Friday, August 26, 2005

Masjid Kobe....

Sambung lagi mengemas barang... letih juga nak pilih barang yang sesuai untuk sesuatu penuhkan kotak-kotak.. mujur Athirah membantu. Ikram bantu ayah. Haziq masih lagi kena bantu untuk siapkan shukudai...

Jam 10.45 pagi, anak-anak ikut ummi pergi Kobe Kaisei Hospital, sepatutnya jam 9.30 pagi, ummi minta Athirah telefon tunda sedikit masanya... cuti-cuti ni jadi kelam-kabut sikit dirumah, breakfast, lunch, tea dan dinner, tak dapatlah ummi nak diet. Kalau hari sekolah, siapkan bento dan minum pagi, roti serta telor, minum petang (Nesguik dan roti) dan makan malam sahaja. Banyak kerja ummi boleh selesai sebelum Haziq balik jam 2.00 petang.

Di hospital hari ini lama pulak, sebab sensei baru (Matsuo Sensei), lepas jumpa dia, baru dia minta ambil darah, lepas ambil darah kena pula tunggu 40 minit... cukup-cukup masa aje untuk hantar ayah, Ikram dan Haziq ke masjid... ummi buat keputusan, ayah tunggu depan hospital, basikal kami ambil kemudian... sampai masjid ngam-ngam 1.10 tengahari, sholat mula jam 1.15. Ummi pergi tempat biasa kat Kobe Grocers, parking pulak penuh, terpaksa tunggu, Athirah sukalah menunggu ni.. dapat tengok cerita kegemarannyanya.. Kids War. Baik betul tuan punya kedai tu, tengok kami menunggu dia suruh ummi letak aje sebelah kedainya, ummi pulak bimbang nanti kena saman.. mujur tak lama tu, ada customer dari kedainya keluar.. dapatlah parking. Hari ini ummi beli bbq sauce, nesquik dan okashi.

Balik ayah hantar pula kami ke hospital untuk kami ambil basikal dan ke Farmasi ambil ubat untuk 8 minggu... sampai tak cukup ubat farmasi tu hari ini, bayar dulu ubat kemudian. Petang tadi dia hantar kerumah, masa ummi bawa mereka pergi Oji pool.

Thursday, August 25, 2005

Kaoru Yochien Natsu Matsuri...


Bangun pagi masukkan barang dalam kotak lagi dan tulis listnya, dapat siapkan 2 kotak hari ini, Alhamdulillah juga... Breakfast hari ini, soba dan tempura sahaja. Ummi sibuk kemas, Haziq buat sakubun (ulasan buku). Susah katanya, ummi minta Athirah tolong dia. Hari ini Ikram ada class Kato sensei.

Jam 9.00 pagi kami pergi pasar basah kat Lamu, ini kali pertama kami pergi. Lamu adalah satu supa baru 24 hours. Tempat ni kami temui tanpa sengaja 2 bulan yang lalu semasa jalan-jalan cari makan... rupanya setiap minggu hari Khamis ada pasar basah kat situ, tapi selalu lupa nak pergi. Hari ini pergi, nampak murah-murah juga, hai.. nak balik baru jumpa... kali ini ummi beli udang dan ikan sahaja.

Jam 2.00 petang goro Takuya Kun, panggil Haziq. Dia nak pergi Kaoru Yochien.. baru ummi ingat hari ini ada Natsu Matsuri kat yochien. Mujur acara mula jam 4.00 hingga 6.00 petang. Takuya kun pergi cepat sebab okaasan dia ada duty kat matsuri tu.. Jam 3.30 petang kami ber4 pergi jalan kaki sahaja. Hanya petugas yang ada, kami sampai kira awal jugalah...

Haziq beli juice dan pop corn serta main yo-yo tsuri, supa boru dan kujibiki... raya sakan. Ummi biarkan sahaja hari ini sebab mungkin inilah last dia ke yochien tu dan main dengan kawan-kawan dia... Josei kun dan Kazuki kun.... Kami balik hingga acara selesai. Ikram dan Athirah balik dulu... malas dia nak tunggu.

Perjalanan balik ummi tanya Haziq, Haziq suka ke Yochien? dia jawab... budak kecil aje suka Yochien, dulu Haziq pun suka yochien, bila dah masuk 1 nensei, suka gakko pula. Ummi dapatlah masuk jarum sikit, begitu juga nanti, bila Haziq balik Malaysia, Haziq suka pula sekolah Malaysia... dia kata, belum tahu lagi ummi.. Haziq suka sekolah Jepun juga...

