Thursday, March 31, 2005

Laksa Kelantan - Happy birthday to Ucu

Hari ini lepas Subuh start masak laksa Kelantan. Lama tak makan... Laksa pun mula direndam.. punyalah tamak, sampai 2 packet. Makan satu famili bersama Lin dan Hazim.. tak habis pun laksa tu... Kuah aje yang habis... tak pandai budget, kuah dan laksa. Lepas ni nak gi Maruhachi, beli ikan lagi, nak tambag kuah untuk makan malam.

ケーキ hari ini ialah にんじんケーキ. Seronok tengok dia orang makan. Berselera. Lin pula first-time makan Laksa Kelantan.

Selamat Hari Jadi buat Tatee, semoga sihat dan sentiasa diberkati Allah

Wednesday, March 30, 2005

おそじします

Hari ni... kami mula masukkan buku-buku dalam kotak, dan juga sedikit sebanyak pakaian sejuk yang nak dibawa balik... dah mula bersepah dalam bilik Ikram, Athirah dan bilik study... rasa badan pun gatal-gatal sebab badan ni memang alergi dengan habuk.... Kena siapkan juga bahagian luar sebab tadi Azlina call nak datang besok.

Petang masih berapa siap tapi oklah juga, boleh sambung esok petang. Esok nak masak apa ye?

Monday, March 28, 2005

Kansai くうこう - りんくうタウン

Jam 8.30am pergi ke Kansai Airport, Aris naik kereta kami. Sampai sana Kumin, Nadir dan Yati dah ada. Mereka semua akan balik Malaysia. Kumin ada setahun lagi. Hari ini Isniah, Athirah, (Kobe Daigaku) Nadir (Osaka Daigaku) dan Yati (Shiga Universiti-Master) akan balik setelah tamat belajar. Semoga semua berjaya dalam kerjaya masing-masing.

12.00 noon, selesai ambil gambar dan lain-lain kami pun balik, singgah diRinku Town, outlet store, besar juga... tengok-tengok, beli sepasang dua pakaian untuk budak-budak, kami pun balik... Singgah di Marunaka membeli makanan.
kansai kuko Posted by Hello

Saturday, March 26, 2005

Isniah dan Athirah serta Hezlen dan Nana

Hari ini Is nak datang rumah so, minta dia ajak athirah sekali. Haziq masih belum baik mizu boso, jadi masak rebus ajelah... fikir-fikir, masak ajelah sup daging, makan dengan nasi impit.. soto tak lengkap sebab tak ada pegedil.. tapi sedap jugalah.. masuk bakul angkat sendiri.

Is dan Tira akan balik Malaysia pada March 28, bersama Nadir dan Yati. InsyaAllah kami akan hantar ke Airport. Hezlen, Nana, Ina, Linda, Dayang, Razlan, Aris dan Zul balik Shi gatsu no rainen.

Kami? InsyaAllah next September.... eh dekatnya rasa, macam-macam tak kesampaian lagi ni...
hh Posted by Hello

Friday, March 25, 2005

終業式 ー shugyoshiki - Nagamine Spring concert

Hari ini last day Athirah sho 5 nensei dan Ikram chu 2 nensei. Ada acara shugyoshiki. Nak pergi ambil gambar, tapi malang pergi acara tak tahu kat mana, tak ada siapa nak tanya. Balik aje dan tunggu Athirah balik dengan kawan-kawan.

Sekolah Ikram pula ada Spring concert. Ikram dan Athirah pergi tengok, ambil digicam. Haziq tak boleh pergi sebab masih belum baik lagi... nanti semua satu sekolah pula menjangkit mizu boso...

Hari ini buat laksa Penang... Aris datang rumah lepas solat Jumaat.

Tuesday, March 22, 2005

Ke Yochien lagi.... ambil DVD そつえんしき

Hari ini hujan turun, Haziq pula dah penuh dengan chicken pox,kesian dia.. tak dapatlah nak jumpa kawan-kawan di Yochien. Pergi dengan Oohta san, Megumi chan dan Ayaka chan. Ambil terus balik.

Sepanjang hari kenalah melayan Haziq sebab sini gatal dan sana gatal. Doktor pulak tak beri ubat sapu, hanya ubat makan untuk 5 hari. Kami semua pantang tak makan bergoreng, untuk bento sorok-sorok juga buatkan tempura untuk Ikram dan Athirah. Bila dia nampak, merayu ajelah dia. Moga dia cepat sembuh.

selmat berjaya...

sedih.... Posted by Hello

Monday, March 21, 2005

Sunday, March 20, 2005

だいせん - snowboard/Hari pertama haru/spring

Pagi-pagi bangun, nak ke Daisen.. dikatakan tempat ini cantik dan macam Fuji san. Tanoshimi. Sampai di daisen kami terus sewa snowboard untuk Haziq... sungguh dia main, snowboard memang senang sikit, berjayalah kami bermain snowboard. Puas hati sebab dah boleh main.

