Sunday, April 10, 2005

おはなみ。-おじどぶつえん。・ fruits and flower park

Sarapan pagi hari ini makan nasi lemak bawah pokok sakura di Oji dobutsuen. Awal lagi kami dah sampai, best betul dapat duduk betul-betul bawah dahan bunga sakura. Makan bersama-nihonjin. Kenyang perut, Ikram dan Athirah pergi tengok binatang, Haziq duduk main-main dengan budak Jepun sebelah kami tu... hubby baring-baring cuba nak lelapkan mata. Lama juga kami berehat disitu.. lastnya kami round tengok binatang dan terus balik lebihkurang jam 1.00.

Petangnya hubby ajak pergi Fruits and Flower Park, hajat nak pergi tengok tulip, tapi belum kembang sepenuhnya.. mungkin seminggu dua lagi. Kena datang lagilah nampaknya, tapi tempat ni pun dekat aje dengan rumah, setengah jam sahaja dengan kereta.

Malamya kami pergi pula bergambar kat Gokoku Jinja, kami jalan kaki sahaja sebab dekat dengan rumah. Balik bergambar terus ke Coop beli fruits. Balik awal sebab nak suruh Haziq tidur awal, esok dia ada acara Niugakko shiki, iaitu acara untuk budak 1 nensei masuk sekolah. Di Jepun acara masuk Yochien, Shogakko, Chugakko, Koko dan Daigaku diadakan secara besar-besaran. Masani, parents bergaya sakan dengan Kimononya.

2 comments:

Aliff Danial said...

Mana gambar hanaminya?

Anonymous said...

This is very interesting site... » »