7.00am Tanaka san telefon remaind untuk pergi hanami kat Sumaura koen, mulanya semua tak nak pergi, pujuk-pujuk akhirnya Ikram, Athirah dan Haziq setuju nak ikut. Siapkan bento lebih kurang iaitu onigiri dan konbu serta beberapa okashi dan coklat, kami pun pergi ke Sannomiya dengan bas, kemudian naik hankyu line dan tukar kosoku line untuk terus ke Sumaura koen. Tambang tak mahal cuma 390yen. Sampai disana, belum ramai lagi. Lebih kurang 11.30 semua kokoro net member sampai, cari tempat sesuai yang banyak sakura, bentang tempat duduk, kami pun makan-makan. Akhirnya bergambar ramai.
kokoro-net's members
sensei and friends
Jam 2.00 petang, acara bebas, kami tak naik ropeway, jadi main kat bawah aje, malas nak pergi sebab kaki sakit, semalam pergi naik Mt. Maya kat belakang rumah, jatuh banyak kali... Budak-budak main sampai susah nak ajak bali, pagi tadi semua tak nak pergi, bila sampai dah tak nak balik pula.
Hanami kali ini, hubby tak ikut, sebab dia sibuk lagi nak siapkan thesis dia... mudah-mudahan siap segera, dapatlah kami berjalan puas-puas di Nihon, sebelum balik Malaysia 9 getsu ini.
No comments:
Post a Comment