Balik ummi bawa mereka pula ke コ―ナン。 Belikan ayah post-it... persiapan untuk oral examination 8/29 ni... Mudah-mudahan dilancarkan lidah, ditenangkan hati. Amin. Ganbatte ayah... Kami sentiasa doakan ayah.

Wednesday, August 24, 2005

Sui youbi... Wednesday

Pagi macam biasa, buat breakfast sambil kemas barang.. Hari ini Ikram kesekolah sebab hantar semua shukudai natsu yasumi. Mujur siap semua... Sekolah kat Jepun ni, summer holiday.. banyak betul shukudainya.. Ikram kata kat Haziq, kat Malaysia, cuti semester, onichan boleh main ajer...

Satu lagi sekolah kat Jepun ni untuk chugakksei , masuk ajer sekolah ada pula examnya... Ikram kata, jomlah kita jalan... tak payah ambil exam. Cuti pun dah nak habis, bermakna semakin hampir kami pulang.

Petang jam6.00 cerita kegemaran Haziq, mushi king di channel 11.

Tuesday, August 23, 2005

Tottemo isogashi...

Lepas Suboh terus bantu ayah.... semalam Prof. Fukui dah approved boleh hantar kepada 2 lagi examiner lagi.. ayah dah panic juga sebab di tertidur malam tadi... bimbang tak sempat nak print 3 salinan dan betulkan mana-mana yang tak kena, ayah baca ummi dok betulkan... sampai tak breakfast pun hari ini, terus sahaja sampai petang... Prof. nak around 1.00 tengahari. Mujur siap 2 salinan. Ayah terlambat sedikit, Prof. dah pergi meeting, terpaksa tunggu. Ummi dan Haziq sampai tertidur dalam kereta. Hampir 2 jam tunggu.

Ayah turun terus pergi Joshin beli ink printer. Balik kami tolong print dan failkan 2 salinan lagi untuk Prof. Matsunaga dan ayah punya sendiri.... Hantar lagi ke Daigaku... balik kaimono kat LAMU.

Hari ini ayah buat cerita lucu... dia wasuremashita, hazukashi desukara, himitsu desu ne..

Monday, August 22, 2005

Bare-boru taikai, di Chuo Shogakko....

Jam 12.30 tengahari Athirah ada taikai kat Chuo Shogakko.. pergi bersamanya dan Haziq kesekolah tersebut Ikram datang sendirian sebab pagi dia ada class Kato sensei. Sekolah baru dibuat H. 8, cantik, pool pun dalam bangunan. Haziq kata dia nak pindah kesekolah itu... tak faham lagi kita dah nak balik Malaysia.

Permainan kali ini bertambah baik, lawan pun bertambah kuat... Minooka shogakko hanya dapat hingga ke semi Final... tak dapatlah medal... tapi semua gambatta. Ambil jugalah gambar ramai....

Kyowa ayah tottemo isogashi, Prof. Seichi Fukui nak revised thesis jam 5 petang ini, kesian ayah ummi tak dapat tolong dia... gambette ayah. Ashita ummi tolong.....

Hari ini ayah tempah めがねdi Vision Optic Rokko Michi berdekatan JOSHIN

Sunday, August 21, 2005

Ame ga futeimashita...

Seharian cuaca mendung dan hujan turun renyai-renyai... tolong ayah ajelah. Nak keluar tak ada mood. Makan da kemas rumah aje... Tengok anak-anak buat shukudai...

Ikram siapkan lapik meja yang ummi sulam separuh dan nenek pula siapkan masa nenek datang sini dulu. Ikram siapkan jahit tepinya dan hantar kesekolah sebagai projeknya dimusim panas. Ummi biar aje.. banyak sangat shukudainya... nak buat lain pun, mungkin tak siap, nak bertukang, alat tukang pun tak ada....

Mujur kat Jepun ni, lelaki perempuan sama ajer, kena belajar memasak, bertukang dan menjahit...