Daisen memang cantik, rasa nak pergi lagi lepas ni.. sebab pergi hari ini. cuaca biasa, langit tak biru.. so, puncak Daisen tak kelihatan sebab sama warna snow dan langit... zannen. insyaAllah nak pergi lagi bulan 5 ni. Sebab puncak tu masih ada snow lagi.

Nanti bila ada musim nashi/pear boleh pergi petik... Nashi disini, nashi terbaik di Jepun. Harap-harap boleh pergi.

Saturday, March 19, 2005

とっとりへ - あぞ ski dan sori - Happy Wedding Anniversary Ummi dan Ayah

Awal pagi lepas subuh dah ready untuk keTottori. Main sori dan ski. Kali ini semua main sebab dah janji, tak payah ambil gambil gambar,,, semua ganbatta. Naik lif.. yang malunya.. ummi dibantu oleh pekerja tu... sebab asyik terjatuh aje naik lif.. ayah pula, Ikram yang bantu. Athirah dan Ikram memang dah pro.... Haziq pulak.. begitu ajelah, tapi dah mula pandai jugalah.

Ski jo tu macam ayah yang sewa, kami aje kat situ.. seronok betul.. tak perlu nak takut terlanggar orang. Main sampaiski jo tutup. Ambil gambar dan balik ke rumah uncle Alias dan Auntie Maizon

Sampai bandar Tottori, singgah bergambar di Tottori University dan tempat-tempat yang dirasakan menarik.. Sampai rumah mereka jam 6.00 petang lebih kurang.

hari ini.. dah boleh main ski.. yatta,.. berjaya juga.

Friday, March 18, 2005

よちえんのおおそじ - あそびます

Hari ini omokai Ayakan di Yochien, last yochien. Haziq duduk main bersama kawan-kawan di Usagi gumi. Kenalah ikut dia. Happy Haziq. Jam 12.00 balik dan ikut ayah ke masjid naik kereta. Beli sedikit barang di Kobe Grocery.

Thursday, March 17, 2005

Ke Yochien lagi....

Hujan-hujan pergilah kami 11.30 omokai Ayakan chan bersama Oohta san, Megumi chan. Haziq ,memang awal-awal dah sedia. Omokai hari ini kenalah pergi Yochien sebab hari hujan. Sampai kat sana cepat-cepat dia duduk depan dapatlah dia jumpa Mari sensei. Sepanjang perjalanan balik happy betul dia bermain dengan kawan-kawan dia.

Wednesday, March 16, 2005

Haziq yang kami sayangi

Hari ini pagi2 lagi Haziq bangun, dia kata nak pergi omokai Ayaka chan di Yochien, sorang2. Sebagai ibu, fahamlah kita dia ni sabishi sebab dah sotsuen shiki semalam. Dia tunggulah Ayaka chan depan rumah, dan beritahu emaknya nak ambil sahaja di Gomo tenji. Berjanjilah kami dengan Oohta san. Jam 11.30 kami turun, dialah cepat sekali.

Tuesday, March 15, 2005

しょつえんしき -Graduation day







Hari ini tamatlah sudah Haziq di Kaoru ayouchien ( かおる よちえん)、 Sebagai ibu, gembira ada, sedihpun ada. Suasana 'touching' hampir semua bergenang air mata. Kuma gumi pun ada ambil bahagian. Zou gumi menyanyi begitu juga dengan Kuma gumi. Anak-anak jug berlinang air mata, ada yang lebih sensitive sampai tak dapat bercakap, teresak-esak menangis, Itsuko sensei pun sama samapi terhenti bercakap kerana sebak.

Acara seperti biasa ada ucapan dari Encho sensei, wakil ibu bapa, wakil zou gumi no okasan, wakil kuma gumi no otosan. Suasana berlainan sungguh dengan Malaysia. Kat sini upacara di buat besar-besaran., dari persedian pakaian anak-anak hinggalah kepakaian tetamu yang hadir, siap dengan kimono.

Monday, March 14, 2005

Sunday, March 13, 2005

wah! snow turun lebat hari ni... sanposhitai desu...

