Tuesday, March 15, 2005

しょつえんしき -Graduation day







Hari ini tamatlah sudah Haziq di Kaoru ayouchien ( かおる よちえん)、 Sebagai ibu, gembira ada, sedihpun ada. Suasana 'touching' hampir semua bergenang air mata. Kuma gumi pun ada ambil bahagian. Zou gumi menyanyi begitu juga dengan Kuma gumi. Anak-anak jug berlinang air mata, ada yang lebih sensitive sampai tak dapat bercakap, teresak-esak menangis, Itsuko sensei pun sama samapi terhenti bercakap kerana sebak.

Acara seperti biasa ada ucapan dari Encho sensei, wakil ibu bapa, wakil zou gumi no okasan, wakil kuma gumi no otosan. Suasana berlainan sungguh dengan Malaysia. Kat sini upacara di buat besar-besaran., dari persedian pakaian anak-anak hinggalah kepakaian tetamu yang hadir, siap dengan kimono.