Saturday, August 20, 2005

Maya san hoshi matsuri

Petang ini kami berjaya lagi terpilih untuk menikmati suasana waktu malam di puncak Mt. Maya setelah menghantar hagaki sebulan yang lalu. ..Yatta!. Acara ini dibuat sempena Maya san hoshi matsuri. Penat juga, pagi tadi sibuk dengan mizu teppo, lepas Asar bergegas pula ke Maya San. Untuk ke puncak Mt Maya kami terpaksa naik cable car dan ropeway. Mujur juga natsu yasumi kanak-kanak sekolah diberi percuma, so kami berdua sahaja yang bayar, selamat yen...
Kat sana orang dah ramai, daftar nama dan dapat omiyage. Penganjur menyediakan lapik tempat duduk yang luas untuk kami menikmati suasana malam ini. Acara bermula dengan nyanyi-nyayian, main binggo, menonton lakunan student dari Kobe Daigaku, tengok tayangan mengenai bintang... khuyuk Athirah dan Haziq mendengar... mereka memang minat dengan bintang dan bulan, hajat nak naik bulan tu. Mudah-mudahan tercapai. Amin.


Seperti biasa, orang tengok acara, kami bergambar... cantik sungguh permandangan waktu senja waktu itu, ada bulan, cuma bintang belum kelihatan...
Rezeki ayah, hari ini dia dapat binggo... Athirah yang mulanya dapat banyak tapi tak mengena...
Selesai penerangan mengenai bintang kami diberi peluang meneropong bintang.
Tiba gilaran Haziq meneropong bintang...... nampak ke?
Kami juga mendapat cabutan bertuah untuk mengambil gambar bulan dengan kamera yang disediakan. Hasilnya di print untuk kami... dia akan post nanti, sebenarnya dia nak print malam tu juga, tapi kami tak boleh tunggu sebab panggilan untuk last ropeway telah dibuat, kalau tertinggal nanti, nak turun dengan apa malam-malam ni...?

Agaknya macam inilah ahli falak tengok anak bulan untuk puasa dan raya... Kat Malaysia kalau buat kan bagus, dapatlah memupuk minat anak-anak yang suka untuk menjadi angkasawan...
Uhhh...letih betul malam ni... esok nak kemana?

Mizu teppo dan acara pecah suika...

Hari ini kami berempat menyertai acara membuat Mizu teppo (ala pistol air) berdekatan Jinja di tepi jalan berdekatan Kobe Daigaku. Ummi sebenarnya tak tahu apalah acaranya, cuma dengar cerita Athirah dan Haziq... mereka tanya, ummi kata okaylah, Athirah hantar hagaki.. mereka akan memilih 200 kanak-kanak sahaja. Alhamdulillah mereka tepilih masuk group B. Kat tepi bukit tu adalah air terjun.. cantik juga, selama ni kami tak perasan pun adanya air terjun kat situ...



Mulanya group B, diberi penerangan mengenai kehidupan binatang didalam air, berbagai spesis dipamerkan, kesemua dikutip di sungai tersebut. Selepas penerangan dan kuiz, mereka diber alat menangkap ikan dan diminta mencari kehidupan didalam sungai dan kumpulkan seberapa banyak.... Athirah dapatlah ikan-ikan kecil... Haziq, nak cari yang besar aje... lansung tak dapat tangkap apa-apa. Zannen ne.. duduk menung ajelah..

Hampir sejam didalam sungai, mereka naik pula membuat mizu teppo... bersungguh-sungguh mereka membuatnya, siap semua, acara mizu teppo taikai pula diadakan.... mereka diminta menembak gambar yang digantung 3 peringkat.. Athirah dan Haziq hanya boleh menembak hingga tahap 2 sahaja... tak dapat hadiah. Beritahu ayah... ayah kata masa dia kecik2 dulu, selalu buat mizu teppo tolong nenek untuk siram sayor.....sama bentuknya



Selepas mizu teppo taikai, semua diberi curry rice dan juice yang disediakan oleh pihak penganjur (City Hall). Makanan tersebut dimasak oleh obaasan dan ojisaan. Kami makan bento (onigiri) sahaja bersama juice.

Acara kemuncak ialah memecah suika dengan mata tertutup. Setelah mata ditutup, mereka diminta pusing 3 kali dan berjalan menuju ke suika berpandukan sedikit arahan... Haziq berjaya memecah suika tersebut... pecah aje kami diberi makan suika tersebut... oishi katta desu... 4 biji suika besar disediakan untuk acara tersebut... sampai tak termakan... buah ke4 hampir jadi juice....