Hari ini snow turun lebat, memutih atas bukit dan pokok2... apalagi? Kami pun berposing sana sini, seperti biasa, tak puas2. Ini last year main snow kat kobe, entah biladatang lagi... harap2 adalah anak2 yang akan belajar keluar negara, yang ada yuki. Bolehlah main yuki lagi.

Petang kami pergi ke Sogo undo Koen, main2 tapi sejuk sangat sebab snow turun bersama angin.. tak lama kat sana, lepas makan balik, main pulak kat Maruyama Koen.

Friday, March 11, 2005

Masak untuk YDPA dan Raja Permaisuri Agung

Semalam Lin beritahu ada YDPA di Osaka. Kami yang ada beberapa famili ni diminta masak makanan melayu. Kak Mus masak Mee dan Mee Hon goeng, Lin masak roti jala dan kari... kuihnya sayalah yang buat. Cadangan awal cheese cakes dan ninjin cakes tapi fikir2 dan bincang2 yang jadinya kek batik dan kuih lompang. Berdebar juga nak buat, orang besar2 nak makan, kat Malaysia siapalah nak pandang masakan kita... akhirnya jadilah juga kedua-dua masakan tu. Moga-moga disukai baginda berdua. Jam 10.30 Shamsul dan Lin datang, pergi bersamanya ke Osaka. Balik Osaka singgah di Kansai Supa.

Jam 1.40 sampai rumah, pergi ambil Haziq, mujur hubby balik masjid terus ke Yochien, taklah menapak hari ini. Bawa barang Haziq semua. Sedih ada, gembira pun ada, bila Haziq dah nak sotsuen shiki. Semua anak dah masuk sekolah... beginilah rasanya bila anak2 besar. Sampai rumah tengok barang Haziq, wah! cantik2 kerja tangannya, buat kalender untuk setahun dll. Lain sungguh yochien di Jepun dan Malaysia. Masa Ikram masuk Yochien dulu, lebih kurang begitu juga. Memang best. Rasa tak rugi datang semula disini, dan ketiga2nya merasa sekolah disini. Athirah pulak memanglah suka sangat sebab dia memang lahir di Jepun. Mula hubby dapat tawaran dulu, rasa malas betul nak datang, Athirahlah yang beria-ia nak datang, nak tengok tempat lahirnya Saitama ken, Urawa shi, kita Urawa no byoin. Lepas ni, kena pulak update album Yochien sebab kena hantar hari Isnin ni... Isnin ni last day Haziq kesekolah, nak onokori sama kawan-kawan. Biarlah dia bersama2 kawan2nya.

Semoga semua berjaya dan menjadi anak2 yang soleh dan solehah.

-ummi-

Monday, March 07, 2005

おわかれ ランチ

Hari ini ada owakare lunch untuk ぞうぐみのおお母さん、pergi restoran Jepun dekat Higashi Nada. Makan Japanse style. Makanan hari itu telah ditentukan oleh mereka, yang pastinya tak ada yang meragukan. Banyak betul makanan, mula-mula tu makan tahu lembut, sayur jeruk, kepah bakar dll. Lepas tu datang lagi ikan bakar, nasi putih bersama telor ikan, isi ketam dan telor. Sushi dan setnya. Kawan-kawan makan chawan muchi, tapi tidak termasuk menu yang boleh dimakan, digantikan dengan ikan bakar. Makan sushi? Okaylah tapi sake mentah tak berapa boleh makan... Makanan hari tu telah dibincang oleh emak Yutokun berdasarkan list halal/haram yang telah diberikan. Lepas ni bolehlah ajak family pergi.. Nama kedai? Nantilah tanya Ikram... tulisan kanji, yomanai.

Ummi-

Saturday, March 05, 2005

いけばな 

Hari ini pergi belajar ikebana... satu seni Jepun dalam menggubah bunga. Sensei tu dah tua tapi bolehlah sikit-sikit berbahasa Inggeris, mudah jugalah belajar dengannya. Kelas ikebana ini dianjurkan oleh PTA Minooka Shogakko. Bayaran bunga dan Sensei sekali belajar ialah 1505 yen. Belajar setiap hari Sabtu minggu pertama dan ketiga. Gambar-gambarnya banyak tapi tak sempat lagi nak paste kat sini... tengoklah senang-senang nanti.

