Walau dalam keadaan sedikit kecewa Ikram menabahkan hatinya untuk mendaftar di Maraya Daigaku mengikuti Kursus Pengurusan Harta Tanah EM 220. Kami hantar dalam jam 10.00 pagi.. sengaja datang lewat biar tidak bersesak sangat. Alhamdulillah.... mudah sahaja Ikram dapat Blok D.
Ayah gembira sebab dia ada nostalgia.. duduk Kolej Kelima juga 27 tahun dahulu... syok ayah bercerita. Tengah hari kawan ayah Nawi datang jumpa ayah... ingat nak minta tolong tukarkan Ikram kursus lain... boleh ker???? Tak tahulah..
Ummi tolong IKram kemas sikit-sikit barang, dia tak nak pun keluarkan barang sebab dia akan kena tukar bilik lagi selepas selesai haluan siswa.... kolej dia dekat surau.. bolehlah dia sembahyang berjemaah setiap waktu... harap-harap begitulah.
Jam 2.00 kami balik ... Ikram tertinggal pulak baju melayu... Sebelum Maghrib kami hantar kat UM semula... ayah sembahyang sekali kat sana.
Malam kami cuba juga buatkan surat rayuan pertkauaran kursus.. hantar kat berbagai Universiti, harap-harap mengenalah rayuannya....
2 comments:
assalamualaikum... kita pernah jumpa tahun 2004 kalau tak silap di KHI Nishi kashi. saya nak cari pian, isniah, kalau boleh tolong bagi contact...
Waalaikumsalam...
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.
Pian boleh dihubungi dalam Supian Salleh Facebook..
Post a Comment