Friday, August 19, 2005

Gari lagi...

Haziq dengan putik budo.
Hari ni gari lagi.... budo gari kat Fruits and Flower Park.


Haaziq... kenapalah ambil yang putiknya, siapa nak makan tu?
Kita sibuk pilih yang besar, dia dok gunting yang putik.... cubalah makan, sedap tak?
Satu lagi kegemaran Haziq bila pergi petik buah ni ialah pergi menangkap katak... terhendap-hendap dia menangkap katak, kita pula geli..
Memetik buah memang menyeronokkan...riuh kami kat sana....

Bare-boru jiai



Hari ini Athirah ada latihan bare-boru akhir sebelum perlawanan pada 8/22. Haziq tukang jaga markah. Dia tak sampai, sensei sediakan tempat pijak dari bangku latihan gimnastik...

Masa rehat dia pula bergimnastik... Dia beritahu Yamamoto sensei, dia boleh lompat sampai 6 tingkat masa Yochien, setakat 5 tingkat kantan desuyo...

Hari ini ramai juga penonton mereka, ibu-ibu, Kyoto sensei pun ada.... nak beri semangat. Gambatte ne...

Thursday, August 18, 2005

Chocolate Chips Cookies...

Hari ini sampai rumah, Haziq kata, ohh.. tsukareta, banyak bola jatuh" Rupanya sepanjang ikut Athirah latihan bare-boru, dia dok membantu ambil bola dan tukar markah.... suka betul dia, masa rehat main dengan sensei- sensei. Semua kenal Haziq...
Bersungguh-sungguh meletakkan doh dalam dulang pembakar


Lepas lunch, kami sepakat buat chocolate chips... semua membantu. Ini juga adalah shukudai untuk Haziq, dia diminta buat cookies atau masak curry... ummi cadangkan dia buat cookies sahaja, nak masak curry, kesian pula, kuah dalam periuk atas dapur pun tak boleh nampak lagi, macamana nak masak?

Haziq buat dari menimbang tepung sampai membakar. Ummi beri dia satu sukatan, dalam 30 biji. Siap bakar satu dulang, upah sebiji. Duduklah dia menunggu depan oven. Satu sukatan lagi kami buat sama-sama...

2 sukatan dapat 2 bekas, sekelip mata habis sebekas...

Wednesday, August 17, 2005

Disaster Prevention Museum and Human Renovation Museum


Hari ini Kato sensei cancelled class Ikram. Balik sahaja Athirah dan Haziq dari latihan bare-boru, ummi bawa mereka ke The Great Hanshin-Awaji Earthquake Memorial. Free jika ada kad Hyogo. Besar juga tempatnya. Ianya terbahagi kepada 2 bahagian, Disaster Prevention Museum (4 tingkat) dan Human Renovation Museum (3 tingkat).

Selesai urusan masuk, kami diminta tunggu masa untuk dibawa melihat theater, tiada tempat duduk disediakan. Disini kami mendengar dan melihat bagaimana kejadian 1/17 berlaku. Bangunan dan jalanraya jatuh, api menyala, suara kanak-kanak/ibupaba memanggil-manggil dari celah-celah api, segalanya bertaburan... Gegaran menyebabkan segalanya jatuh dan orang sedang baring tidak dapat bengun dek kuatnya gegaran. Amat memilu dan menyedihkan suasana ketika itu...

Selepas lebihkurang 7 minit kami keluar dan melalui diorama situasi sebaik sahaja selepas jishin. Barangan bertaburan merata-rata. Selepas itu kami masuk pula kedewan yang menyiarkan documentary films yang menunjukkan proses pembangunan bandar dan orang-orang yang terlibat. Nampak susah nak memulakan hidup, betapa tabah mereka membangun semula kehidupan mereka. Berpindah dari dewan orangramai kerumah sementara. Hampir 6 bulan mereka tinggal dewan. Air bersih tiada. walaubagaimana bantuan mencurah datang dari seluruh dunia....

Tempat ke 4 kami pergi ke barcode navigator (B-navi). Disini kami diterangkan mengenai tempat-tempat terjadi, cereita-cerita dari mangsa dan pekerja sukarela. Mereka juga mempamerkan peralatan canggih yang 4 tahun dahulu tiada di Museum Selangor.