Thursday, March 03, 2005

たんじょうぶ かい

Seperti biasa setiap bulan Yochien akan mengadakan tanjoubi kai untuk murid yang lahir pada bulan berkaitan. Hari ini untuk bulan 2 dan 3. Agaknya sensei terlupa nak beritahu ada makanan yang Haziq tak boleh makan.. jadinya pagi ini, dah tak ada apa nak buat, terpaksalah buat cheese cakes untuknya dan hantar jam 11.00. Mujur cheese cakes ni senang nak buat.

Balik Haziq beritahu, dia penat tunggu mana cakesnya... dia ingat ummi tak buatkan cakes untuknya. Oleh kerana terlalu asyik bermain games diyochien rupanya dia tak perasanpun kita pergi hantar cakes kat dia.. Haziq, Haziq. sudah semakin besar dan dah faham, makanan muslim... dia tidak akan makan kalau makanan tu dia tak pasti halalnya. Alhamdulillah, semua anak2 begitu.

Wednesday, March 02, 2005

おわかれ遠足 - jalan2 terakhir untuk zou gumi di Kaoru Yochien

8.25 pagi dah keluar bersama Haziq ke tempat bus ke Sannomiya tunggu Oota san, Megumi chan dan Ayaka chan serta Kotani san bersama Rie chan. Awal lagi siapkan bento untuk owakare onsoku Haziq di Sogoundokoen ーそごうんどこえん 。 sampai sana jam 9.30 pagi, kami sampai kira awal, tapi ramai juga yang sampai awal... Dari rumah kami naik bas ke Nunobiki dan kemudia naik shikatetsu ssubway ke sogoundokoen. Kami samai lebihkurang jam 9.30 pagi. Haziq terus main dengan kawan2nya. Acara mula lebih kurang jam 10.00 pagi... aduh.. penat betul, naik bukit, berpeluh2 kami.

Sampai atas kami bentang tempat duduk, konon itulah tempat strategik.. tapi rupanya angin kuat dari bawah bukit, sejuk betul masa makan bento. Acara dimulakan dengan bersenam beramai2, umi tak berapa ikut bersenam, sibuk ambil gambar Haziq, lepas tu, acara bersama dengan anak2, umi pun joinlah... tertari2..tapi nihonjin no okasan ni semua sporting, buat aje apa sensei cakap... begitu juga dengan beberapa orang otosan dan ojisan...

Last kami main nawatobi panjang.. masa prastis bolehlah semua, tapi masa betuk2 kesian group kami.. tiba2 emak makun terjatuh.. matilah group kami... tak sempat lagi nak melompat...

Kadang2 terfikir bolehke mak-mak Malaysia buat macam mak Jepun.. sporting dan boleh ikut semua acara, enjoy jugak, kat Malaysia, acara sukan untuk Tadika pun tak ada... entahlah bolehkah kita mengubah fikiran rakyat Malaysia, selagi ianya tidak melangar etika Islam? Aku memang respect mak Jepun, kalau pendidikan anak2 sanggup buat apa sahaja... asal anak mereka boleh berjaya. Kat Malaysia pun begitu, tapi hanya untuk pendidikan sekular... sahsiah diri kadangkala tertinggal. Semoga anak2 kami menjadi umat Islam yang bertaqwa.

Acara ini diadakan untuk kelas Haziq sebab dia akan tamat yochien pada March 15 ni, dipanggil juga sayonara ensoku... last kami bergambar ramai. sambil berkata おわかれ遠足. Haziq enjoy betul tempat ni.. banyak permainan, ada subaridai penjang, kemudian memanjat pulak..., branko dll.

Kalau hubby ada free rasanya nak datang jogging kat sini, parking pun banyak. Kat situ ada dimaklumkan pada March 20ni, ada Hana Matsuri, dari jam 10.00 hingga 15.00. Kalau ada kesempatan 20hb ni nak pergi situ, nak tengok bunga nanohana

Ummi-

Tuesday, March 01, 2005

Gambar ramai sotsuen shiki

Hari ini Haziq bawa baju sotsuen shiki dia pergi yochien, nak bergambar ramai... umi risau jugak bagaimanalah Haziq bersiap, rupanya dia dah pandai, rensu lagi pagi ni.. kami semua puas hati. Balik dia beritahu dia bersiap sendiri, cikgu tak payah tolong, kawan2 ada juga yang sensei tolong.

Kat Jepun ni masa sotsuen shiki bergaya habis, budak dan parents... baju Haziq tu kami beli kat yahoo auction dapatlah 7300 yen sepasang, tengok kat Daimaru sampai 50000 yen, kami pergi try aje tengok saiz lepas tu masuk auction, jimat okane. Inilah gambar Haziq...