Hari ini bermulalah Ramadhan yang dirindui, bulan ibadah untuk umat Islam.
Bangun sahur dan terus siap untuk pergi kerja, Haziq dah mula bosan duduk rumah, Haziq menangis nak ikut ummi pergi office. Bawa dia ke office bersama Ikram dan Athirah. Ada perhimpunan pagi, so tinggalkan mereka kat bilik.
Jam 9.30 pagi mereka ke Perpustakaan Raja Tun Uda. Tengahari dah mula bosan, Haziq sampai tertidur atas kerusi, mungkin letih kerana berpuasa... Ikram dan Athirah bising juga sebab terpaksa ikut Haziq... tapi ummi buat tak faham..
jam 5.00 ummi balik, tunggu ayah kat luar, ayah lambat pula sampainya, Azan kat Masjid baru ayah sampai dari Putrajaya, katanya hujan lebat, kesian anak-anak hanya berbuka air milo dan air acang soya Ikram beli kat mesin vending. Ayah sampai terus balik rumah kat seksyen 7, selesai sholat balik Banting. Sampai sana makan Pizza Hut. Selera mereka makan.
1 comment:
Selamat Berpuasa buat akak dan keluarga. Terharunya membaca citer akak.. sian anak-anak pasti mereka masih lg rasa janggal dgn suasana baru terutama Haziq.. sabarlah akak melalui semua itu.. lambat-laun dia ok lah tu.
Rindunya dgn akak dan family... along pun masih teringat2 lg dgn abg haziqnya tu... salam utk mereka ..
Post a Comment