Semalam Lin beritahu ada YDPA di Osaka. Kami yang ada beberapa famili ni diminta masak makanan melayu. Kak Mus masak Mee dan Mee Hon goeng, Lin masak roti jala dan kari... kuihnya sayalah yang buat. Cadangan awal cheese cakes dan ninjin cakes tapi fikir2 dan bincang2 yang jadinya kek batik dan kuih lompang. Berdebar juga nak buat, orang besar2 nak makan, kat Malaysia siapalah nak pandang masakan kita... akhirnya jadilah juga kedua-dua masakan tu. Moga-moga disukai baginda berdua. Jam 10.30 Shamsul dan Lin datang, pergi bersamanya ke Osaka. Balik Osaka singgah di Kansai Supa.
Jam 1.40 sampai rumah, pergi ambil Haziq, mujur hubby balik masjid terus ke Yochien, taklah menapak hari ini. Bawa barang Haziq semua. Sedih ada, gembira pun ada, bila Haziq dah nak sotsuen shiki. Semua anak dah masuk sekolah... beginilah rasanya bila anak2 besar. Sampai rumah tengok barang Haziq, wah! cantik2 kerja tangannya, buat kalender untuk setahun dll. Lain sungguh yochien di Jepun dan Malaysia. Masa Ikram masuk Yochien dulu, lebih kurang begitu juga. Memang best. Rasa tak rugi datang semula disini, dan ketiga2nya merasa sekolah disini. Athirah pulak memanglah suka sangat sebab dia memang lahir di Jepun. Mula hubby dapat tawaran dulu, rasa malas betul nak datang, Athirahlah yang beria-ia nak datang, nak tengok tempat lahirnya Saitama ken, Urawa shi, kita Urawa no byoin. Lepas ni, kena pulak update album Yochien sebab kena hantar hari Isnin ni... Isnin ni last day Haziq kesekolah, nak onokori sama kawan-kawan. Biarlah dia bersama2 kawan2nya.
Semoga semua berjaya dan menjadi anak2 yang soleh dan solehah.
-ummi-
No comments:
Post a Comment