Mendaki Bukit Senaling
Hari ini seawal 4.00 pagi kami 4 beranak telah bangun dan siap-siap untuki ke Kuala Pilah. Cadangan awal bergerak kul 3.00 tapi tertidur. Bangun dan siap-siap akhirnya bertolak kul 4.30 pagi. Along pandu laju jugalah nak kejar masa. Sepanjang perjalanan nampak berkabus dan terasa sejuk. Sampai Petronas Kuala Pilah iaitu tempat yag dijanjikan lebih kurang kul 6.15 pagi. Kat Petronas memang dah ramai. Kami rehat dan urus diri sehingga 6.30, kemudian terus bergerak ke Bukit Senaling. Alhamdulllah, kawasan parkir pun luas.
Setelah ketua kumpulan selesai mendaftar kami dibenarkan mendaki. Ummi tertanya-tanya mampu kah ummi sebab bukit disini curam. Kuatkan semangat terus mendaki perlahan-lahan sehingga tidak terasa kami dah nak sampai ke puncak. Mula jumpa anak sungai dan kami terus mendaki sambil gambar. Pemandangan memang cantik, bukit yang berkabus. Dipertengahan kelihatan matahari mula naik, Subhanallah memang canti ciptaan Allah. Kami terus mendaki, di checkpoint 8, mula sukar, mendaki dilereng bukit, disediakan tali untuk dipegang, ummi macam nak giveup, tapi puncak dah dekat di checkpoint 10, mendaki jugalah. Bongsu ku M.A. Haziq pegang tangan ummi untuk naik, Along di belakang. Anak-anak semua ada peranan membantu ummi, ummi berhenti ada yang keluarkan makanan dan minuman, ada yang keluarkan face towel. kami mendaki dengan masa kami sendiri, kesian guide tu terpaksa tunggu ummi, sebab kami berempat tertinggal dibelakang.
Akhirnya puncak Bukit Senaling dapat ku tawan. Gambar sakan lagi. Hilang penat, mula turun, umi rasa taihen bila turun. Ummi jalan dengan perlahan, terasa begitu penat. Kami sampai ke temapt mula nail dalam kul 10.00 pagi. Alhamdulillah, RM20.00 bayaran permit termasuk asagohan dan guide. Kami memang enjoy. Ummi cadang nak ajak kawan-kawan PUSPANITA ummi join next time. (Gambar upload kemudian)
No comments:
Post a Comment