Saturday, December 31, 2005

kasut dan beg sekolah..

Hari ini beli kasut dan beg sekolah semua. Hari ini hari terakhir persiapan pakaian dan peralatan sekolah. Siap semuanya. Petang keluar pula ke Pesta Orkid Shah Alam, zannen, o ame, siap dengan angin kuat. Basah kuyup ummi dan Ikram. Jangan tak ada, beli 2 pasu orkit dalam hujan-hujan tu...
Hajat malam ni nak tengok acara kat padang tu,, tapi tengok dah dibatalkan oleh MB. Malam ni duduk kat rumah sahajalah.. badan dah rasa nak demam, kena hujan teruk hari ni..... janganlah demam.

Malam ni menonton ASTRO Channel 35 dengar lagu-lagu Japan... best betul.

Wednesday, December 28, 2005

Sekolah Integrasi Sri Pintar....

Selesaikan kerja pagi ni, ummi terus ke Sekolah Sri Pintar, buat bayaran untuk 6 bulan pertama, boleh tahan jugalah... Pakaian warna kuning muda, kain biru tua, tudung warna krim, songkok biru tua. Baju, alamat kena tempah, susah nak cari baju raihan untuk Haziq.. beli kain dan tempahlah nampaknya. Petang ni juga kena keluar cari kain, beli kain kat TEWAH di TESCO. Mulanya nak tempah kat kakak Comeil, tak jadi sebab dia duduk Kapar susah nak hantar.

Akhirnya hantar ke Sungai Kandis, tailor Manja. Boleh siap katanya. Alhamdulillah ada yang sanggup.

Tuesday, December 27, 2005

Buku dan pakaian sekolah...

2 hari ini ayah cuti, nak settlekan semua urusan peribadi, sekolah anak, bank, income tax, zakat dll.. ummi tak cuti. Pagi ini jumpa pengetua sekolah seksyen 2, minta pendapat nak masukkan Ikram kelas mana, dia tak ada PMR.. Sensei tu tanya apa cita-cita Ikram, dan dia juga tengok result Ikram masa di Japan... bincang dan bincang, akhirnya diputuskan Ikram ambil pure science tapi ummi minta dia dimasukkan ke kelas kedua, bimbang kelas pertama budak pandai-pandai. Kawan-kawannya semua dapat 8A.. dia tumpang gembira ajer..

Selesai disitu, beli buku rampaian dll peralatan, ambil juga list buku untuk beli di Sri Tanjung. Lepas tu kami semua minum dan ummi balik ke office. Mereka pergi pula selesaikan urusan dengan bank.

Monday, December 26, 2005

Sunway Lagoon, Program kecergasan dan silaturrahim LMS..

Asa 6.00 ji anak-anak dah bangun dan ready nak pergi Sunway Lagoon. 8.30 goro mesti dah ada kat situ, sebab ummi handle pendaftaran... Sampai sana, ummi on time, yang lain ada yang lambat.. terpaksa ummi tinggal kat luar tunggu yang belum sampai. Sampai aje ummi pun terus asagohan. Selesai semua asagohan, games pun bermula, ummi ambil bahagian juga, begitu juga Athirah, Haziq dan ayah. Main sakan kami, sampai basah kuyup...

Selesai main kami makan nasi minyak pula, bersama ayam masak merah dan acar. Lepas tu penyampaian hadiah... hadiah semua dapat...

Acara selesai jam 1.30 goro, kami pun bebas. main lagi, wet and dry park.. naik jambatan gantung, roller coaster, cawan dll.. balik jam 6.00 petang.

Kepenatan, malam makan roti sahaja. Esok kena kerja.

Sunday, December 25, 2005

Cuti Krismas...

Tak kemana-mana hari ini, bersama anak-anak ajer.. masak-masak dan makan-makan. Hari ini memang hajat tak hendak kemana-mana, duduk rumah aje siapkan mana yang patut urusan persekolahan.

Saturday, December 24, 2005

Beli baju sekolah Ikram

Hari ini selesai urusan pagi dirumah, jam 8.30 goro pergi Seksyen 6, beli Nasi Kerabu Saripah dan bawa ke taman depan Muzium, breakfast kat koen... best betul. Lepas asagohan terus ke Pakson Subang Parade beli baju sekolah.. hari ini beli baju sekolah untuk Ikram sahaja, kasut kebetulan tak ada saiz pula,,, beli lain kali. Susau juga cari baju sekolah Ikram.. beli cukup saiz pinggang, pendek pula seluarnya, terpaksa beli besar baru cukup kakinya... Hari ini belikan dia sepasang dulu.. adik-adik belum laagi sebab tak tahu uniform macammana...

Petang cabut rumput depan rumah dengan anak-anak, quality time.

Friday, December 23, 2005

SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2

Pagi tadi ayah called surat Ikram dari JPPD dah siap. Confrim dia dimasukkan ke sekolah Seksyen 2, Alhamdulillah dah ada tempat. Next week baru pergi kesekolah jumpa Pengetua. Ikram dah tak kisah sekolah manapun.. yang penting dia boleh sekolah.

Athirah dan Haziq pun dah ada sekolah dia Sekolah Integrasi Sri Pintar di Seksyen 7. Tak lama lagi sekolah buka....

Thursday, December 22, 2005

Sekolah....

Minggu ni sibuk dengan ISO, audit nak datang.. apa lagi, semak mana yang tak kena.

Kat rumah anak-anak semakin hampir nak sekolah, hujung minggu kenalah beli baju sekolah pula... Semalam ambil borang untuk masuk sekolah kerajaan untuk anak-anak yang baru pulang dari luar negara. Hari ini permohonan untuk Ikram masuk sekolah dah dihantar, mereka kata kena hantar ke Kementerian sebab dia tak ada PMR, tunggu ajelah sekolah mana dia akan letak, janji dia dapat sekolah. Borang kena isi 3 salinan, siap kena fotostate semua dokumen, Passport parents, surat kelulusan keluar nagara, rekod sekolah dll. Harap semua lengkap...

Ikram pun tak kisah sangat kemana sebab kawan-kawan diapun ramai kat mana-mana sekolah pun.. Athirah dan Haziq kami masukkan ke Sekolah Integrasi Sri Pintar kat Seksyen 7. Sekolah swasta.

Sunday, December 18, 2005

World Marina Resort PD

Hari ini 12orang dewasa breakfast kat resort makan mee goreng, nasi lemak dll. Kat apt. pula makan sandwich, nasi impit dan ikan bakar.

Siap asagohan, semua turun dengan agenda masing-masing, ada yang ke pantai, kami pula beremdam kat pool ajer malas nak ke pantai. Check out jam 3.00 goro, berendam sakan kami...

Balik teus kerumah bonda di Banting. Kemas mana yang perlu ambil serba sedikit makan yang berlebih, lepas Maghrib, balik Shah Alam. Puas berendam hari ini. Esok kena pergi kerja... huwa

Saturday, December 17, 2005

Majlis Perkahwinan Nurwani Dato' A.Wahab & Aesrol Azizie

Hari ini kami ada jemputan perkahwinan Wani, u/grade masa kat Saitama Daigaku dulu 1993-1995... meriah betul, ramai kenalan masa di Saitama ada, termasuk Nihonjin yang baik dengan Wani, ada 6 orang semuanya, host family Wani dan Rin 2 family suami isteri, sempai dia datang bersama okasan dia.. semua gembira, menginai dan makan beradap bersama kedua mempelai... wah! seronok semua dapat berbual dalam nihongo bersama Nihonjin.

Rin sama Wani juga dulu, tapi sekarang dah ada anak 3, kahwin dengan student sama belajar dengan dia dulu, Zuri... Zuri kerja kat Honda di Melaka, Rin pula masuk belajar semula ambil sijil perguruan, dulu ajar add Math, sekarang kursus semula untuk mengajar Nihongo kat sekolah-sekolah pula... masing-masing dah ada haluan sendiri... Wani pula kerja dengan swasta..

Selesai kat rumah Wani lebihkurang jam 4.00 goro, kami terus pula ke Port Dickson, World Marina Resort bermalam disana bersama bonda, Acik, Tatee dan Suhaimi serta keluarga dia, kami sewa 3 apt.. Sampai sana mereka dah ada dan terus minum petang bersama mereka.

Anak-anak terus masuk pool.. sampai Maghrib. Lepas Maghrib terus buat bbq beramai-ramai.. kenyang yang teramat, kerang bakar, ayam, daging, piman, terong, nasi impit dll makanan ringan.. tak terhabis nak makan... Kami duduk ber bbq sampai jam 11.00 malam, naik terus lelap... Anak-anak ummi, acik, adik-adik Suhaimi, kenyang makan terus masuk pool semula sampai jam 11.00 malam... Haziq sampai merah-merah mata.. puas betul.. Masuk pool malam tu sampai guard tu beritahu pool dah nak tutup.

Friday, December 16, 2005

RA 6 Oddysey..

Sekian lama hari ini keluarlah kereta kami.. Alhamdulillah, tak ada yang rosak atau hilang... semua gembira, Haziq ajak jala-jalan, tapi belum daftar lagi, tak berani pula kami.. biar ajelah kat rumah minggu ni...

Monday, December 12, 2005

Putrajaya, Pejabat Pendaftaran...

Hari ini pagi lagi semua bangun, ikut ayah ke Putrajaya, sebab nak buat Mycard ayah, ummi dan Ikram... Sampai Pejabat Pendaftaran, terus beratur, tengok-tengok dokumen yang perlu, pasport parents dan pasport anak perlu ditunjukkan untuk buat Mycard Ikram, pasport semua tak bawa .. siap ambil nombor, ayah beritahu kaunter tu ayah ada urgent nak balik office, mereka kata datang balik selepas 5.30 goro, happy kami. Ummi balik ke Shah Alam ambil pula pasport... balik Shah Alam, singgah di Seksyen 8, beli soto. Makn soto tengahari ni...

Selesai sholat Zohor pergi lagi ke Putrajaya, disebabkan kami datang awal, pergilah pula kami ke Alamanda, first time pergi.. best juga. Tapi kami tak lama, belikan Haziq kebab, ronda-ronda pula di Alamanda sampai jam 5.15 goro, lepas tu tunggu pula ayah balik dari office dan terus ke Pejabat Pendaftaran. Elok-elok sampai no. Ikram naik, terus kami buat.. .Alhamdulillah, tak penat menunggu. Settle semua tapi kena denda sebab sepatutnya kami mesti buat Mycard Ikram dalam masa 30 hari selepas balik dari overseas.. mujur denda cuma RM16. Bayar ajelah... salah sendiri, tak semak dari awal.... 2 bulan menunggu baru dapat Mycard.

Sunday, December 11, 2005

Sultan no tanjoubi... ashita wa Selangor yasumi desu..

Selesai urusan dirumah, kelas pagi 1 jam, kami ke Kedai Perabot Bahagia Seksyen 9. Confirm beli dining table yang dah berkenan semalam.. Ka youbi dia hantar, Selangor cuti sempena tanjoubi Sultan Selangor hari ini.

Tengahari kerumah Kak Mah/Abang Lah di Keramat. Makan-makan, cerita-cerita pergi pula rumah Kak Sham di Taman Greenwood.. lama tak pergi, sesat, tak jumpa Taman tu, akhirnya Kak Sham keluar ambil di Taman Samudera... teruk betul, 5 tahun dulu senang nak cari, sekarang dah ada highway, payah nak jumpa... Kat sana makan pizza dan kuih raya. Mulanya nak tengok VCD Siti Nurhaliza di London, tak ada rezki, ada problem pulak tv tu.. lain kali ajelah... Balik rumah 10.30 goro, terus tidur...

Saturday, December 10, 2005

ASEAN Summit....

Pagi lagi hari ini kami hantar ayah ke stesen komuter Padang Jawa, ayah nak ke Shangrila Hotel wakil jabatan untuk Asean summit... best ayah kata.. Acara malam ayah tak pergi, sebab hanya pertunjukan kebudayaan.

Lepas hantar ayah, ummi bawa anak-anak main kat Taman depan SIRIM, lepas tu taman satu lagi tu.. Haziq kata tak best, best lagi koen kat Jepun, manatak dia kata begitu, kat sini permainan tak berjaga, maintanence teruk betul, banyak yang rosak.

Tengok mereka kurang berminat, ummi bawa pula ke Pasar Seksyen 6, beli nasi kerabu dan mee goreng. Masuk pasar semua tak nak ikut, masing-masing geli nak masuk pasar, sebab pasar basah. Malas nak layan, ummi pun balik ajelah... tanam pokok, cabut rumput dan kemas lebihkurang. Sentaku ga ippai...

Jam 6.30 goro ambil pula ayah di Stesen Komuter Padang Jawa, terus ke Kedai Perabut, dah ada yang berkenan, tapi esok baru confirm. Balik makan KFC guna voucher dari office... berselera anak-anak makan KFC.

Malam masuk kelas lagi... ganbarimasu.

Sunday, December 04, 2005

Majlis Bercukur Muhammad Aiman Khushairy dan Birthday Party Damiah Qistina

Hari ini ada 2 jemputan, dua-dua kena pergi, Fahidah, Pembantu Tadbir, Nik pula, sama-sama kat Kobe dulu...

