Thursday, February 24, 2005

influenza

Hari ini pagi lagi Haziq bangun macam biasa, tanya umi, mana bento haziq?.. Kami sengaja tak beritahu dia Yochien dia terpaksa cuti sebab ramai budak kena influenza.. Hari ini melepek sambil belajar dengan ayah.

Ikram pulak, hari ini hari kedua dia exam, balik jam 12.00 lepas tu study... harap-harap dapat best result. Hajatnya lepas zohor ni nak pergi Rokko Michi dengan Haziq, dia ajak pergi toshokan. Rasa boring pulak hari ni nak duduk rumah... maklum dah demam beberapa hari rasa nak keluar pulak... Athirah pulak sekarang sedang sibuk berlatih koir dan main recorder lagu best freind... untuk shosogioshiki 6 nensei.

Hari ini ayah pun dah mula study selepas demam seminggu.. cian ayah... baring aje dengan Haziq... Hari ini ayah ganbantte.. kena siapkan paper dia sebelum March 7. Ganbattee ayah..... bye.

Sejak masuk Kumon Haziq jadi rajin belajar, hari ini sibuk menghafal sansu, kena baca dalam masa 20 saat sifir campur 4. Hiragana nampak dah boleh, begitu juga dengan eigo. Nampak berkesan juga tuition tu... tapi okane ga? tak apalah asal budak-budak boleh belajar.... Ikram, Athirah dan Haziq belajar betul-betul... biar jadi orang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Semoga Allah berkati usaha anak-anak kami. Amin.