Saturday, April 16, 2005

Sun Shine Wharft, ada bazar then pergi BBQ bersama Malaysian Student kat Kobe dan Osaka

Bangun sahaja terus kukus pulut yang telah direndam semalaman sebab dah janji dengan Hezlen nak buat kuih serimuka. Jam 6.30 kuih dah siap, buat sarapan pagi makan nasi, lauk ayam dan goya. Goya ni peria dalam B.M. No\ihon jin percaya goya ni banyak hasiat, kami makanlah juga... pahit-pahit pun budak-budak disuruh juga makan, boleh juga dimakannya.

Jam 10.00 siap-siap pergi bazaar. Ini kali pertama pergi bazaar kat Sun Shine Wharf. Besar juga kawasannya. Kawasan ini memang cantik sebab ada kawasan lapang tepi laut boleh buat tempat duduk-duduk dan bermain. Nihonjin selalu bawa anak-anak main kat sini. Jam 12.30 kami balik sebab dah janji jam 3.00 nak buat BBQ, walaupun bazaar tu habis jam 3.00, kami balik awal. Sampai dirumah siap-siap untuk buat yaki soba, siap bahan aje sebab hubby nak masak disana. Mulanya nak buat BBQ kat Motomachi, tapi susuah pula nak cari, tukar pula depan Daiei dekat tepi sungai. Okay juga.. senang nak beli barang kalau tak cukup.

Banyak betul ayam dan daging yang dibawa.. kenyang betul, ada yaki soba hubby masak, ada nasi lemak budak kaikan masak, cekodok pisang, serimuka, agar-agar dll. Makan sampai kenyang. Mahgrib dan Isya' pun buat kat tepi sungai tu... Habis lebihkurang jam 9.00pm, u/grad ada yang pergi tengok wayang, kami balik rumah dan tidur.


BBQ....

1 comment:

Anonymous said...

What a great site
» » »