Kyowa eii tenki desu ne.. dapatlah jalan-jalan sikit. Lepas asagohan, nasi goreng dan mak makan nasi putih. Ayah dan Athirah ke rumah Mak Cik Ye. Seronok Athirah balik rumah tengok Mak Cik Ye beri dia RM 50. Ummi agak dia tersilap beri sebab matanya kurang nampak, ummi beritahu ayah, ayah pun setuju, lepas tu pergilah mereka pulangkan duit tu, Mak Cik Ye kata dia ingat RM 5. Lepas tu dia ganti dengan RM10. Okaylah tu...
Jam 9.30 pagi kami ke Bandar Machang, bawa Haziq ke Klinik, dia demam sejak semalam, dah beri panadol masih tak sembuh. Kat Machang adalah 2 buah klinik yang buka. Kami masuk Klinik Wan Fuad, sensei tu sendiri jaga pendaftaran. Demam Haziq naik sehingga 40 darjah celcius... berdokong dia dengan ayah.. ramai juga kanak-kanak yang demam hari ini.
Selesai di klinik cari kedai Proton Edar untuk serbis kereta, tak ada pula kat sekitar Machang, buat keputusan serbis aje kat Shah Alam nanti... kami beli nasi kerabu dan nasi berlauk serta kuih akok, terus balik. Diperjalanan singgah rumah Baba (abang ayah) dia tak ada pula, terus balik dan makan bersama Mak.
Petangnya kami pergi pula ke rumah Mak Cik Esah dan Pak Ngah Said adik Cek. Habislah sessi melawat rumah mak dan bapa saudara terdekat di kampung.... InsyAllah semoga berjumpa lagi di raya akan datang.
Sejak petang hingga malam hujan turun dengan lebatnya. Malam Aseri dan keluarga bersama Mek tidur rumah Mak. Sedang kami lenyak tidur, lebihkurang jam 11.30 malam Baba an keluarganya datang, cerita sampai jam 1.30 pagi, mengantuk betul mata ni... lepas tu mulalah mata ni tak mahu tidur.
3 comments:
kak siti, kedai proton edar tu ada dekat dgn traffic lights simpang 4.
ye ke ennie, kami dok cari dan tanya juga kat kawan-kawan, semua tak perasan/tak tahu, pelik juga kalau dikatakan tak ada kan? Anyway, thanks for your info. Next time tak lah tercari-cari lagi..
Excellent, love it! » »
Post a Comment