8.25 pagi dah keluar bersama Haziq ke tempat bus ke Sannomiya tunggu Oota san, Megumi chan dan Ayaka chan serta Kotani san bersama Rie chan. Awal lagi siapkan bento untuk owakare onsoku Haziq di Sogoundokoen ーそごうんどこえん 。 sampai sana jam 9.30 pagi, kami sampai kira awal, tapi ramai juga yang sampai awal... Dari rumah kami naik bas ke Nunobiki dan kemudia naik shikatetsu ssubway ke sogoundokoen. Kami samai lebihkurang jam 9.30 pagi. Haziq terus main dengan kawan2nya. Acara mula lebih kurang jam 10.00 pagi... aduh.. penat betul, naik bukit, berpeluh2 kami.
Sampai atas kami bentang tempat duduk, konon itulah tempat strategik.. tapi rupanya angin kuat dari bawah bukit, sejuk betul masa makan bento. Acara dimulakan dengan bersenam beramai2, umi tak berapa ikut bersenam, sibuk ambil gambar Haziq, lepas tu, acara bersama dengan anak2, umi pun joinlah... tertari2..tapi nihonjin no okasan ni semua sporting, buat aje apa sensei cakap... begitu juga dengan beberapa orang otosan dan ojisan...
Last kami main nawatobi panjang.. masa prastis bolehlah semua, tapi masa betuk2 kesian group kami.. tiba2 emak makun terjatuh.. matilah group kami... tak sempat lagi nak melompat...
Kadang2 terfikir bolehke mak-mak Malaysia buat macam mak Jepun.. sporting dan boleh ikut semua acara, enjoy jugak, kat Malaysia, acara sukan untuk Tadika pun tak ada... entahlah bolehkah kita mengubah fikiran rakyat Malaysia, selagi ianya tidak melangar etika Islam? Aku memang respect mak Jepun, kalau pendidikan anak2 sanggup buat apa sahaja... asal anak mereka boleh berjaya. Kat Malaysia pun begitu, tapi hanya untuk pendidikan sekular... sahsiah diri kadangkala tertinggal. Semoga anak2 kami menjadi umat Islam yang bertaqwa.
Acara ini diadakan untuk kelas Haziq sebab dia akan tamat yochien pada March 15 ni, dipanggil juga sayonara ensoku... last kami bergambar ramai. sambil berkata おわかれ遠足. Haziq enjoy betul tempat ni.. banyak permainan, ada subaridai penjang, kemudian memanjat pulak..., branko dll.
Kalau hubby ada free rasanya nak datang jogging kat sini, parking pun banyak. Kat situ ada dimaklumkan pada March 20ni, ada Hana Matsuri, dari jam 10.00 hingga 15.00. Kalau ada kesempatan 20hb ni nak pergi situ, nak tengok bunga nanohana
Ummi-
1 comment:
Best regards from NY!
» » »
Post a Comment