Di Human Renovation Museum kami ditunjukkan berbagai kehidupan. Nampak cantik dan menarik. Semua boleh dicuba. Anak-anak enjoy mendengar bunyi, menekan button, menonton video dan paling anak-anak ummi suka, buat message kat komputer yang disediakan, bergambar sakan mereka... ummi pun tumpang jugalah bergambar dan menulis massage untuk masa depan. Last kami masuk Heart Thearter menonton large-scale 3-D - Freddie. Sibuk Haziq menangkap daun-daun beterbangan depan mata, dengan marahnya dia kata, kenapa asyik tak dapat aje? Bila tak pakai cermin mata tak nampak pula. Ummi kata itulah namanya 3 dimention.

Untuk makluman, semua pekerjanya boleh berbahasa Inggeris dengan baik, peralatan canggih dan sebagai pelawat gaikakujin, ummi diberi alat untuk mendengar dalam bahasa Inggeris. Semasa berada dalam bangunan ini kamera tidak dibenarkan sama sekali... zannen deshita

Tuesday, August 16, 2005

2005 Summer Festival ~Fruits and Flower Park, フルーツ。フラワーパーク のなつまつり






Pagi-pagi Athirah baca iklan yang diberi bersama shimbun hari ini, ada Natsu Matsuri kat Fruits and Flower Park dari 8/13-16 dari jam 5.oo hingga 9.00 malam. Semua setuju nak pergi. Lepas Maghrib kami terus pergi. Kat sana orang ramai betul sebab ada Maji Ranger dll acara. Semalam ada tarian, kami tak pergi. Haziq dan Athirah join acara janken, Haziq menang 3 kali dapatlah dia gula-gula bentuk buah-buahan. Kami tak lama disana. Habis sahaja Haziq dan Athirah bergambar bersama Maji ranger kami pun balik. Ayah nak sambung kerjanya semula.

Malam ni sempat jugalah ambil beberapa keping gambar himawari waktu malam.

Naik basikal...

Hari ini Athirah ada latihan bare-boru. Kami tak kemana-mana, ayah sibuk dengan pembetulan ronbunnya. Selesai lunch dan zohor, ummi, Ikram dan Haziq keluar berbasikal ke Suido Suji. Seronok sungguh Haziq berbasikal. Inilah kali pertama ummi benarkan dia berbasikal pada jarak yang jauh, selalunya kat depan rumah, kat Maruyama Koen dan ke Coop sahaja. Bukan ummi tak percayakan dia, tapi jalan tu, saka michi.. bimbang tak terkawal.... ha.. terangkatlah jawabnya.. macam jalan dari Welshan ke Greenheight. Rumah kami kat Kobe ni memang dikawasan bukit Rokko dan bukit Maya. Anak-anak, hari-hari naik bukit untuk kesekolah. Ummi pula kalau nak kaimono pun kena pula turun bukit.

Paling seronok bila pergi, tapi bila balik.... kena sorong basikal, berpeloh jugalah ummi. Hari ini kami pergi ke Maruhachi, tamago no hi 100yen untuk 10biji telor L. Pergi bertiga dapat 30 biji.

Cerita pasal basikal, ummi pasti ingat semasa di Saitama dahulu, sempai sediakan satu famili satu basikal, untuk kemudahan kaimono. Basikal pertama kami tayarnya meletup balik dari Bazaar kat Bara Koen, baiki punyalah mahal hampir 3 ribu yen, masa tu belum tahu boleh ambil basikal kat Daigaku. Lepas tu dah mula pandai, ayah pilih basikal yang kira okay dimata, dan alih tempat lain, 2 minggu dia perhatikan basikal tu, tak siapa ambil, dia pun ambil. Masatu kami tinggal di Saitama Daigaku Kukusai Kouryu Kaikan (International House). Kali ini Ummi datang bersama 2 family lagi, Yusuf/Hanim dan Nazri/Shima. Anak semua kecil-kecil, masa tu ummi baru bertiga.