Lepas solat Zohor kami pun pergi ke Taman Shahbandaraya, rumah Fahidah sebab ada majlis bercukur.. sampai-sampai marhaban baru nak mula, masuk dulu kemudian makan. Sama-sama sampai dengan Ana/Hisham sefamily.. Hari ini makan nasi putih, sambal udang/petai, kari daging ayam massak merah buah-buahan dan cakes.

Lebihkurang jam 3.30 goro kami pun balik dan terus ke Sri Pistana Sungai Buluh, rumah Nik Roselina/Najib... rumah baru beli, rumah tepi, luas juga tanahnya... Kat sana makan, soto, mee hon goeng putih, satay kuih muih dll. Istimewa ada tanjoubi no kekki, Ikram, Athirah dan Haziq berselera makan, dapat main keyboard lagi...Kami balik dari Sungai buluh sebelum Maghrib, elok-elok sahaja dapat Maghrib kat rumah.

Malam ni, kelas 1 jam sahaja, semua letih...

Saturday, December 03, 2005

Yasumi desu....

Kyowa ha yasumi desu.. lepas asagohan tanam pokok bunga kat luar dengan anak-anak.. best juga berkebun. Kalau bunga-bunga tu menjadi, sedap mata memandang bila balik penat-penat.

Tengahari, balik Banting, pergi tengok perabot kat Kedai Pang, tengah tengok bonda pun join. Belum beli lagi, tak berapa berkenan. Hajat nak tengok kayu jati, kat kedai tu banyak kayu getah pulak.. almari pun tak berapa cantik, cantik lagi kat Shah Alam. Lepas tu terus balik rumah bonda. Makan-makan dan rehat-rehat, bonda ke rumah Cikgu Lijah ada khenduru sebab dia nak ke Mekkah, lepas tu bonda kerumah Mak Cik Noriah pula, sebab dia buat majlis bercukur cucunya.. balik bonda bawa balik banyak makanan... Petang pergi beli orchid kat Sungai Buaya dengan Mak Usu.. boleh tahan juga harganya, beli 3 pasu...

Lepas makan malam, kami pun balik ke Shah Alam... Esok ada majlis bercukur anak sulung Fahidah dan majlis hari jadi anak Nik Roselina/Najib, kenal masa kat Kobe dulu...

Thursday, December 01, 2005

Ragam manusia....

Minggu ini penuh dengan meeting, bincang dengan staf SKT mereka untuk tahun 2006, budget 2006, Hari Keluaga 2005, meeting Pengurusan dan entah apa-apa lagi...

Anak-anak dah mula boring dok rumah, kena paksa belajar, Alhamdulillah Haziq dah semakin lansar membaca Romaji Marego dan Eigo. Paling dia minat buat Mathematic.. kadangkala tak mahu berhenti... nak buat banyak-banyak, cuma jawi belum mula lagi.. tapi rasa-rasanya nak masukkan dia sekolah Integrasi. Athirah pun begitu, dia memang rajin membaca dan menulis, kalau suruh kerja rumah lansung dia tak buat kecuali kalau suruh buat cakes, laju dia bangun membuat. Ikram pula ayah dah mula ajar subject Form 4, suruh buat karangan, memahamkan karangan dsb.. harap-harap mereka boleh terima dengan mudah nanti... Setiap malam lepas makan malam kami buka meja belajar bersam-sama, sampai jam 10.00 malam. Kami betul-betul ganbare untuk mereka.

Mula nak ambil pembantu semula, tapi bila fikir Haziq dan Athirah balik sekolah jam 4.00 petang, Ikram balik jam 2.00 petang.. apa pula kerja pembantu tu.. masak memang ummi yang buat walau ada pembantu dulu.. pembantu hanya jaga Haziq, kemas dll. Sekarang Haziq dah 7 tahun dah pandai sendiri, boleh juga jimat untuk persekolahan anak-anak. Sekolah tu pun kami bayar boleh tahan juga, sebab sekolah swasta. Nak pergi sekolah kerajaan, bimbang mereka biarkan aje.. maklum anak-anak kita kurang perbendahaan kata. Athirah pula kena ambil UPSR tahun 2006. Kowai juga.

Sunday, November 27, 2005

Minggu terakhir hari raya....

Bangun pagi, sarapan lebih kurang, kelas untuk anak-anak, nampak juga peningkatan mereka...

Jam 11.00 pagi kesekolah Integrasi Sri Pintar di Seksyen 7, hajat nak bertanya untuk kemasukan sekolah Athirah dan Haziq, nampak menarik juga sekolah tu, mula jam 8.00 hingga jam 3.30 petang untuk tahap 1-4 dan tahanp 5 dan 6 balik lewat 4.30 sebab ada kelas tambahan.... bayaran pun boleh tahan juga, tahap 1 hingga RM260 dan tahap 5 dan 6, RM 290... Kelas berhawa dingin dan murid pun tak lebih dari 24 orang dalam sekelas.. kalau dengar keterangan macam boleh... tapi kami fikir lagilah.. nak survey tempat lain lagi.

Tengahari bonda dan kawan-kawanya datang minta tunjukkan jalan ke Seksyen 24, Kompleks warga Emas.. pergilah hantar bonda pula ke Seksyen 24. Mereka ada jamuan hari raya.

Lepas Zohor kami pergi pula ke rumah terbuka Siti Syabana di Subang, Apartment apa tak ingat pula.. makan lagi. Mee bandung, nasi impit, sambal kerang dll..

Balik singgah pula di Seksyen 13, hajat nak tengok Sekolah Integrasi Assyakirin.. besar sekolah dari tahap 1 hingga Tingkatan 5... mahal sikit, Tahap 1-6 RM 360/sebulan dan Menengah RM 390,fikir lagi.. next week decide.

Lepas tu tengok pula kedai perabut Jati, cantik-cantik, masuk pula kedai bahan buat kek dan roti, menyelerakan. rupanya hujung minggu boleh belajar buat kek dan roti/pastri... bila dah settle semua bolehlah pergi belajar pula... Semangat nak belajar buat roti dan kek masih menebal. Ganbatte neee..

Saturday, November 26, 2005

Open House rumah Haslinda san...

Hari ini lepas sholat zojor kerumah Linda di Port Klang, Kampung Sungai Sireh. Banyak makanan, satay, otak-otak, mee kari, roti jala, nasi impit dll, kenyang makan. Ramai juga yang hadir...

Lepas rumah Lina singgah kedai perabut untuk legakan perut, untuk kerumah kedua pula, rumah Azniza di Shahbandar... makan lagi, banyak juga, tapi ummi banyak makan pecal sebab sayuran, lepas tu ambil pula laaksa dan mee soto.. kuih kochi dll. Balik dengan kekenyangan.

Malam lepas Maghrib kerumah Sanif/Yati depan rumah pula.. makan pula laksam dan nasi briyani... cerita sampai malam... Hari ini dapar kami tak berasap pun... makan free ajer... mewahnya bumi Malaysia...

Friday, November 25, 2005

Shigoto....

Sepanjang minggu isogashi, macam-macam kena buat, ada meeting budget, sasaran kerja tahunan, tatatertib dll... letih dengan meeting, mujur sepanjang minggu puasa, kalau tidak pening pulak dengan makanan yang ada...

Kita dah lama cuti, kena kerja banyak terasa pula nak cuti.. tapi buat juga lah kerja-kerja tu, masalah pun ada bila duduk kat HR dept. ada aje tak kena, buat ni salah-buat ni pun salah... dengar ajelah... kalau nak ikutkan mahu rasanya nak tutup aje mulut mereka ni... sekarang dok pekakkan telinga, paling banyak masalah dari kumpulan bawahan, ada aje tak kena, mereka kerja tak banyak dok tengok salah orang ajelah... kalau nak bergaduh pun tak guna, mereka bukannya tahu hal pentadbiran... potong RM 5 sebulan untuk Kelab pun jadi masalah besar....

Kadangkala fikir kenapalah ambil HRM dulu, dengar cerita kawan-kawan enjoy ambil HRM, kita pun ikut.... bila masuk bekerja, pening dengan perangai orang... tawakal aje.. Kerja kerana Allah swt.

Sunday, November 20, 2005

Open house rumah Teh (adik bonda)

Cakap pasal open house, teringat masa kat Japan, kadang-kadang ada iklan open house, mula tu ingatkan open house tu untuk jemput makan, tapi rupanya open house dia untuk tengok rumah untuk dijual... kelakar betul, mujur anak-anak pandai baca.

Hari ini breakfast dengan makanan Azie semalam. Lepas tu kemas lebihkurang, masuk kelas. Mengajar Haziq membaca, Ikram ajar Athirah Eigo.. kami dok tengok-tengok ajerlah... harap-harap sebelum sekolah dibuka, Haziq akan lancar membaca Marego dan eigo... Sansu rasanya tak jadi masalah...

Jam 1.00 tengahari kerumah Teh (adik bonda) di Segambut, makan lagi.. then kerumah Alang... jam 6.00 goro balik rumah sebab Tatee, Suhaimi dan Haizura ada jemputan kahwin di Kelab Darul Ehsan jam 8.00 malam, mereka nak tumpang salin pakaian...

Lepas Isya' kami bawa bonda ke rumah Idar, Idar tak ada rumah, kerumah Mak Alang pun orang tak ada, tak adda rezki nak beraya kerumah mereka, so balik beli soup ayam kat Syed. Hajat nak makan roti cicah soup, sampai rumah Is dah tunggu, mereka beri nasi goreng ayam dan sambal sotong, ingat nak makan soup ajer jadi makan nasi pula... mewah betul makanan kat Malaysia.. Alhamdulilah.

Saturday, November 19, 2005

Rumah terbuka Y.B Hasiman di Morib.

Hari ini pagi lagi Azmi dah datang ajak kerumah dia breakfast, dia buat open house untuk breakfast...idea yang bagus.. bolih tiru. Pagi lagi tetamu dah datang, makan nasi lemak dan sup bersama roti dan kuih raya.

Tengahari ke Morib pula open house Y.B. Hasiman.. ramai sangat, ada berbagai makanan, ayam goreng, soup, cendol Banting, yong tau foo, nasi briyani, me goreng dll... cuma kalau lambat datang, isi dah kurang.. still banyak makanan.

Lepas sholat kat masjid Morib, kami terus ke Taman Cheras Jaya, Balakong rumah Zahid/Azie. Rumah Azie makan, Laksa, Mee Bandung, Nasi Ayam dan kuih raya...lama juga kami kat sana , sampai jam 10.00 malam goro, bawa balik pula laksa, mee bandung dan kuih tat.... kenyang makan dari pagi sampai ke malam makan kat open house....

Friday, November 18, 2005

Moku youbi...

Anak-anak kat rumah ajer, suruh belajar. Tolong kemas memang tak lansung dibuatnya. Basuh baju adalah juga... dapat dia baca buku pun dah okay. Hari ini Haziq merungut, kenapa asyik dia ummi ajar baca buku, kenapa Abang dan Kakak tidak? rupanya dia tak puas hati dia kena baca buku dan kena hafal spelling... ummi pun terangkan kenapa, Abang dan Kakak dah pandai baca, bla, bla.. dia fahamlah agaknya. Next month kena hantar tuition. Mengaji pun kena hantar juga... banyak cabaran bagi anak-anak sedang membesar, ummi dan ayah bekerja... semoga mereka berjaya dunia dan akhirat. Ganbarimasu.

Jam 12.15 tengahari, ummi ambil Ikram, Athirah dan Haziq ke office, biar mudah Ikram pergi sholat Jumaat. Lepas sholat Jumaat mereka semua pergi toshokan hingga ummi habis kerja.

Malam masak asam pedas ikan tenggiri.

Thursday, November 17, 2005

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri LMS...

Hari ini ummi bawa anak-anak sekali ikut ke office, kerana hari ini ada jamuan hari raya untuk family, ayah memang tak boleh datang.. tak sempat sebab jemputan jam 12.00 hingga 3.00 petang.

Jam 11.30 pagi, ummi dah turun sebab ummi jadi penyambut tetamu... anak-anak ikut Ana. Umi dan Bie sumbangkan Cheese Cakes... Makanan hari ini banyak juga, tetamu pun ramai juga, last-last tinggal satay ajer.. puas makan satay.

Malam ni keletihan, makan luar ajer...

Wednesday, November 16, 2005

Perhimpunan Pagi....

Hari ini ada 6 staf baru mendaftar.. kenalkan diri. Hari ini Pengurusan Sumber Manusia dapat teguran, anggaplah teguran sebagai satu cabaran untuk memperbaiki bahagian kami...

Hari ini, ramai staf dah mula menganyam ketupat, sebab esok ada sambutan hari raya LMS... nak buat hiasan ketupat, ummi join juga sambil belajar.... malu pula rasanya, ramai staf yang pandai menganyam kita tak pandai... pedulilah, belajar sahaja... hari ini pandai dah buat ketupat biasa... nanti lain kali nak belajar ketupat bawang...

Hari ini masak kue tiaw untuk dinner.

