Obi adalah sehelai kain panjang yang dililit dipinggang semasa memakai KIMONO atau YUKATA. Kain ini boleh tahan juga harganya mengikut quality... kalau bertenun benang emas totemo takai ne.... tapi kalau recycle tu mampu lah beli... beli kat bazaar.
Bazaar hari ini ada kat Gokoku jinja dan Meriken Park. Rasa malas pula so pergi bazar kat Gokoku jinja sahaja dengan budak-budak. Penjual tak ramai tapi dapat beli obi kain biasa 200 yen, yang 3 helai lagi 500 yen sehelai, qualiti lain sedikit. Obi yang 200 yen tu dah gantung kat rumah buat hiasan dinding.
Hari ini rasa tak ada mood nak berjalan. Memerap kat rumah ajelah... Ikram, Athirah dan Haziq pergi ke Nada Toshokan, tengok movie dan pinjam buku.
No comments:
Post a Comment