Athirah lahir di Saitama ken, Kita Urawa Chuo Byouin pada January 17, 1994, setahun sebelum Hanshin Earthquake terjadi.. Ummi kayuh basikal sehinggalah petang hari ummi nak bersalin (1994/1/16), balik dari hantar emak, Ngah dan Aiman ke Narita Airport untuk balik Malaysia, abah dah mula sakit kuat. Enjoy betul masa tu.... Athirah lahir aktiviti berbasikal tetap diteruskan, kalau ayah busy dengan ronbun, ummi bawa Athirah kat depan dan Ikram kat belakang, bila Ikram dah pandai kayuh basikal, dia kayuh sendiri. Kami kayuh basikal merata shimo-okubo. Kami berbasikal hampir setiap petang kecuali musim sejuk. Beli ayam halal pun kami naik basikal, masatu amat susah nak dapat ayam/daging halal, nak order dengan internet pun masa tu tak ada, silap-silap kena pergi Tokyo, Ikebukuro beli ayam....

Ayah hari-hari ke daigaku naik basikal yang jaraknya amatlah dekat. Pagar daigaku dan pagar International House hanyalah dipisah oleh sebatang jalan raya, senang betul waktu tu. Waktu yuki lebat pun ummi akan kayuh basikal sebab nak pengalaman dan bergambar. Kalau hujan ummi tak keluar sebab sama dengan Malaysia.

Ummi juga pernah berlanggar basikal dengan Nizoam(u/grad Malaysia) depan rumahnya, ummi masa tu baru speed lepas singgo, dia pulak keluar jalan rumahnya tak berhenti dulu, apalagi ummi terus langgar dia,
sempat dia pegang basikal ummi supaya jangan jatuh sambil panggil "akak-akak"... Inilah kisah berbasikal sepanjang 1993-1995.
2001-2002 ummi berbasikal lagi dibumi Jepun, di Chiba ken, Ichikawa shi. Kali ini basikal kena beli, hampir 15ribu yen beli basikal dan tempat duduk Haziq di Olympic, 3 lagi beli secondhand dari kawan yang pindah ke Niigata, orang beri dan ambil tepi jalan. 2 basikal dari Ichikawa hilang di Kobe.
Sehingga ke saat ini kami memang selalu berbasikal, berderet lima basikal... ada kawan Nihonjin tanya, kat Malaysia kami macam tu ke? Ummi jawab memang Ummi selalu jalan sekeluarga cuma tidak naik basikal.. rumah ummi kat Shah Alam pun saka michi juga..... tak boleh naik basikal.... anak-anak main basikal depan rumah ajelah.

Ayam percik....



Resipi ini juga resipi agak-agak...

Bahan A:
Ayam
Halia }
Bawang Putih } haluskan
Sedikit garam }

Bahan B (kuah)
Bawang merah } hakuskan
Bawang putih }
Halia }
Asam gelugur/keping
sedikit garam
sedikit gula
1 tin santan
1/2 cawan tepung beras
Cili kering (optional, jika nak merah)

Cara:
1. Bahan A haluskan dan gaulkan ke ayam dan perap selama 1/2 jam.
2. Kukus @ rebus separa masak

1. Bahan B gaulkan sekali (kecuali tepung beras) dan kacau tidak berhenti dengan api sederhana kecil.
2. Mendidih, campurkan tepung beras dan kacau lagi.
3.Perasakan garam dan gula dan agak-agak pekat bolehlah diangkat.

Sebelum membakar ayam, celup dulu dalam kuah dan bakarlah ayam yang telah dikukus tadi.
Selamat mencuba.

Resipi ini ummi perolehi dari Puan Maizom/Alias dari Tottori. Arigatou Gozaimashita

Nasi Briyani...


Sorrylah resipi ummi main agak-agak, tak ada sukatan tepat. Resipi ini dari Aslam kedai Naan Inn.

Bahan
4 cups beras basmathi
1cup bawang goreng (lagi banyak lagi sedap)
1 bungkus rempah briyani AHMED
3/4 kotak Plaint Yogourt
Minyak sapi/butter/salad oil untuk menumis
1 kg. daging dipotong besar-besar

1. Beras direbus (resipi) { Kalau akak, masak nasi macam biasa (keras sikit lagi baik)}
2. Goreng daging dengan minyak sapi/butter/salad oil.
3. Nampak daging empok masukkan rempah briyani, yogourt dan bawang goreng.
4. Perasakan garam.
5. Biarkan kuah pekat.
6. Sudah pekat gaulkan dengan nasi tadi, dan di kukus.

Nasi briyani tak lengkap kalau tak ada dalca, acar timun dan popodam.
Selamat mencuba.