Tuesday, November 15, 2005

Hari ini pakai baju batik..

Pagi lagi ayah dapat SMS dari PP dia kena pakai baju batik. Ummi pun dah gosok baju tu.. nampak besar pula dipakainya, maklumlah sekarang dah slim sikit.

Inilah kali pertama kena tarikh (1 dan 15hb) pakai baju batik sejak kami mula bekerja, ada juga yang lupa pakai... nampak lain pula orang lelaki pakai baju batik tengah minggu... tapi okaylah itu keputusan kerajaan... lama-lama nanti tentu ummi dah tak rasa lain.

Pagi ni ada meeting bahagian.

Pagi lagi dah pesan dengan Ikram dan Athirah, mesti ajar Haziq baca dan menulis.. membaca okay juga, bila buat spelling dia tulis macam hiragana, ada ru, mu, ku dll, kelakar pula... semua ketawa..

Monday, November 14, 2005

Shigoto....

Hari ini kerja.. letih makan semalam, terbangun 6.00 pagi, tergesa-gesa, baju tak gosok lagi adoi!!!! berpeluh pagi ni.. ayah pula ada perhimpunan pagi.

Hari ini ada meeting MBJ, first time masuk.. okay juga.. seronok pula dengar. Habis meeting, buat minit JKK Pengurusan Sumber Manusia LMS... kalau lewat bimbang lupa pula ceritanya.

Hari ini balik naik taxi. Masak dan mengajar anak-anak...

Sunday, November 13, 2005

Jemputan khatam al-Quran dan khatan Shamim Haikal...

Pagi lagi bonda, tatee dan Suhaimi dah siap-siap nak berHari Raya di Gedangsa. Kami pula kat rumah bonda, jam 11.00 terus ke rumah Nazra (kawan office) menghadiri jemputan untuk berkhatam Al-Quran dan khatan anak tunggalnya.. meriah sungguh, ramai jemputan, orang office, ummilah yang awal sekali.

habis acara, balik rumah, kemas lebihkurang kami pergi pula ke kedai perabot. Tak beli sebab tak ada yang berkenan dan sesuai untuk rumah kami yang sederhana besarnya.

Sepanjang petang dan malam memasang komputer, Alhamdulillah dah boleh guna, dapatlah anak-anak chat dan e-mail kat tomodachi dan sensei mereka dalam Nihongo... berbalas-balas sepanjang malam. Happy betul Athirah... selalu guna keitai aje...

Saturday, November 12, 2005

Rumah terbuka....

Jam 10.00 pagi dah sampai ke batu 8, Sijangkang tunggu bonda bersama Tatee, lambat pula mereka. Jam 10.45 pagi baru mereka sampai, terus sahaja ke rumah Y.B. Dato' Fatah. Ramai yang hadir, kenyang makan.

Selesai bersalam-salaman singgah pula dirumah anak angkat bonda Puan Yamah.... makan pula mee goreng. Selesai beraya terus pula ke Morib rumah Y.B. Dato' Dr. Shafie Salleh. Rami juga tetamu. Perut kenyang, so makan ala kadar ajer.. gambar-gambar, singgah pula rumah Mak Andak, kakak arwah abah, itulah yang tinggal adik beradik arwah abah... Habis beraya rumah Mak Andak, balik rumah bonda.

Selesai sholat Asar pergi pula berHari Raya ke rumah Ucu (adik bonda) dan terus pula kerumah Tam (adik bonda), Tam tak ada rumah pula, pergi pula rumah Halim (cousin) tak ada juga, then kerumah emak Suhaimi tak ada juga. Balik rumah rehat, malam lepas Maghrib keluar lagi.

Pergi lagi rumah Tam, masih tak ada, Wa tinggal seorang, kami makan kuih, minum air, balik dan terus pula ke rumah ayah Suhaimi. Kat sana, makan mee goreng. Hari ini seharian kami makan....

Friday, November 11, 2005

Nak balik Banting...

Hari ini macam biasa aje kat office, anak-anak kat rumah kena ajar Haziq membaca... Hari ini Ikram beritahu dia tersepak jam dan pecah cermin, minta-minta jangalah rosak pula jam tu... penat-penat bawa balik dari Jepun, elok aje kat rumah pula pecah.

Petang ni rasa nak balik Banting aje, sebab banyak lagi rumah Mak/Bapa saudara tak pergi lagi.. esok pun ada rumah terbuka Dato' Dr.Shafie dan Dato' Fatah bolehlah pergi ikut bonda... harap-harap ayah pun setuju... Kalau nak balik, tak payahlah masak... malas betul rasanya... yeah esok cuti.

Thursday, November 10, 2005

Mesyuarat urusetia Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1426H..

Hari ini satu mesyuarat telah diadakan untuk sambutan Hari Raya untk tahun ini. Makanan hari ini nasi lemak, telor dan sandwich. Oishi so, tapi hari ini ummi puasa.

Jam 11.00 pagi selesai meeting, ambil Ikram, Athirah dan Haziq dirumah dan hantar mereka ke perpustakaan. Mereka dah boring dok rumah so beri dia peluang jumpa kawan-kawan dan tengok buku-buku yang ada. Mereka makan kat gerai Mok Nik. Jam 5.45 baru kami balik.

Hari ini ayah ada meeting kat Bank Negara so dapatlah sampai cepat, sempat juga ayah pergi service kereta kat seksyen 16. Malam ni kami makan Laksa Johor dan anak-anak makan mee rebus.

Wednesday, November 09, 2005

Perhimpunan pagi di batalkan....

Hari ini masih ramai yang belum masuk kerja, so perhimpunan pagi dibatalkan. Jam 10.00 pagi ummi pergi MRCB tukar buku akaun dan buat ATM card baru.. 10 hari baru boleh dapat pin no. baru.

Balik bank ummi singgah Shah Alam central beli yogurt untuk lunch. Rugi pula tak puasa hari ini... Tengahari ayah call akan barang akan sampai hari ini. Kesian Ikram dia handle semua 19 kotak. Ummi dan ayah tak dapat balik tengahari ini.. mujur juga dia tak tertidur.

Hari ini Athirah mengajar Haziq membaca lagi..

Malam keluar ke TESCO. Kaimono shimashita.

Tuesday, November 08, 2005

urusan bank....

Kesian anak-anak hari ini, ummi tak sempat nak masakkan mereka makanan sebelum pergi kerja... makan roti ajelah nampaknya, mujur mereka memang suka roti, habislah sebuku roti panjang dimakannya.

Jam 10.00 goro ummi pergi uruskan tukar alamat untuk akaun simpanan dan semasa. Penat juga berjalan kaki dari BCB ke Maybank. Urusan di BCB tak boleh selesai kerana mesti buat di mana akaun tu dibuka... kena pula pergi ke bangunan MRCB.. letihlah besok aje pergi.

Lepas urusan di Maybank, ummi pergi pula ke Kompleks PKNS ingat nak uruskan LUTH dan Bank Islam, tak sempat juga, orang ramai. Tangguh lagilah nampaknya, sedang fikir-fikir nak jalan kaki balik, hujan turun dengan lebatnya, tunggu aje kat situ, ronda-ronda terkena juga, beli sandal pula.

Hujan reda, jalan balik ke office, muka toye aje.. keluar lama sangat... mujur tak siapa cari. Jam 5.00 petang terus balik rumah dengan taxi. anak-anak sedang lenyak tidur... ummi biarkan sahaja sampai Maghrib baru mereka tersedar... Malam tak kemana-mana. letih hari ini, jalan jauh. Hari ini Athirah ajar Haziq membaca.

Monday, November 07, 2005

Shigoto....

Disebabkan ayah tak boleh ambil cuti selama 28 hari, kami mulalah kerja hari ini. Cuti hari raya ummi hanyalah pada 2hb, iaitu sehari sebelum hari raya. Kat office, tak ramai yang kerja... mudah ummi mengulangkaji pekeliling-pekeliling baru yang banyak ummi dah tak tahu.. hari ini baca pekeliling aje...

Anak-anak kat rumah pandai-pandai dialah... Ikram kata dia boleh buat kerja, tak mahu ambil pembantu. Athirah dan Haziq, no comments. Mulai hari ini ummi dah buat agihan tugas, Athirah kena pastikan Haziq boleh membaca Romaji, malay dan eigo. Next month dah mula Iqra. Nampaknya tak lama lagi sibuklah ummi menghantar/mengambil mereka tuition.

Jemputan rumah terbuka dan kenduri kahwin pun dah mula sampai, kadangkala bertemu pula tu, tak tahu manalah nak pergi ni... begitulah sambutan hari raya di Malaysia... makan, makan dan makan... sampai tak larat. Kalau kat Jepun, ummi termasuk dalam golongan bertubuh besar, di Malaysia, biasa aje... senang-senang nak cari baju.. janganlah timbangan naik semasa hari raya ni.. kowai.

Sunday, November 06, 2005

Balik ke Shah Alam...

Selesai sarapan dan kemas lebihkurang jam 9.30 pagi kami mula meninggalkan rumah Mak untuk pulang semula ke Shah Alam, diperjalanan singgah dulu di rumah adik ipar Baba kerana ada kenduri kahwin. Keluar dari rumah mereka jam 10.20 pagi, jalan dah mula slow, ada accident pula di perjalanan antara Machang ke Kuala Krai. Jalan diantara Kuala Krai ke Gua Musang, ramai juga pemandu yang kena speed trap.. baru dia tahu lesen kena ambil..

Sampai di Kuala Lipis berhenti sholat dan ayah dah tak larat, ummi sambung drive. Hujan renyai sepanjang perjalanan. Di Raub jalan dah mula slow, pemandu Malaysia yang tak berdisiplin, dok potong que senang-senang aje.. teruk juga jammed jalan kali ini. Sampai lepas tol ada lagi polis tunggu, siapa yang potong kiri kena lagi.. bagus betul banyak polis, yang bertugas, arigatou baru mereka tahu, macam dia aje nak cepat.

Sampai hentian Genting Sempah patrol stesyen ayah drive semula. Kami singgah pula ambil nescafe dan milo free serta ada acara bersama ERA.

Sampai Shah Alam, 8.00 lebih goro, ayah singgah beli roti telor. Sampai rumah, Jaafar buat open house, pergi pula rumah dia. Kenyanglah perut, tak jadi makan roti telor, esok asagohan anak-anak pulalah tu...

Makanan rumah Jaafar sedap-sedap tapi sebab penat dah tak lalu nak makan, Haziq masih demam lagi, lansung tak lalu makan... ummi minta balik cepat...

Esok minta Ikram tolong settlekan baju kotor..

Saturday, November 05, 2005

Raya ke3...

Kyowa eii tenki desu ne.. dapatlah jalan-jalan sikit. Lepas asagohan, nasi goreng dan mak makan nasi putih. Ayah dan Athirah ke rumah Mak Cik Ye. Seronok Athirah balik rumah tengok Mak Cik Ye beri dia RM 50. Ummi agak dia tersilap beri sebab matanya kurang nampak, ummi beritahu ayah, ayah pun setuju, lepas tu pergilah mereka pulangkan duit tu, Mak Cik Ye kata dia ingat RM 5. Lepas tu dia ganti dengan RM10. Okaylah tu...

Jam 9.30 pagi kami ke Bandar Machang, bawa Haziq ke Klinik, dia demam sejak semalam, dah beri panadol masih tak sembuh. Kat Machang adalah 2 buah klinik yang buka. Kami masuk Klinik Wan Fuad, sensei tu sendiri jaga pendaftaran. Demam Haziq naik sehingga 40 darjah celcius... berdokong dia dengan ayah.. ramai juga kanak-kanak yang demam hari ini.

Selesai di klinik cari kedai Proton Edar untuk serbis kereta, tak ada pula kat sekitar Machang, buat keputusan serbis aje kat Shah Alam nanti... kami beli nasi kerabu dan nasi berlauk serta kuih akok, terus balik. Diperjalanan singgah rumah Baba (abang ayah) dia tak ada pula, terus balik dan makan bersama Mak.

Petangnya kami pergi pula ke rumah Mak Cik Esah dan Pak Ngah Said adik Cek. Habislah sessi melawat rumah mak dan bapa saudara terdekat di kampung.... InsyAllah semoga berjumpa lagi di raya akan datang.

Sejak petang hingga malam hujan turun dengan lebatnya. Malam Aseri dan keluarga bersama Mek tidur rumah Mak. Sedang kami lenyak tidur, lebihkurang jam 11.30 malam Baba an keluarganya datang, cerita sampai jam 1.30 pagi, mengantuk betul mata ni... lepas tu mulalah mata ni tak mahu tidur.

Friday, November 04, 2005

Hari Raya kedua di Kelantan...

Asagohan, nasi. Tengahari ummi dan Yah buat nasi ayam untuk makan tengahari. Hari ini ummi tukang buat air an angkat kuih ajelah kepada tetamu yang hadir.

Orang lelaki ada kenduri leaps sholat Jumaat jadi tak makan kat rumah. Lepas sholat Jumaat, kami semua pergi rumah Mak Yah (kakak Mak) dan rumah Mek (kakak ayah). Makan malam kat rumah Mek. Lepas Isya' balik rumah dan tidur. Raya kat sini, sunyi sikit, sebab keliling rumah kebanyakkannya warga emas.

Esok akan ke pekan Machang nak cari Proton Edar untuk service 1000km.

Thursday, November 03, 2005

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1426 H.

Seawal 4.30 pagi kami bangun untuk balik ke Banting.. hujan Rahmat mencurah-curah turun... bimbang juga tak dapat sholat Raya sebab bimbang basah pula... Sampai Banting hujan reda dan Subuh baru masuk. Selepas Suboh apalagi.. tabemashita.

Jam 8.15 pagio kami semua ke Masjid Sultan Alaeddin Sulaiman Shah Kampung Bandar. Muslimin dah memenuhi ruang luar Alhamdulillah muslimat masih ada tempat kosong... dapat jugalah kami bersembahyang Hari Raya pada tahun ini bersama family di Malaysia.

Haziq macam tak percaya hari ini boleh ambil asagohan... dia tak berapa ingat macam mana Raya kat Malaysia... dia ingat tergesa-gesa pergi Masjid dan lepas tu abang-abang dan kakak-kakak datang rumah lepas tu tak ada apa-apa. Kat kampung balik masjid, ramai-ramai makan lagi, lepas tu ada sessi maaf bermaaffan seterusnya sessi bergambar family, dengan bonda dan ramai-ramai, meriah betul..

Tengahari dah mula ramai tetamu datang rumah bonda, kami pun pergi juga kerumah Mak Usu sebab nak makan rendang kerang Mak Usu... best, Mak Usu memang tak pernah miss buat rendang kerang. Minggu lepas Mak Usu tolong bonda buat rendang kerang untuk hantar kat adik kat US. balik dari rumah Mak Usu, Pak Uda Sahar dan family ada, kami salam-salam dan terus kemas barang untuk balik Kelantan.... jam 12.00 tengahari baru keluar dari rumah bonda dan singgah pula di Shah Alam.

Sampai di Shah Alam, sholat, terus masuk barang dalam kereta, dan tinggal kunci rumah Jaafar/Shim dan terus balik ke Kelantan. Perjalanan mengikut KESAS dan terus ke Karak. Sepanjang perjalanan, hujan lebat, ada kaminari pun. Traffic slow sebab jalan licin...

Singgah otearai di Karak dan beberapa tempat lain, ayah dapat onaka kaze. Banyak kali juga berhenti dalam hujan lebat tu, sampai basahlah ayah... ramai juga balik lepas sholat Raya ni, kebanyakan orang melayu balik dengan pakaian Raya, baju melayu, macam kami jugalah...

Kami sampai rumah nenek Kelantan jam 11.45 malam goro... mereka dah tidur masa tu... sampai aje kami terus makan bekalan dan mandi serta terus tidur... letih betul, ayah memandu seorang kali ini, ummi tak tahan mengantuk.. gomen ne.

Wednesday, November 02, 2005

Kerja lagi...

Ayah kena pergi kerja juga, memangku punya pasal, ak leh lah cuti. Ummi kat rumah dengan anak-anak kemas rumah, buka meja, sofa dan gantung curtain mana yang ada, nak beli tak sempat... Hari hujan. Kenderaan pun tak ada, kemas ajelah dirumah...

Pagi ini ummi bikkuri betul, angkat kotak kat luar nak buang terdengar bunyi anak kucing, tengok dalam kotak ada anak kucing baru lahir kena tinggal oleh maknya.... Ikram, Athirah dan Haziq suka betul, merayu-rayu nak minta izin pelihara kucing tu, ummi beri izin cuma tak boleh bawa masuk rumah... sibuk mereka menjaganya, kucing tu belum panadai makan, minum dan berjalan lagi...

Tengahari ayah minta kebenaran balik awal, lepas zohor terus kaimono. Petang beli kuih/kerepek offer sebab gerai-gerai dah nak tutup... lemang, ketupat, rendang dll banyak sungguh.

Buka kat luar lagi.. sibuk juga malam ni, mana taknya siap-siap pakaian nak balik Kelantan lepas sholat Raya. Malam ni tidur rumah Shah Alam.

Tuesday, November 01, 2005

Selamat Hari Deepavali...

Selamt Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu. Indian sambut Deepavali, orang Melayu shopping sakan. Sejak semalam shopping complexs penuh sesak dengan pembeli... bagus juga, banyak juga offer untuk pakaian dan tudung... dapatlah belikan anak-anak baju raya dan sandal Raya.. termasuk jugalah kuih Raya.

Kami sibuk juga berkemas hari ini... hampir siap jugalah mengangkat semua barang kebilik bilik diatas dan bawah... mana yang nak guna dikeluarkan. Sejak akhir-akhir ni kami buka dan sahur di kedai ajer.. suka Haziq... Alhamdulillah, cukup puasanya setakat ini. Mulanya bimbang juga sebab masa kat Jepun buka awal, kat sini buka jam 8.00 malam.. tapi rupanya tak jadi masalah lansung kalau dah biasa... hari ini dia dah kira dia dapat berapa RM.

Malamnya sambung berkemas lagi, esok ummi ambil cuti jadi rasanya bolehlah cantikkan hall depan... cuma tinggal beli curtain sliding door, curtain yang lama tu dah 4 tahun tergantung kat situ... tapi kalau tak sempat gantung jugalah dia...

Monday, October 31, 2005

Kesesakan lalulintas di Shah Alam...

Bandaraya Shah Alam, pagi ni jalan sesak... Kebiasaannya kalau dah dekat nak Raya ni ummi akan ambil cuti tapi kali ini berlainan sedikit, ummi tak cuti kerana ayah tak layak cuti sehingga pertengahan November... so lunch hour, ummi ajak driver pergi ke Bank, masaAllah, parking penuh tak boleh masuk, full. Bank pun penuh.. jalan jammed sampai depan office ummi. Tak pernah tengok pun macam tu... Hari ini kuih muih yang di order dah pun diterima... berat juga nak bawa balik naik taxi ni... nak raya punya pasal jinjing jugalah.. sebab hari ni, last day ummi kerja sebelum raya ni... ye, ye esok mula cuti.

Tengahari juga Tatee beritahu, atok Suhaimi kembali kerahmatullah jam 5.45 pagi tadi di hospital Banting.

Malam ni harap-harap dah tak sesak lagi, cadang nak bawa anak-anak kaimono baju dan sandal Raya. Kasut kami dah beli semasa di Jepun. Kali ni nak beli tudung dan baju kurung Athirah. Baju dan seluar Ikram dan Haziq nak juga tambah sepasang dua.

Hari ini sejak pagi hujan turun sesekali lebat, sesekali tidak.... kalau berterusan banjir kilatlah Shah Alam. Kesian ayah pergi juga tukar duit raya dalam hujan-hujan ni... arigatou ayah.

Sunday, October 30, 2005

Munjung......

Pagi pagi lagi ayah dah basuh kereta nenek dan tukar minyak hitam unyuk kereta nenek.. dah pinjam sebulan. Hari ini pula Ecah dan Tatee buat "munjung" satu adat yang dilakukan oleh orang-orang Jawa di Selangor. Rasanya bagus juga adat ini. Mereka masak-masak dan hantar kerumah saudara mara terdekat. Kebiasaannya munjung ini dilakukan seminggu sebelum Hari Raya Aidil Fitri disambut. Masakan yang dibuat juga adalah masakan yang lazimnya dimasak semasa Hari Raya.

Kalau orang melayu, malam raya atau pagi tu barulah sibuk nak hantar, sibuk betul pagi tu, mana nak pergi solat lagi, nak siap hantar kat surau kampung lagi.. hi kadangkala pagi tu berpeluh-peluh ummi bantu bonda. Sambutan Hari Raya di Kelantan, lagilah simple (pemerhatian sendiri)..


Berbuka rumah bonda, makan macam Hari Raya, nasi impit, kuah kacang, ayam masak palembang, sweet sour udang harimau, kauh lodeh dan agar-agar. Lepas Isyak terus balik ke Shah Alam, bonda ada acara khatam AlQuran di surau, Siangnya acara khatam Quran di Masjid...

Saturday, October 29, 2005

Balik kampung...

Selesai Suboh, tak tidur lagi.. terus kemaskan barang yang baru sampai. sampai Jam 3.00 petang, ummi dapat selesaaikan 51 kotak dari 187 kotak... Tottemo taihen desuyo.. kena ganbatte juga siapkan. Petang anak-anak jak juga balik kampung. Lepas Asar balik, jammed teruk dari lepas tol Sg. Rasa sampailah ke Klang... sampai rumah nenek dah berbuka, sempat juga beli roti john untuk Haziq. Nenek pula buat mee kari.

Hari ini pulangkan kereta nenek.

Friday, October 28, 2005

WIRA BHV 8962..

Ayah ke JPJ, uruskan pendaftaran kereta. Petang dapatlah kereta kami. Bolehlah pulangkan kereta vonda yang dipakai hampir sebulan.

Kat office pula diadakan bacaan Yassin beramai-ramai untuk doa selamat staf yang akan pulang berhariraya. Selesai semua urusan, hantar ayah ke seksyen 18, naik komuter ke KL.

Ummi kat office, buat kerja, tak balik tengahari untuk buat tindakan selepas Lembaga meeting semalam. Next week nak cuti.

Jam 6.30 bawa anak-anak ambil ayah di Seksyen 18, stesen komuter dan berbuka puasa kat Restoran Khulafa...

Malam jam 11.00 malam, Reshida hantar kereta. Ayah memang sengaja tak nak ambil, malam-malam, tapi mereka bimbang kereta tu tinggal kat luar.... Keluar pula test kereta baru kami, melayan kerenah anak-anak...

Thursday, October 27, 2005

Rehat..

Hari ini Lembaga meeting, ummi hadir pula meeting Kelab sukan office, persiapan untuk jamuan Hari Raya dan Hari Keluarga.

Ikram kat rumah, buka barang. Hari ini ayah pergi Nikko Hotel, ada seminar, so ummi bawa kereta kerana ayah pergi naik komuter. Jam 5.00 pm ummi terus balik dan masak nasi ayam.

Wednesday, October 26, 2005

hujan lebat seharian....

Hari ini ayah MC, hujan lebat pula, kat office sibuk yang teramat sangat, siapkan paper untuk mesyuarat Ahli Lembaga. 4 tahun tak kena buat kerja tu, hari ini kena buat, letih betul. Pagi pula ada perhimpunan pagi ada ceramah ugama dari Uztas Safuan dari JAIS, cerita mengenai Lailatuilqadar mengikut perspektif Islam dan Astronomi, tanoshikatta yo..

Habis perhimpunan pulun buat paper jam 3 siap hantar kat Pengarah. Lepas tu keluar pula hantar ayah pergi Bank Islam, susah nak parking, so ummi tunggu ayah dalam kereta. Walau hujan lebat, Kompleks PKNS sesak dengan penjual dan pembeli.

Oleh kerana semua sibuk hari ini berbuka lauk beli sahaja. Jam 9.00pm goro Rashid datang hantar barang, mak oi! penuh hall kami.. bila lah nak kemas ni... Jam 10.30 baru selesai angkat semua barang kedalam rumah, mereka lambat sebab banyak kawasan Shah Alam banjir kilat. MUjur rumah kami atas bukit.. selamat.

Tuesday, October 25, 2005

First meeting dengan boss dan Majlis Berbuka Puasa Jabatan...

Alhamdulillah tiada masalah, paper semua siap. First time jumpa TSUK, okay juga orangnya... meeting panjang hari ini, hampir 3 jam.

Anak-anak kat rumah lagi, tolong kemas sikit-sikit, pembantu tak sampai lagi, taihen ne..

Jam 4.00pm, minta tolong pemandu office ambil anak-anak kat rumah untuk hadiri majlis berbuka puasa kat office..suka mereka. Ummi tempah kuih cara berlauk, hajat nak buat kuih sendiri, tapi disebabkan kesibukan dan buku resipi tak ada lagi, ummi tempah aje kuih ni. Oleh kerana staf juga digalakkan bawa kuih, banyak betul kuih yang dibawa, sampai tak termakan, nasi briyani, pengganan pelita, bubur pulut hitam, kek batik dll. Lepas teraweh pun masih ada makanan lagi.. ada juga yang bawa balik, ummi malas sebab dah kenyang sangat makan tadi...

Monday, October 24, 2005

Loan approved, yeah..

Hari ini loan kereta approved, hujung minggu InsyaAllah dpatlah satu kereta. Barang dari Kobe pun masuk Port Klang hari ini. Rashid kata hari Sui youbi dia akan tolong keluarkan.

Seharian hari ini hujan lebat. Sibuk sikit hari ini kerana persiapan meeting untuk Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia yang akan dipengerusikan oleh Dato' Ishak. Letih juga, lewat sikit balik hari ini.

Balik jalan kaki ke Kompleks PKNS dan ambil taxi.

Sunday, October 23, 2005

Nichi Youbi..

Kemas lagi.. hampir siap. Esok barang mungkin sampai ke Port Klang. Dah tak larat kemas... maid tak sampai lagi.. penat betul. Hari ini ummi memang flat, kesian ayah dan Ikram buat kerja.

Petang ayah tolong masak untuk berbuka. Makan nasi, goreng ayam, sup cendawan dan dan mantou sahaja. Haziq ajak balik rumah nenek, boring katanya. Barang-barang yang dibawa dari Banting dah pun dibuka dan disimpan dalam kabinet. Lega sikit mata memandang.

Bahagian luar rumah masih belum terurus, pasu kosong tersusun di luar, entah bila agaknya nak kemas dan tanam pokok baru.

Saturday, October 22, 2005

Do youbi, Bank buka..

Lepas Subuh tidur semula, saje nak baring-baring, tiba-tiba Reshidah EON telefon ajak pergi Bank Rakyat untuk ambil loan kereta. Siap pergi EON then ke Bank Rakyat dan Bank Islam. Kaimono kat Seksyen 9.

Kat Seklsyen 9, bonda telefon, mereka dah datang rumah tapi kami takl ada, sekarang dah kat MAKRO, kami terus jumpa bonda kat MAKRO then ke Giants.

Bonda, Tatee dan Suhaimi berbuka kat rumah kami, masak kari, sup cendawan, apam, mantou dan popia. Minum air cincau. Berselera kami makan beramai-ramai.

Lepas Maghrib, bonda pun balik.

Friday, October 21, 2005

Nuzul Quran...

Hari ini Ummi cuti, tapi ayah tak... ummi kat rumah oshoji dengan anak-anak. Banyak juga yang selesai. Pagi telefon bonda, mereka nak datang kaimono kat Shah Alam. Tengahari mereka telefon tak jadi datang sebab Windom terhenti kat Johan Setia.

Petang ummi dah letih.. masak lebih kurang, Kari kandar, sayur goreng, mantou dan sosej. Ayah sampai cepat juga, dia bawa pula roti telor dan roti canai.

Malam Ummi dah keletihan, tidur awal, tapi jam 10.00 malam Haji Yusof datang bertandang, ingatkan siapa... saje aje dia nak ziarah sebab kami baru balik....

Thursday, October 20, 2005

Al-Fatihah....

8.00 pagi RTM mengumumkan kembalinya ke rahmatullah DS Endon Mahmud. 8.30pagi, ayah called officenya membuat pengumuman juga... Jam 9.00 pagi berkumandang di Masjid Negeri bacaan ayat Al-Quran sepanjang hari... lama tak dengar orang mengaji dengan pembesar suara. Sejak mula bekerja setiap Zohor dan Asar ummi akan dengar laungan Azan berkumandang dari Masjid Negeri.... sejuk aje halua telinga.

Tengahari Ikram pula telefon memberitahu berita yang sama, kebanyakan channel menyiarkan mengaji katanya.

Petang ummi ada meeting pengurusan, lama tak meeting macam tu, rasa macam baru masuk kerja aje.. balik ayah ambil kerana hari hujan. Makan malam kat luar, ummi tak sempat masak sebab ayah balik lewat. Haziq nak beli Happy Meal Mc.D.

Wednesday, October 19, 2005

Perhimpunan Pagi....

Perhimpunan Pagi, ramai tak dapat hadir kerana staf baru menghadiri Peperiksaan Jabatan selama 2 hari, kino to kyo. Seperti biasa, laporan, ulasan dan santapan minda oleh Cik Nureen.

Hujan seharian, tak dapat nak pergi bazaar Ramadan. Balik pun tunggu ayah... dekat nak Maghrib baru dia sampai, beli popia basah, roti john dan mee goreng kat Seksyen 2. Balik Ikram dah goreng nugget dan kukus mantou. Mereka dah makan 3 beradik. Arigatou Ikram, melayan adik-adik..

Malam ayah bawa makan kat Restoren Syed, makan mee kari, rojak dan meehon tomyam.

Tuesday, October 18, 2005

Ragam anak-anak....

Lepas Sahur Ummi dan ayah mulalah siap-siap nak ke Office, bimbang kalau tidur semula alamat kesiangan. Haziq macam biasa, dia memang bangun pagi, sama seperti nak pergi sekolah, asa 6.15 goro tentu dia dah bangun sendiri, sebab dah biasa sekolah dulu, matanya masih mata di Japan... malam tidur awal.

Pagi ini anak-anak ada tugasan iaitu menunggu surat EMS dari Japan membawa BL untuk kontena kami. Semalam mereka hantar tapi mereka tak perasan, penghantar tu tinggalkan notis untuk kami ambil sendiri, tapi mujur Ikram sudah boleh diharap, bila dia tengok surat tu terus dia call dan uruskan supaya surat tu dihantar semula hari ini sebelum jam 5.00pm. Jam 2.00pm mereka dah hantar.

Hari ini ummi jalan kaki ke Kompleks PKNS, tunjuk lebihkurang untuk berbuka then ambil taxi balik rumah... anak-anak dah menunggu dengan setia. Buka hari ini nasi kerabu, kerabu sagre (betulke bahasa kelate ni?) dan goreng daging. Ayah balik bawa pula roti telor dan roti canai. Menyandar semua.

Lepas Isya' keluar ke Giants kaimono shimashita.

Monday, October 17, 2005

ayah report duty..

Hari ini ayah pergi lambat, ummi bawa kereta dulu, jam 10.00 pagi ambil ayah kat rumah dan pergi EON dan BIMB untuk direct interview nak ambil loan kereta. Kalau tak ada masalah dapatlah satu kereta next week. Kereta yang dibawa balik pun sampai next week. Kalau dapat dua-dua lagi senang. Sekarang ni terasa susah guna satu kereta, ayah ke Putrajaya, ummi kat Shah Alam. Teksi nak balik rumah senang, tapi dari Seksyen 7 ke office susah betul... serik nak balik tengahari. Kesian Haziq terasa sunyi sebab ditinggal seharian...

Selesai urusan kereta, ayah terus ke Putrajaya, report duty, masuk EPU. Sunyi katanya belum ada geng.... Ayah dibenar balik awal sebab belum dihantar ke Bahagian berkaitan. Esok baru ayah ke Bahagian dia, boss perempuan benggali dengarnya,,,

Malam, selesai berbuka dengan roti john, nasi, ayam percik, masak asam pedas ikan pari dan kerabu pegaga kami ke Seksyen 25 unlock telefon... Alhamdulillah dah boleh pakai telefon tu.. dengan hanya RM80.00...

Sunday, October 16, 2005

Tempah baju Raya...

Sahur dengan meriahnya di rumah bonda. Pagi Acik balik sebab dia nak pergi garage sales kat Stadium Shah Alam. Ummi tinggal lagi rumah bonda. Tengahari ziarah rumah Pak Itam.

Lepas Zohor ikut Tatee/Suhaimi pergi Olak Lempit nak tempah baju Melayu. Suhaimi dok tolong rayukan kami sekali, dapatlah tempah baju Melayu/Kurung baru tahun ni.. tailor tu setuju nak jahit, terus ukur dan terus ke Banting beli kain kat kedai Bunga Raya. Kami beli 20.5 meter untuk kami sekeluarga.

Petang buat BBQ lagi dan bonda masak mee jawa. Tarmini goreng pisang tanduk dan Suhaimi beli tapai pulut. Kami berbuka bersama Tatee/Suhaimi sahaja kerana bonda ke rumah anak yatim Sungai Buaya untuk berbuka dan taraweh.

Bonda balik taraweeh kami pun balik ke Shah Alam, sampai rumah Haziq ada surat dari Tatsuro Kimura, first letter from Japan... suka dia terus nak balas.

Saturday, October 15, 2005

Kursus Sembahyang...

Program awal, lepas Subuh nak terus balik Banting, lepas tu ayah tukar program sebab mengantuk. ASTRO dah dapat hari ini, sebab tulah ayah mengantuk, dok tengok bola ajer... anak-anak tengok program NHK. Malam tadi Haziq mula dah nak telefon kawannya nak cerita tentang mushi king... bila dapat siaran NHK mereka mula ingat Nihon semula... kami ambil siaran tu untuk mereka terus ingat Nihongo.. harap-harap program kami berjaya supaya Nihongo mereka tetap lekat diingatan.

Jam 6.45pagi baru balik Banting, sampai aje rumah nenek mereka semua dah siap, Athirah salin baju dan ambil Wudhu' terus ikut nenek pergi ke Masjid Teluk Datuk. Inilah kali pertama Ikram dan Athirah masuk kursus agama. Harap-harap masa cuti ini, banyaklah lagi kursus-kursus seumpama ini dapat mereka ikuti... kedua-duanya takut nak join bimbang kena soal.

Balik semua ketawa sebab semua tunduk bila ada soalan... berbagai ragam anak-anak bila masuk kelas agama. Mereka seronok sebab Ikram berkawan dengan Amir, Athirah pula dengan Fatin, jadi berkursus taklah stress sebab ada cousin untuk teman, sebab tulah balik semua ketawa..

Petang kami berbuka dengan Nasi Kerabu dan buat BBQ. Kenyang yang teramat. Malam kami buat acara potong kek untuk tanjoubi Amar 1 tahun. Semua balik kecuali Long aan Alang. Malam Ngah sekeluarga balik ke USJ, Ummi dan Acik tidur rumah bonda.

Friday, October 14, 2005

offer letter for ayah..

Sampai JPA, hajat ayah nak jumpa desk officer nak tanya posting kat mana.. rupanya offer letter dah pun siap, ayah ke EPU.. tak kisahlah kemana, janji ayah ada kerja, dan gred pun tak tertinggal.. Alhamdulillah.

Hari ini hiru yasumi panjang so, ummi called taxi dan balik rumah, aleh-aleh bila nak balik office semula, susah nak dapat, satu jam menunggu tak ada taxi, ambil keputusan called office minta driver ambil.. seksyen 7 tak banyak taxi, serik tak mahu balik rumah hiru yasumi lagi, sehingga ada kereta sendiri.

Ayah balik lambat, ummi balik tumpang Comeil sampai rumah, sempatlah masak nasi ayam untuk berbuka. Kalau tunggu ayah alamat minum air sejuklah, ayah sampai rumah, terus azan Maghrib.

Lepas berbuka kami ke Kompleks PKNS belikan Athirah sandal, dan tengok baju kurung kalau ada yang sesuai, tak jadi beli, ambil keputusan pinjam ajer baju Fatin. Kami mencari baju kurung kerana esok IKram dan Athirah ada kursus Sembahyang di Masjid Teluk Datuk. Kalau tak pakai baju kurung tak sedap pula.. baju kurung semua dalam kontena... mujur muat baju Fatin... Ikram pinjam pula songkok ayah Cu.

Thursday, October 13, 2005

Cuti ayah habis...

4 hari ayah bercuti untuk settlekan beberapa urusan, hari ini terpaksa bekerja semula. Tengahari ayah balik dan petang kami ke Sony Damansara untuk service T1. Jalan dari Shah Alam banyak berubah, kami tersilap lorong sampai ke Sungai Buluh dan terus pula ke Jalan Kuching dan masuk Damansara semula. Mujur jumpa tempat yang dituju.

Perjalanan balik sekali lagi kami tersilap jalan, akhirnya keluar di Subang Jaya dan terus ke rumah Ngah di USJ 9. Asar dan terus berbuka dirumah Ngah, makan nasi dan mee goreng serta air laici kegemaran Ngah.

Wednesday, October 12, 2005

Perhimpunan pagi..

Last day cuti ayah, rumah hampir, haziq dah tak kata macam obakeyashiki lagi.. tidur dia pun dah nyenyak. Kalau tidak, asyik nak balik rumah nenek, kalau tak rumah nenek nak balik mezonemaya...

Dah masuk 3 minggu kami balik Malaysia, masih pinjam kereta bonda. Memerap kat rumah aje lah dia bulan puasa ni, nak keluar tunggu Tatee balik dari office. Kami belum decide nak beli kereta apa lagi.. hajat nak beli kereta kecil ajer untuk ayah berulang dari Shah Alam ke Putrajaya.

Hari ini ada perhimpunan pagi kat office. Kerja-kerja macam biasa.

Tuesday, October 11, 2005

ayah cuti lagi..

Hariu ini ayah cuti lagi, dia betulkan sinki sumbat, dengan bangganya dia berjaya... tak perlu panggil plumber, hanya ganti batang baru, nedan hanya RM 8.00. Selesa sikit masak malam ni...

Selepas Maghrib pergi shopping barang dapor kat Giants seksyen 13. Best, Giant tu dibuka hingga jam 11.00 malam... besar juga. Banyak juga kami kaimono, toriniku, yasai, tamanegi, ninniku, shoga dll. Anak-anak beli mantou dan ice-cream...

Monday, October 10, 2005

Berkemas lagi...

Sahur alakadar... tak tidur lagi terus sambung berkemas, banyak juga persiapan yang nak dibuat. Macam masuk rumah baru. Semua kena beli baru, mesin basuh, dapur, kerusi dll..

Ikram dan Athirah offer diri untuk cat bahagian dalam rumah. Luar kena upah kerana tinggi, bimbang pula kalau mereka yang buat, abunai yo... tapi tak sempat lagi nak cari orang. Kalau tak sempat nak cat luar, siap dalam pun tak apa juga..

Ayah cuti hari ini, uruskan kemasukan telefon rumah. Internet sekali, broadband tak boleh lagi, waiting list. Ambil dulu dial-up.

Balik pejabat beli dapur, mesin basuh dan air-cond. Semua dihantar petang ni... Berbuka nasi ayam sahaja.

Malam Rashid datang ambil dokumen.

Sunday, October 09, 2005

Sahur..

Rumah bonda penuh lagi untuk bersahur pula, berbagai kerenah anak-anak, Haziq terbaring sebab dah mengantuk main games dengan Abang Aiman dan Amir sampai larut malam.. makan pun sampai bersuap..

Sahur ni kami makan soup ayam nenek cu dan ayam goreng, sambal tempe, asam pedas ikan serta masak air bayam merah. Berselera kami makan. Lepas Suboh bercerita lagi..

Jam 10.00 pagi Suhaimi bantu kami bawa barang ke Shah Alam dengan lori. Tak sangka banyak juga barang kami kat rumah bonda. Berkotak-kotak lagi, barang yang dibawa dari Saitama 11 tahun dahulu...

Berbuka di Shah Alam, makan Mc.D pilihan Haziq.

Saturday, October 08, 2005

No.3, Turmalin Lapan 7/12H...

First day sahur kat rumah sendiri... makan nasi Bukhari.. banyak sangat satu pinggan, sampai kami tak boleh habis.. Minum air manggo.

Pagi terus kemaskan rumah, tengahari pergi ke Bank Islam, semak urusan pinjaman perumahan, hampir setengah hari kat sana.. geram pun ada sebab mereka terkurang buat potongan bayaran rumah, kami pula yang kena bayar cash, sedangkan potongan gaji dibuat setiap bulan.. pandai pula dia kata, tak apa sebab kami beri dividen atas simpanan.. menyusahkan betul...

Hari ini kami ronda di Kompleks PKNS Shah Alam. Petang balik rumah emak berbuka puasa. Ngah sekeluarga dan Acik sekeluarga pun balik berbuka, penuh rumah bonda... anak-anak makan sampai licin semua makanan...

Bonda balik terawih cerita sampai larut malam.

Friday, October 07, 2005

Sakit kepala...

Bangun pagi kepala berat, tidur pun kurang sebab terpaksa keluar awal, balik lewat setiap hari. Hari ini dah tak tahan, pergi klinik, dapat MC.

Tengahari, pergi survey kereta.. tak tahu lagi nak beli kereta apa.... kesian bonda, tak dapat keluar kerana keretanya kami pakai sepenuh masa....

Malam ni kami bawa anak-anak balik tidur Shah Alam. Haziq tak berapa suka, dia kata macam obake.... Dia nak balik rumah nenek, dan dia akan sebut rumah paling dia suka ialah rumah dia kat Jepun Mezonemaya..

Thursday, October 06, 2005

Office...

Hari ini terlewat keluar, mujur sempat sampai sebelum jam 8.00 pagi.. jalan sesak sungguh, ayah memang tak sempat. Akhirnya ayah selesaikan tugasan yang perlu di Shah Alam dan terus lewat ke pejabat. Hari ini jumpa Dato' Pengerusi.

Balik singgah di AYAMAS beli ayam golek... best lama tak makan. Anak-anak kat rumah ucu belikan roti john, Haziq makan sebatang seorang. Sampai rumah dah Isya'. Kesian mereka, kami asyik balik lewat... Anak-anak dah mula rasa bosan.

Wednesday, October 05, 2005

danjiki... Selamat menjalani ibadah puasa..

Hari ini bermulalah Ramadhan yang dirindui, bulan ibadah untuk umat Islam.

Bangun sahur dan terus siap untuk pergi kerja, Haziq dah mula bosan duduk rumah, Haziq menangis nak ikut ummi pergi office. Bawa dia ke office bersama Ikram dan Athirah. Ada perhimpunan pagi, so tinggalkan mereka kat bilik.

Jam 9.30 pagi mereka ke Perpustakaan Raja Tun Uda. Tengahari dah mula bosan, Haziq sampai tertidur atas kerusi, mungkin letih kerana berpuasa... Ikram dan Athirah bising juga sebab terpaksa ikut Haziq... tapi ummi buat tak faham..

jam 5.00 ummi balik, tunggu ayah kat luar, ayah lambat pula sampainya, Azan kat Masjid baru ayah sampai dari Putrajaya, katanya hujan lebat, kesian anak-anak hanya berbuka air milo dan air acang soya Ikram beli kat mesin vending. Ayah sampai terus balik rumah kat seksyen 7, selesai sholat balik Banting. Sampai sana makan Pizza Hut. Selera mereka makan.

Tuesday, October 04, 2005

Hari kedua...

Keluar sebaik lepas Suboh, punch card tak merah hari ini. Haziq pula menangis sebab nak ikut. Katanya boring kat rumah sebab ummi tak ada.

Ummi kerja kat Shah Alam, masuk kerja jam 8.00 pagi, ayah pula ke Putrajaya masuk jam 8.30 pagi. Penat berulang.. penat berkemas di Kobe tak hilang lagi, sambung pula berulang ke Banting. Taihen deshita.

Oleh kerana ayah masih dipool JPA, hari ini tengahari ayah ke Shah Alam, settlekan kemasukan line telefon. Internet belum boleh lagi sebab Broadband perlukan line telefon untuk dipastikan ianya boleh atau tidak untuk talian kami, ingatkan semua boleh.. rupanya tidak, harap-harap line kami boleh...

Ummi punch out terus ke Putrajaya untuk ayah punch out pula. Maghrib baru sampai rumah bonda. Belikan mereka KFC.

Monday, October 03, 2005

First day pergi kerja..

Lepas Suboh terus siap untyuk ke office... letih belum hilang tapi kena pergi juga.... pinjam kereta emak... Sampai lewat hari ini kerana jalan sesak... pertama kerja dah datang lewat.Ayah ke JPA Putrajaya. Belum tahu posting kat mana....

Anak-anak tinggal rumah nenek.

Hari ini balik lewat sebab singgah sekejap tengok rumah kat Seksyen 7. Jumpa Jaafar/Shima jiran sebelah. Rumah okay cuma kena cat semula. Sekarang kena fikir pengisiannya...

Hari pertama sampai lewat jam 9.00 malam, Haziq menangis sebab ummi balik lewat, tak biasa ummi tinggalkan, selalunya dia yang tinggalkan ummi... Balik dengan keletihan.

Sunday, October 02, 2005

Malaysia ni kairimashita..

Suboh terus siap-siap untuk balik Malaysia. Asagohan roti sausage dan roti manis Lynn's handmade. Oishi katta desu.

Siap semua, En Shamsul hantar ke Sannomiya nak naik bas. Jumpa Pye kat sana. Naik bas terus ke Kansai Airport. Sampai sana Fukuda Sensei dah ada.

Flight jam 12.00 tengahari.. cerita-cerita kat luar sampai jam 11.00 pagi. Dalam flight anak-anak diam aje... cakap suruh tulis hagaki menangis.. masih sedih mereka.

Terima kasih diucapkan kepada Lynn dan keluarga, Fukuda sensei, adik-adik u/grade Kobe, Hezlen, Dayang, Nana, Fadiah, Faisal, Fairus, Pye, Supian dll kerana banyak membantu mengemas rumah dan menghantar ke Airport. Semoga berjumpa lagi di Malaysia.

Jam 6.00 petang waktu Malaysia, selesai urusan Imegresen dan Kastam, keluar, mak dah ada tunggu dengan bunga. Balik makan pulut dan nasi. Malam tu keluarga Suhaimi pun datang sebab kebetulan, emak pun baru sampai semalam dari USA.. mereka datang melawat, letih betul....

Saturday, October 01, 2005

Minooka no undokai

Jam 8.00 pagi ke Minooka, ada sukan. Athirah dan Haziq beriya-iya nak masuk sukan. Kami panjangkan juga visa.

Haizq berlari bersungguh-sungguh begitu juga Athirah. Kedua-dua dapat no.1. Acara menari, ummi join juga.

Athirah masuk acara kumitaiso... nampak best. Miura sensei menangis tengok mereka berjaya tanpa ada yang terjatuh... Kato sensei pun datang hari ini, dia ambil gambar Athirah.

Diakhir acara nampak touching sikit, 6 nensei ramai yang menangis kerana ini adalah last undokai mereka disekolah.

Balik sambung lagi berkemas barang di rumah Faizal. Siap berkemas jam 11.00 malam tidur di rumah Lynn pula. Arigatou Lynn, beri kami makan nasi tomato, tidur dengan aman dirumah Lynn yang cukup selesa bagi kami...

Friday, September 30, 2005

Haziq n Ikram's owakarekai.. ayah hantar kereta.

Jam 10.00 pagi ayah hantar kereta ke Rokko Island (maruha).

Jam 11.30-12.30tengahari Ummi pula ke Minooka kelas Haziq ambil barang Haziq dan beri sedikit omiyage jat kawan-kawan dia.

Jam 3.15 petang ummi ke Nagamine shogakko pula untuk acara owakarekai Ikram. Jumpa kocho sensei dan ambil gambar bersama mereka.

Balik adik-adik u/grade sedang bantu clear semua barang dan cuci rumah.. kena kosongkan rumah hari ini...huwa tak nak balik lagi...

Semalaman tak tidur, letih betul.. anak-anak tidur rumah Faizal. Domo arigatou Faizal dan Fairuz. Sorry kami buat sebah kat rumah you all...

Thursday, September 29, 2005

Angkat barang dan Athirah's owakarekai

Ummi, ayah dan Ikram tidur 2 jam sahaja.. letih betul, Pye pun bantu sama. Pagi lagi Athirah dan Pye pergi Lawson beli bento untuk pergi sekolah, ummi dah tak sempat nak masak bento...

Hari ini ajak semua adik u/grade lelaki supaya angkat barang, bagi makan bento sahaja.

Jam 11.50 ke Minooka Shogakko ada acara owakarekai untuk Athirah... Ummi dan Ikram pergi ambil gambar. Mereka bermain bersama, makan bersama, nampak begitu mesra, termasuklah Matsumoto Kunihiro sensei.. baik sungguh dia.. tepuk-tepuk Athirah. Athirah nampak sedih, begitu juga Sofi (Indonesian).

Athirah dan Sofi membuat sedikit ucapan pendek... berbagai cara dia nak sorok kesedihan. 3 nen kan domo arigatou.. itu sahaja ucapannya mereka. Kalau panjang nanti menangis.

Wednesday, September 28, 2005

Kemas lagi...

Anak-anak sekolah, ummi dan ayah kemas barang.. hari ni dah 88 kotak rasa nak pengsan...

Tengaharai panggil Dayang dan Faizal tolong kemas bersama Pye.. kurang sikit beban. Ummi masak kari kandar segera. Pye tidur rumah.

Ummi dan ayah serta Ikram tidur 2 jam sahaja malam tadi... huwa bila nak siap ni...

Mujur Dayang, Faizal dan Pye tolong. Hontoni arigatou gazaimashita.

Tuesday, September 27, 2005

Kobe Daigaku no Sotsugyio shiki... omedetou.

Hari ini dalam suasa sederhana didewan tingkat 3 Fronyier Hall Kobe University seramai 45 gaksei hakkasei katte dari Kobe Daigaku menerima ijazah Doctor of Philosophy Kamilah diantara keluarga yang terawal dan teramai yang hadir... dapatlah tempat duduk depan, biar nampak ayah.. ada juga jurugambar tapi tak tahu bila dia nak beri gambar tu..

Selepas acara untuk Kobe Daigaku, masing-masing sibuk bergambar lagi, ayah terpaksa bergegas pula ke GSICS untuk acara bergambar ramai bersama Dean GSIC. Acara yang dibuat khas untuk school mereka. 4 orang sahaja yang lulus untuk semester ini, ayah seorang sahaja gaikakujin....
Omedetou..

Anak-anak semua tak pergi sekolah sebab nak tengok ayah...

Hosni/Kak Ani...

Malu betul hari ini, Kak Ani masak pun tak sedar... bangun ajer tengok nasi goreng dah siap... Kak Ani bangun masak, sebab dia nak balik awal pagi lagi sebab boy masuk kerja jam 6.00 petang nanti, bimbang tak sampai Tokyo jam 6.00 petang. Bekalkan mereka nasi goreng dan ayam masak merah.

Terima kasih Kak Ani kerana sudi juga bermalam 2 malam kat rumah kami yang seperti kapal pecah.. gomen ne.. jumpa kita kat Malaysia nanti tahun depan.

Monday, September 26, 2005

getsu youbi -月 曜日

Persekolahan anak-anak dah sampai ke penghujung.. minggu ni adalah minggu terakhir mereka kesekolah.

Bangun pagi seperti biasa, siapkan bento mereka, dan buat sarapan. Pagi ini agak terlewat sedikit, keluarga Hosni pun ada... Siapkan Haziq... lepas mereka pergi sekolah, ummi bawa kak Ani melawat Kobe dan Tarumi. Ikram dan ayah pergi cancel nama kereta sebab nak bawa balik...

Tengahari ini makan kat Saizeriya... balik bawa mereka kat kedai recycle di Suido suji.

Balik. siapkan dinner simple ajer.. ayam masak merah...

Sunday, September 25, 2005

Bazaar kat Gokoku jinja...

Sambung berkemas lagi, selagi tak angkat barang begitulah agaknya...

Tengahari ke bazaar, beli sedikit omiyage dan ambil gambar, today is our last day ke bazaar ni... siap beri card kat penjual yang dah kenal sebab hampir 3 tahun membeli dengan mereka...

Hari ini beli obi, set narumi dan japanese bowl ....

Petang ke masjid beli ayam dan daging. Malam ni Hosni/Kak Ani dan family dari Chiba sampai ke Kobe.... tunggu tetamu.

Saturday, September 24, 2005

Universal Studios Japan...

Hari ini kami ke USJ dengan bas.... senang dan tak penat drive, cuma letih beratur beli ticket... Hampir semua actraction dapat di naiki... gambar pun dibeli. Balik naik bas jam 9.00 malam dari USJ ke Sannomiya. Perjalanan hanya mengambil masa sejam. Semua gembira.

Friday, September 23, 2005

Sannomiya dan sightseeing dengan ferry....

Kemas-kemas sikit, boring keluar pula naik ferry round tepi port Kobe sampai Suma... lepas tu naik pula Kobe tower...

Balik keletihan tapi kemas juga barang....

Thursday, September 22, 2005

Gunting rambut di Mikage...

Hari ini semua sekolah, ummi dan ayah pergi buang sampah kat sebelah Ueno Chugakkou... penat juga mengangkat.. sambil tu ambil pula kotak.. lepas tu terus ke Lamu beli barang sedikit dan ambil kotak kecil pula...

Anak-anak balik sekolah, pergi bawa mereka gunting rambut di Mazukawa salon kat Mikage, 3 tahun mereka gunting rambut kat situ.. Tukang gunting tu beri kami CD dia buat sendiri lagu danjiri...

Balik pergi pula Sunshine Wharf Kobe, Sports Depo beli kasut Adidas Haziq, suka betul dia, dapat kasut baru malam ni... kasut tu jadi 1998 sebab tak ada kotak... kebetulan saiz dia, 21cm... kalau tak ada offer berkali-kali fikir juga nak beli...

Esok cuti...

Wednesday, September 21, 2005

Kimura Tatsuro dan Takahashi Katsunori...

Athirah dan Haziq kesekolah, Ikram membantu kami dirumah...

Balik sekolah Tatsuro kun dan Katsunori kun datang main sampai jam 5.30pm. Tak jadi pergi gunting rambut dan kasut berlari Haziq...

Tuesday, September 20, 2005

Kokoronet の party...

Athirah dan Haziq kesekolah, Ikram hari ini dan esok bercuti kerana ganti sukan dan sekolah Nichi youbi.. Kt rumah aje. Ichioka sensei telefon, ajak pergi Kokoronet Cafe hari ini kerana mereka adakan jamuan untuk kami yang dah nak balik... huwa sabishi nee...

Kami pergi semua ke Port Island dengan POrt Liner.. malas nak bawa kereta, sebab nak singgah Sannomiya. Balik Ichioka sensei dan Noumi san hantar kerumah.. lepas Maghrib baru pergi ke Sannomiya..

Kat Sannomiya beli teropong bintang dan perangkap mushi untuk Athirah dan Haziq..

Monday, September 19, 2005

Nagamine Chugakko no undokai, Nagamine JHS's Sports day

Hari ini hari cuti umum di Jepun, Hari orang tua..

Lepas subuh terus siapkan sarapan pagi, hari ini ada undokai Ikram. Rasa malas nak siapkan bento, so ayah beli aje onigiri.. Bento kami hanya onigiri, pocari sweat dan banana...

Kami sampai awal juga, so dapatlah pilih tempat duduk berkerusi dan dihadapan, senang nak ambil gambar Ikram... Seronok juga acaranya... Kami memang suka tengok undokai sekolah Jepun, ringkas sahaja tapi meriah, semua dapat ambil bahagian, tanpa mengira physical mereka... yang penting participation. Hadiah pun tak ada. Hadiah dan sijil hanya untuk kelas. Tahun ini 3 nen 4 kumi menjadi juara. Suka Ikram, budak-budak perempuannya sampai ada yang menangis kegembiraan....

Balik kami semua keletihan, tertidur sampai petang...

Sunday, September 18, 2005

Ikram sekolah, bbq..

Hari ini Ikram sekolah, tapi tak ada bento. Dia balik cepat, hanya latihan untuk undokai. Kami kat rumah masih lagi mengemas.

Petang pergi pula Nadahama, bbq bersama Lynn dan family... Balik jam 11.30pm goro... tanoshi katta yo..

Saturday, September 17, 2005

hanashikai, jamuan makan...

Dari pagi mula mengemas, bila lah nak siap ni... penat rasanya. Jam 2.00 petang Athirah, Haziq, Megumi chan dan Ayakan chan ke Minooka Shogakko dengar hanashikai.. balik dari sekolah ke rumah Lynn ada jamuan makan... jumpa adik-adik dari Osaka dan Chiba serta anak-anak mereka...

Balik terus pula ke rumah Faisal, ada jamuan Hezlen masak nasi Briyani...

Ayah tengok bola bersama mereka sampai jam 1.00 pagi, sampai kami tertidur tunggu dia...

Friday, September 16, 2005

Anak-anak kesekolah...

Hari ini bermula semula masak bento setelah 4 hari berjalan ke Tokyo.. masak simple ajer... Latihan sukan untuk Ikram, Athirah dan Haziq.

Ummi dan ayah ke Honda Primo ambil kereta... terkejut, tak semahal yang disangkakan, rupanya masih ada waranty.. so workshop tu claim kat Honda HQ... selamat yen. Alhamdulillah...

Kereta siap kena pula ambil kari number kat city hall. Shaken dah habis 9/14. Tinggal 2 minggu tak nak pergi renew...

Siap semua.. balik siapkan mengemas barang....

Thursday, September 15, 2005

Yokohama - Minato Mirai, Nagoya - Aichi Banpaku..

Selepas Suboh dan breakfast kami terus menuju ke Yokohama, Minato Mirai... ikut jalan biasa tapi belum sesak sebab awal lagi, sampai Yokohama baru jam 8.00am goro... duduk kat taman kat situ, ambil gambar kat tepi laut dan jalan-jalan kawasan sekitar....

Beli omiyage dan terus pula menuju ke Nagoya, Aichi Banpaku. Aduh! jalan jam... berhenti Zohor dan Azar, makan alakadar teruskan perjalanan... Sampai di Aichi jam 5.00 pm goro, berhenti ambil gambar dan terus pula ke bandar Nagoya. Besar bandarnya.. makan kat eki.... Memulakan perjalanan semula jam 9.00pm goro. Ayah kata ikut jalan biasa aje sebab dah dekat ke Kobe... set navigator dan teruskan perjalanan, cepat juga tapi ikut jalan kampung.... kalau siang cantik agaknya sebab tepi sungai, ikut Nara, Osaka... Sampai rumah jam 3.00 pagi. Bawa naik yang penting sahaja dan lepas Suboh kami tidur.

Perjalanan seminggu yang menggembirakan semua. Kata Haziq...kenangan ini akan tersusun dalam kepala supaya ingat sampai bila-bila. Terima kasih Kak Ani dan Hosni kerana membenarkan kami bermalam selama 3 malam dirumahnya.

Wednesday, September 14, 2005

Saitama...

Selepas sarapan pagi, kerumah Mat Nor/Salome sebentar dan berjumpa pula dengan Hasira/Azhar di Welshan. Selepas itu ke destinasi seterusnya, iaitu Saitama Daigaku, International House. Tunjuk lagi kat Athirah dan semua dimana ayah dan uncle Yusof dalam kesejukan salji yang tebal menanam uri Athirah. Susah betul nak gali tanah sebab banyak airbatu. "Berdengking-dengking" kata ayah, masa tu ummi masih dihospital. Ummi dihospital selama 10 hari. Kat sana bergambar lagi, Nonaka san dah bersara, orang baru yang jaga... tapi baik-baik juga. Lepas jalan-jalan kat International House, terus pula ke Daigaku... GRIPS dah pindah ke Ropponggi.. school tu dah tukar lain.. tapi ambil gambar jugalah.

Selesai di Saitama Daigaku, kami pergi pula ke Kita Urawa Chuo Byoin.... tempat kelahiran Athirah.

Selesai kat situ pergi pula Kobato Youchien, youchien Ikram dulu, tak sangka sambutan baik sekali, kami dijamu dengan ocha dan okashi, bergambar ramai dengan semua sensei, walau sensei Ikram dah berhenti sebab dah berumahtangga. Sensei buka album, muka depan gambar Ikram masa kat sekolah tu.... suka betul dia. Haziq sampai kata, " Haziq nak pindah sekolah ni, sekolah ni cantik dan besar, banyak permainan". Haziq ceritalah dengan sensei tu dia kat Kaoru Youchien. Encho sensei suka betul dengan lawatan kami, dia kata next time dia nak bawa pekerjanya melawat Malaysia pula sebab dah ada contact dengan orang Malaysia. Last year mereka melawat ke China.

Puas bercerita kami pun sayonara, pergi pula ke rumah Yamaguchi Himiko. Dia dah nak keluar, tak tentu arah dia nampak kami, bestnya dia terus panggil Ikram... masih ingat dia akan kami. Kami pun bergambar dengan dia, tapi Kazuma kun masih belum balik sekolah. Kazuma ni anak tunggalnya, sebaya Ikram, tarikh lahir juga sama. Dialah kawan ummi semasa apa-apa urusan di Kobato yochien Saitama dulu, samalah dengan Oohta san di Kobe.

Sepatutnya petang ni Kak Ani ajak ke Kamagaya, tapi sebab kami lama di Saitama, tak jadi pergi... Banyak betul omoide kami di Saitama, sehari kesana macam tak cukup rasanya, terpaksa dibuat rating.. rating pertama mengingati tempat kelahiran Athirah.. berjaya juga kami membawanya ke sana untuk ke 3 kalinya. Mungkin ini adalah kali terakhir ke Saitama buat sessi ini, InsyaAllah ada rezeki kami akan datang lagi menjejaki tempat kelahiran Ahirah ini...

Perjalanan balik ke Chiba kami menikmati pula suasana malam di Tokyo.

Tuesday, September 13, 2005

Malaysian Embassy...

Lepas sarapan kat rumah Kak Ani, kami bersiap untuk ke Malaysian Embassy di Tokyo. Kali ini kami naik densha, di Tokyo parking susah dan mahal pula... Kami berhenti bergambar di Tokyo Eki, Ginza, Sinjuku, Ropponggi dll. Puas betul berjalan. Sampai tashikan jam 3.00pm.. ayah jumpa Encik Adib, kawan ayah. Ummi bercerita pula dengan Chiba san. Chiba san ni baik orangnya, mula-mula sampai dulu dia yang uruskan penempatan kami. .. dia juga ada ke Kobe bersama Encik Saripudin dulu, sebab tu kami kenal dia, dia pun ingat lagi Athirah...

Selesai sholat Zohor/Asar di Embassy kami naik teksi pula ke Tokyo tower.. ambil gambarlebih kurang, jalan kaki pula ke eki Ebisu... naik lagi singgah pula di Akihabara.

hari ini penat berjalan kaki... Hari ini Haziq dapat apa yang dia nak, so jalan pun senang, tak banyak rentahnya..

Dari Akihabara kami terus balik ke Ichikawaono. Tsukareta demo tanoshi katta desu. Bercerita dengan Kak Ani/Hosni sehingga jam 1.00am.

Monday, September 12, 2005

Disneyland...

Jam 8.30 am terus ke Disneyland dari rumah Hosni/Kak Ani di Green Height Ichikawaono. Jalan sesak sedikit, jam 9.45 am sampai Disneyland.. terus bergambar dengan Minnie Mouse, Pooh, Mickey Mouse dll... selesai bergambar terus naik big tunder mountain, pinochio dll... hampir kesemua kami naiki. Kali ini dapat naik semua sebab ketinggian Haziq sekarang 118cm... melebihi 8cm dari ketinggian minima. 3 tahun dulu, di Disneysea banyak yang tak boleh naik.

Walau bagaimana beraninya Haziq, bila naik space mountain dia kalah, mungkin sebab dalam gelap dan ianya pun high speed roller coaster.. menangis sampai bawah... Lepas tu kami masuk pula 3D show, suka balik dia.... sebab cerita tu penonton jadi kecil... katanya, "tikus datang kat dia"

Lepas tu kami lumba kereta, Ummi dengan Haziq, Athirah dengan ayah, Ikram seorang.. seronok betul dia memandu... 2 kali kami lumba kereta, lepas tu Athirah pula nak bawa seorang....

