muka monyok... berfikir agaknya...
Dah puas hati barulah dia diam, dan turun tunggu kawan-kawan lain.
Haziq, Haziq takut betul buku dia hilang.. dia tak suka nak share dengan kawan-kawan kalau tak bawa buku.
Hari ini group Haziq bertambah seorang lagi iaitu Maho chan, dia ni ex-classmate Haziq masa di Kuma Gumi di Kaoru Yochien, tapi pertengahan tahun 2003 dia ke USA ikut parents dia. Sekarang dia balik dulu, tinggal bersama dengan obachannya yang terror berbahasa Inggeris. Sedap Inggeris dia, sebiji-sebiji tapi very clear.
Hari ini Katchan pula terlambat, mereka pergi dulu. Balik sekolah, Katchan, ajak Haziq kerumah dia, beriya-iya mengajak, Ummi benarkan, mujur ada okashi kat rumah, so bawa ajelah.. Kebetulan dari Isnin sampai hari ini, Ikram ada test, so dia balik cepat, tiada bento... minta dia hantar supaya tahu dimana rumah Katchan. Haziq tak pernah kerumah Katchan, jadi kami semua tak tahu dimana rumah dia. Jam 3.40 emak Kat chan called, dia hantar Haziq sampai Gomo tenji, minta jumpa disana, Ikram pergi sekali lagi ambil Haziq.. tanoshikatta desu. Katchan beri dia 7 keping kad kabuto mushi. Suka betul...
Petang ni.. hubby gelabah balik, tiba-tiba Prof. Seichi Fukui, e-mail minta jumpa dia esok, dia kata nak discuss tentang translator dan dissertation dia. Translator tak jadi masalah, sebab dia dah dapat student Malaysia yang dah balik, anytime. 10000 yen sehari, siapa tak nak. Isniah dah setuju. Dissertation? Pembetulan? Naiklah darah tinggi ni. Tunggulah esok....
Terima kad kedua dan gambar dari Kak Sham sebanyak 21 keping, cantik-cantik gambarnya, macam-macam Kak Sham tulis kat belakang gambar, kami ketawa membacanya... Terima kasih kerana mendoakan kejayaan hubby... Semoga Kenangan Manis Bulan Mei 2005 tersemat dalam ingatan kita bersama (ayat Kak Sham).
1 comment:
Best regards from NY! Design for business cards free babysister hardcore clips http://www.hgh-weight-loss.info http://www.computerbatteries9.info/Samsunga300batteryuk.html
Post a Comment