Monday, August 15, 2005

Himawari

Nazeka kuyashikute fuan ni natteta
Anata to deatte omotteru koto wo
Umaku hyougen dekinai koto ga
Hontou no kimochi wo mune ni kakushiteta
Hitori no yoru nemurenakute anata no koto wo kangaeru
Ashita ni nareba taiyou ni mukatte saku ano himawari no you ni
Watashi mo ippai no egao de anata ni ai ni iku wa
Hijou tenmetsu wo tsuppashitteta
Nayande iru no wa watashi dake ja nai
Kitto onaji kimochi de ashita wo kowagatte
Utsumuiteru ko mo iru hazu yo
Namida wo fuite yuuki wakete agerareru hito ni naritai
Kanarazu itsuka mitsukeru anata to ichiban taisetsu na mono wo
Tsumazuite korondemo egao de tsukande miseru kara
Ashita ni nareba taiyou ni mukatte saku ano himawari no you ni
Watashi mo ippai no egao de anata ni ai ni iku wa
Kanarazu itsuka mitsukeru anata to ichiban taisetsu na mono wo
Tsumazuite korondemo egao de tsukande miseru kara

おはたしほ さん- Ohata Shiho san





Seperti biasa anak-anak masih bercuti, shukudai masih belum disiapkan sepenuhnya. Kesian Haziq kena buat ulasan buku cerita yang dibaca. Sensei bekalkan 2 mai kertas yang siap berpetak 20x20cm. Pagi ini ummi suruh dia habiskan baca sebuah buku cerita, kalau tak habis tak boleh pergi main mushi king lagi. Alhamdulillah habis dibacanya.

Jam 11.30 am goro ummi dapat telefon dari Ohata Shiho san, kawan lama kami, dimana anaknya Riku chan sekelas dengan Haziq semasa Kuma Gumi di Yochien. 2004 mereka berpindah ke Okayama shi. Dia beritahu dia berada di Oji Dobutsuen.. kalau ummi free dia ajak datang. Ummi ok ajelah, sebab memang dia dah e-mail nak jumpa cuma tak tahu bila. Lama juga kami disana, dari 12.30 hngga 3.15pm. Puas anak-anak kami bermain. Kali ini tidak malu-malu lagi. Tahun lepas ummi berjumpa mereka di Korakoen Okayama, Haziq dan anak-anaknya malu-malu. Hampir 1/2 jam baru boleh main macam biasa.

Balik rumah ayah dah ke Daigaku, Prof. Seichi Fukui panggil. Kesian ayah, ingat bila dah submit July 28 boleh jalan-jalan, rupanya selagi tak viva, tak boleh kemana juga. Sekarang berjumpa examiner pula, untuk pastikan masa viva tak teruk kena... Minta-minta lepas viva terus lulus, tak ada pembetulan lagi. Amin.

Sunday, August 14, 2005

Sogo Undo Koen...

Selepas Suboh siap-siap kan sarapan pagi nasi briyani. Jam 10.00 pagi pergi ke Bazaar kat Sogo Undo Koen. Zannen, hari ini kecil sangat sebab ramalan cuaca kata mendung ke hujan... jadi penjual tak datang. Alias dan Maizon beli barang baby, ummi beli handbag dan Haziq beli kad mushi king.

Oleh kerana hajat mereka nak shopping, lepas tu kami bawa pula mereka ke Marinepia bazaar kat Tarumi. Kami tak beli apa, mereka beli Noritake.

Balik ke Habourland, Fishermen's Market, makan tabehodai. Oishi katta desu. Sampai rumah kekenyangan, jamu mereka chai tea sahaja. jam 9.00pm. mereka pun balik ke Tottori. Haziq tanya bila lagi Uncle dan Untie nak datang? Haziq nak main Mushi King dengan uncle.

Saturday, August 13, 2005

Uncle Alias dan Untie Maizom from Tottori....

Selepas sarapan hari ini terus kemas-kemas dan siapkan ninjin cakes serta nasi ayam. Alias dan Maizom janji nak datang hari ini. jam 3.00 pm mereka sampai. Makan nasi ayam dan cakes serta eda mame. Mereka bawakan suika dan nashi. manis betul. Mereka buat nashi gari. Mulanya malam ni dah janji dengan mereka nak pergi Habourland - Fishermen Market, makan seafood, tapi dah kekenyangan makan nasi ayam, malam tak kemana.

Mereka tidur dirumah kami.