Saturday, April 09, 2005

おはなみ。-あかしじょ

aba rangerss kowai soo/// Posted by Hello


Bangun awal sikit sebab nak per hanami kat Akashi Castle. Malam tadi dah janji dengan Azlina dan keluarganya akan pergi awal pagi, kalau lewat nanti tak dapat tempat pula... Walaubagaimana akhirnya pergi jam 10.30 pagi. Cheese cakes lambat masal. Bento hari ini onigiri, cheese cakes dan sedikit okashi. Kali ini kami pergi naik densha dari Sannomiya dan terus ke Akashi. Perjalanan cepat, boleh naik super rapid train. Jam 11.00 sampai. Orang dah ramai, jalan-jalan daparlah tempat yang agak strategik tapi bunga sakura sikit ajer... tapi tak apa. Buka tempat duduk, cerita2 dengan nihonjin sebelah... dapatlah pula dia bagi tempat duduk lagi sehelai, sebab dia dah nak balik. Kami ambil sahaja, kebetulan Azlina terlupa bawa tempat duduk...

Lepas makan, lipat tempat duduk, kami jalan lagi... rupanya semakin jauh kedalam, semakin cantik, ada kawasan untuk anak-anak bermain, kami buka lagi tempat duduk, biarkan budak-budak bermain semula. Puas betul bermain. Kami pusing tasik, memang cantik tempatnya. Kali ini kami tak masuk Castle tu, cuma jalan keliling untuk menikmati keindahan bunga sakura.

Puas bermain makan lagi... balik jam 4.00 petang. Sampai rumah keletihan tapi seronok sebab bunga sakura dah 80% berkembang, lepas Asar sambung pergi main badminton di Kobe Daigaku.

Esok pergi hanami kat mana?