Wednesday, April 20, 2005

Games

Balik aje dia beritahu, ajak Megumi chan main games, marah juga.. tapi kesian juga, dia boring duduk rumah. Tak lama sampai rumah telefon berbunyi, Oota san telefon, minta kebenaran anaknya nak main bersama Haziq, setuju ajelah....

Jam 2.30, bell berbunyi, rupanya Ayakan chan pun nak datang juga... ohta san pun asyik gomen ajelah anaknya nak main kat rumah. Budak-budak tu main sampai jam 4.30. Oota san pun sama ada, berbuallah lebihkurang dengan Nihonjin ni... eigo dia tak boleh, kita gambate imashita cakap Jepun.

games dgn Megumi


Hari ini Ikram dan Athirah pun balik cepat. Ikram kena gatal-gatal, habis badan dan mukanya. Telefon hospital dan klinik yang biasa pergi, semua dah tutup... Susahnya di Kobe ni, kadangkala susah nak cari Klinik 24 jam. Hospital ada, tapi kadangkala pakar yang duty tak kena dengan sakit kita, masa Ikram ni, pakar mata yang ada, jadi ambil keputusan tak pergi hospital yang dekat rumah tu.. Pekerja tu beritahu ada klinik kulit yang masih buka tapi setengah jam perjalanan iaitu di Nagata. Ikram kata dia boleh tahan.. tunggu ajelah esok, bertahanlah dengan ubat yang ada.

Alhamdulillah bila pagi dah bersih muka dan badanya. Baiklah agaknya. Kalau kena lagi petang ini, pergi kliniklah...

No comments: