Koinoborino uta
Yane yori takai koinobori
Ookii magoi wa otousan
Chiisai higoi wa kodomotachi
Omoshirosouni oyoideru
Romanized lyrics English translation
Carp streamers are higher than the roof
The biggest carp is the father
The small carp are children
Enjoying swiming in the sky
Setiap May 5, kodomon-hi disambut meriah oleh ibubapa dan anak-anak lelaki Jepun, boleh dikatakan ianya pasangan kepada hina matsuri, iaitu hari untuk anak perempuan. Mereka akan membuat acara makan-makan untuk keluarga dan sama-sama berdoa untuk kesihatan anak mereka. Bagi umat Islam tentunya kita sentiasa mendoakan anak-anak kita sekurang-kurang selepas setiap sholat...tidak perlu tunggu adanya hari tertentu.
Bagi Ikram, Athirah dan Haziq, mereka bangun awal dan siap-siap minta dihantar ke MIDORI... nak dapat hadiah kabuto mushi no kodomo, anak kumbang kot... macam ulat. jam 7.00am, pergilah ke MIDORI, sampai sana, jadi orang ke 5-8 dan kereta kedua menunggu masuk parking, datang awal, sebab hanya 20 orang pertama akan dapat. Buka gate berduyun pergi beratur... siap bawa kerusi lagi.. bukan nak kabutomushi aje... potongan harga pun banyak...Our first experience, tak pernah buat pun. Midori mula beroperasi jam 10.00am, mula beratur 7.30am... bayangkan.. mujur dapat 6 ekor anak kumbang tu dan beberapa barang lain yang memang murah kali ini.
Balik masing-masing kelaparan, breakfast cum lunch... lepas sholat, ke Merican Park pula sebab ada last day flee market... Jualan barangan tak berapa banyak mungkin kami dah lewat hari ini... tapi jualan makanan ehmmm, oishi so... mujur anak-anak dah faham, tak siapa pun minta, kecuali minta air sebab panas. Balik Merican Park, singgah pula di KONAN, shopping lagi.. beli tanah untuk kabuto mushi dan ikan senaka.
Athirah buat cakes sponge coklat untuk kodomonohi cum tanjoubi ayah. Ummi pula masak Nasi briyani. Kami sambut malam ni sebab, esok dah sekolah...ayah pula mungkin balik lewat malam esok.. sebab kena siapkan thesis dia... kesian ayah, dah beberapa minggu tak keluar rumah. Semoga ayah berjaya. InsyaAllah.
Tahun ini kami hadiahkan ayah Philishave 600 series quadra action HQ662, brand philips. Beli kat Midori.
2 comments:
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » »
Very nice site! » » »
Post a Comment