Thursday, December 01, 2005

Ragam manusia....

Minggu ini penuh dengan meeting, bincang dengan staf SKT mereka untuk tahun 2006, budget 2006, Hari Keluaga 2005, meeting Pengurusan dan entah apa-apa lagi...

Anak-anak dah mula boring dok rumah, kena paksa belajar, Alhamdulillah Haziq dah semakin lansar membaca Romaji Marego dan Eigo. Paling dia minat buat Mathematic.. kadangkala tak mahu berhenti... nak buat banyak-banyak, cuma jawi belum mula lagi.. tapi rasa-rasanya nak masukkan dia sekolah Integrasi. Athirah pun begitu, dia memang rajin membaca dan menulis, kalau suruh kerja rumah lansung dia tak buat kecuali kalau suruh buat cakes, laju dia bangun membuat. Ikram pula ayah dah mula ajar subject Form 4, suruh buat karangan, memahamkan karangan dsb.. harap-harap mereka boleh terima dengan mudah nanti... Setiap malam lepas makan malam kami buka meja belajar bersam-sama, sampai jam 10.00 malam. Kami betul-betul ganbare untuk mereka.

Mula nak ambil pembantu semula, tapi bila fikir Haziq dan Athirah balik sekolah jam 4.00 petang, Ikram balik jam 2.00 petang.. apa pula kerja pembantu tu.. masak memang ummi yang buat walau ada pembantu dulu.. pembantu hanya jaga Haziq, kemas dll. Sekarang Haziq dah 7 tahun dah pandai sendiri, boleh juga jimat untuk persekolahan anak-anak. Sekolah tu pun kami bayar boleh tahan juga, sebab sekolah swasta. Nak pergi sekolah kerajaan, bimbang mereka biarkan aje.. maklum anak-anak kita kurang perbendahaan kata. Athirah pula kena ambil UPSR tahun 2006. Kowai juga.

3 comments:

lynn said...

alhamdulilah dengar anak2 akak dah seronok kat sana yer.. rajin pulak tu, agaknya sbb dah belajar susah masa kat nihon dulu kan kak.

ganbatte kak! jadi cikgu besar pada anak2 erk.. insyaallah usaha tangga kejayaan.. doa ibubapa adalah yg paling afdal, semoga ikram, athirah dan haziq tak ada masalah bila sekolah di buka nanti, amin...

Anonymous said...

Hait Ganbarimasu. Terima kasih Lynn beri semangat, harap anak-anak kita akan sama-sama berjaya dunia dan akhirat. Amin. Itu sahajalah harta kita yang ada Lynn... Semoga mereka dapat mendoakan kita nanti.

Anonymous said...

Keep up the good work Chat lines web cams laser centers and skin care