Penat diluar naik pula ke Chinderella Castle... Haziq jadi takut, sebab di faham apa yang mereka ceritakan... walau bagaimana naik jugalah sampai atas, tapi Haziq tak dapat hadiah sebab dia nampak takut...

Malam ni tak ada hanabi, sebab angin kuat, zannen desuta. Kami disana sehingga tutup. Penat tapi semua puas hati. Berbagai omiyage nak dibeli... Lawatan yang penat tapi semua puas hati.. youkata ne.

Sunday, September 11, 2005

ふなばし - Funabashi dan Costco....

Selepas Suboh, dan siap-siap lebih kurang dalam bilik air di Maruetsu, beli onigiri untuk breakfast. Breakfast lebihkurang, kami jalan-jalan keliling Ichikawa Ono untuk mengenang kembali tempat lama, Olympic, frest and Cost, Matsumoto Kiyoshi, Y's Mart dll. Dalam perjalanan Haziq menjerit, oboiteru2... dia kata dia ingat dah tempat ni... Alhamdulillah, Ichikawa Ono masih dalam ingatannya... posing sana-sini.

Jam 8.00 pagi ke rumah Hosni/Kak Ani. makan nasi lemak. Tengahari ke Funabashi makan tendon di てんや. Tak habis nasi nya sebab pagi dah makan nasi lemak Kak Ani banyak... Lepas makan, naik ke kedai ¥100 yang terbesar disana, 7 tingkat.... belilah sikit-sikit barang untuk omiyage...

Petang Hosni dan Kak Ani ajak pula ke Costco di Kaihin Makuhari. Beli set pinggan dan chafing dish.

Malam ni kami tidur awal sebab esok pagi-pagi nak ke Disneyland, destinasi hari ke3.

Saturday, September 10, 2005

しらいとたき, ふじ さん , はこね。。。 (Shiraito Falls, Mount Fuji and Hakone..)



Memulakan perjalanan dari Honda Primo Rokko Michi jam 8.30 pm. Hantar kereta yang dipinjamkan dan ambil kereta yang kami sewa, Honda Fits Aria... Kereta sederhana, jimat gasoline. Siap urusan transfer mentransfer barang-barang, kami terus ambil Tomei expressway dari Nishinomiya. Mengantuk kami bergilir, tapi 2 kali berhenti untuk tidur sebab dua-dua dah tak tahan nak drive....

Selesai suboh kami terus menuju ke Shiraito taki.. cantik tempatnya, kami pengunjung pertama dikawasan tu, lebihkurang jama 7.30 am. Di sini, airnya sejuk sekali, Haziq yang begitu excited nak main air, naik semula keatas sebab tak tahan sejuk.... Puas bergambar dan breakfast, kami pun menyambung perjalan semula.


Selesai membeli belah di 7 eleven berdekatan Shiraito Falls, kami terus menuju ke Mount Fuji... cuaca pagi mendung, tapi bila sampai di Mount Fuji, Alhamdulillah cuaca cerah dan kami dapat melihat puncak Mount Fuji dengan jelas. Kami memandu sehingga ke tahap 5, tahap tertinggi yang boleh dinaiki dengan kenderaan. Anak-anak happy, walau pun agak letih tapi semua puas. Haziq yang pada mulanya, macam malas, bila berhenti bergambar di tahap 1, menjerit ajak yama nobori... tak sabar dia nak naik sampai keatas. Lama juga kami berehat, bergambar serta membeli sedikit omiyage di omiyage ya san diatas... masing-masing puas hati... seperti biasa Haziq bila dia suka, dia akan kata, "nanti kita datang lagi ye" Semoga kata-katanya menjadi doa untuk kami datang semula untuk kali ke 3. Memandu di Mount Fuji seperti kita berada di dalam awan, awan dapat dilihat di bawah kita... sungguh cantik alam ciptaan Allah swt....


Jam 2.00pm goro, selesai Sholat Zohor dan Asar kami turun dan terus menuju pula ke destinasi seterusnya, Hakone... satu tempat peranginan yang cantik juga, ianya sebuah tasik di atas bukit, kami menaiki Pirate boat untuk mengelilingi tasik tersebut... berehat di Hokone sehingga lepas Maghrib.

Program terpaksa ditukar, kerana hari dah malam, tak jadi nak tidur rumah Marsitah di Saitama - Matsudo, Ummi call Marsitah beritahu, tak jadi tidur rumahnya, gomenne Marsitah san. Ayah call Uncle Hosni, di Chiba - Ichikawa, beritahu kami dah berada di Hakone, dan ingin ke Ichikawa.... Perjalan ke Ichikawa, kami terperangkap dengan kesesakan jalanraya di bandar Tokyo, Shibuya, Ginza, Shinjuku.... tersilap masuk lorong di Shibuya... terpaksa jugalah dilalui, sampai di Ichikawa jam 1.00 pagi... malas nak kejutkan Hosni/Kak Ani, kami ambil keputusan tidur sahaja di Maruetsu.... ramai juga yang park dan tidur disitu, bila lapar beli makanan, dan bilik air pun senang. Lena kami di situ sehingga Suboh.

Hari pertama perjalanan yang amat menggembira dan memuaskan kami semua....

Thursday, September 08, 2005

Tokyo

Esok malam, kami akan meneruskan penjelajahan di kaigai ini yang telah beberapa kali tertangguh.... disebabkan kesukaran ayah meluangkan waktu untuk itu... begitulah barangkali tuntutan waktu yg sering menghimpit ayah...

Nagoya, Fuji san, Tokyo, Odaiba, Disneyland, Ichikawa,.... bakal kami lawati., insyaallah.. Tapi yg pastinya, kami akan ke Urawa-shi, mengimbau kembali kenangan lama 11 tahun yang lalu... terlalu banyak kenangan yang tercipta disana sebagaimana banyaknya peristiwa yang terukir di penjelajahan kedua di bumi Jepun ini... Athirah, pasti ingin melihat tanah tempat kelahirannya........ masih segar di ingatan ayah, ke hospital dengan ambulan bersama Isyah jam 1.00 pagi.... dan tanggal 17.1.1994, Athirah lahir ceaserian diwaktu bumi Los Angeles di landa jishin.. (dan genap setahun usia Athirah, bumi Kobe dilanda gempa bumi lagi..) ...... Masih juga segar diingatan, bagaimana ayah menguruskan Umi dan Ikram. Juga dalam kesejukan salji ayah menanam uri Athirah di laman Kaikan Kokusai Saidai... dengan harapan kami akan kembali lagi ke sini.. Pengalaman ini ternyata begitu berharga buat kami....

Ternyata perancang Allah tidak siapa mampu menahannya lagi... kami ke Nihon lagi..... dan Chiba dan Kobe kami jadikan tapak buat terus mencipta kenangan demi kenangan......

Wednesday, September 07, 2005

おめでとう…

Sedang kemas barang, sensei ayah called, panggil segera mengenai committe meeting tentang thesis ayah, ayah segera ke Daigaku... setengah jan kemudian ayah balik ajak makan kat fisherman... Alhamdulillah ayah dah confirm lulus... omedetou ayah.. ayah pula ucapkan omedetou kat kami semua sebab tolong ayah...
Tak jadi pergi Fisherman, Haziq nak pergi Saizeriya...

Dari ayah:
Kepada keluarga di Kelantan dan Selangor serta teman2 ayah di Malaysia, terima kasih kerana mendoakan kejayaan ayah... Ayah juga ucapkan terima kasih kepada teman2 ayah di Jepun .. Untie Lynn/uncle Syamsul sekeluarga, Untie Yana/uncle Yusof, Uncle Mazlan/keluarga di Gyotoko, Uncle Alias/Untie Maizom di Tottori, rakan2 badminton ayah, adik2 undergraduate di Kobe dan Osaka (Hasnan, Pye, Nadir, Quebix, Lamset, Meri, Totoq, Bieyot, Linda, Dayang, Sashema, Fadiah, Picot, Ina, Razmir, Bear, Izat, Bidi, Nana, Janna, Faiz, Kumin dll)... Allah sahaja yang membalasnya.

Kami akan pulang ke Malaysia selepas undokai Minooka Shogakkou.

4 tahun merantau telah hampir ke penghujungnya.... huwa

Hingga kini Haziq masih merayu ingin terus tinggal di Kobe, tapi tiket dari embassy dah sampai petang tadi, dengan sedihnya kami menerimanya.... "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Tuesday, September 06, 2005

たいふke 14 - nabi.. まってる

今日は きもり です。。。 hujan sekali sekala.... Ikram dan Athirah suka, katanya Malaysia tak ada、biar kita rasa kat sini, Haziq tak mahu, dia tak nak cuti. Kalau taifu kuat, sekolah terpaksa cuti.... Musim ni bimbangkan taifu, musim fuyu pula, kalau snow kuat, terpaksa cuti juga, sebab sekolah atas bukit.

Ja m 10.00 am Ogasawara sensei called, Haziq demam, pergi pula ambil dia kat sekolah.. balik elok pulak dia.
Balik dari sekolah Haziq, Ichioka sensei called ajak datang rumah dia, walau semalam dia dah cancel... jadi ummi pun setuju.. Jam 3.00pm ummi, Athirah dan Haziq pun pergi dengan densha.

Jam 12.00 tengahari, Fukui sensei telefon pula minta 3 salinan thesis ayah.. ummi tolong pulak ayah.. Hari ini macam pejabat pulak.. busy dengan telefon...

Balik sensei hantar sampai rumah,,, ummi pun sambung kemas barang , ayah kata, biarlah siap kemas dulu baru berjalan jauh sedikit... bimbang nanti kalau dah berjalan tak larat nak kemas pula... barang kena hantar dalam 20hb keatas... malas betul nak kemas, penat. Hari ini ayah tolong masak... oishi katta desu.

Monday, September 05, 2005

ゆめ です。。。

Nigaki minggu kedua... cuaca mendung kadangkala renyai-renyai taufu menghampir, diramalkan lebih kuat dari Katrina, kowaso nee...

Ikram balik awal, sensei ada meeting. VC dengan bonda, Adik dan Kak Sham di USA hampir 2 jam... sambil tu tolong ayah. Petang ke Joshin, ¥100 shop dan supa, tengok-tengok kalau ada boneless chicken HALAL, hari ini dah habis... beli kat sini murah harganya, 2kg. ¥750. Last week beli 6kg. senang buat bento.

Malas betul hari ini nak kemas kotak.... cepat betul masa berlalu, masa minta CTG dulu, Dato' Ali dan Datuk Amir kata, lama ni... cari dulu pengganti kontrak. Rasa-rasa macam baru aje percakapan tu, sekarang dah nak balik... huwa... malas nak kerja balik, pangkat pun tak dapat naik, CTG dah 6 tahun diambil...

Tapi ummi senang, ummi dapat tumpukan 100% perhatian kat anak-anak... tengok mereka membesar, gelak ketawa, kadangkala bergaduh dan menangis. Jadi shufu (surirumah) sepenuh masa, penat wei... kerja tak pernah habis.... 4 tahun dulu, ummi boring ummi belajar buat kek, biskut dan kuih muih, tiap hari mencuba resipi, ayah naik 20kg, ummi pun naik hampir 10kg, last year terpaksa diet.. Alhamdulillah turun semula...

Masa tu ummi angan-angan nak buka kedai kek dan roti, nak ambil pencen awal.... belajar kat daigaku, Pentadbiran Perniagaan, tapi lansung tak pernah buat business.... Masa hima (free) kat sini, mulalah ummi angan-angan nak buat business, ayah galakkan, tapi ummi rasa takut... ganbarimasu. Mesti berani kalau nak berjaya.

Bonda selalu cakap supaya kami buat business adik beradik, sebab adik beradik ummi dah cukup untuk menjalankan satu syarikat, kami ada jurutera, akauntan, pengurusan sumber manusia dan finance. Tatee dah nak berhenti kerja sebab adik dah bagi modal untuk jalankan stesen minyak... InsyaAllah akan mula Januari ni, lepas ni kalau ada rezeki dapat satu lagi stesen minyak adik pula akan balik ke Malaysia ... Ummi? ;-)
 

Sunday, September 04, 2005

にちようび ,やすみです。。。

Keletihan malam tadi, tidur awal, bangun pagi ni rasa fresh pula... Selesai Suboh panaskan baki makanan malam tadi. Call Piye ajak makan. Dia dah pergi Masjid Kobe nak mengajar. Simpan dalam peti sejuk, kami pun ronda Sannomiya., ada pula Flee Market kat Haborland. Shopping sakan beli baju-baju, Comme Ca Ism pun tengah sales, fulamak.. beratur pula nak dapat masuk satu bahagian.. seorang hanya ada masa 15 minit. Masuk jugalah..

Nak dikatakan rezeki, kat dalam jumpa Takahashi San, dia dah ambil T-Shirt ¥500 (harga asal¥2480) sebanyak 15 helai.. dia offer kat kami 5 helai... Beli 5 helai dapat ¥700. Kami pun ambillah... dia dok hulur-hulur, kang dikatakan apa pula, sebab baju tu dah habis dijual.. boleh tahan juga kainnya...

Di Sport World beli pula T-Shirt dan bola tennis untuk training... budak-budak berkenan, beli ajelah..

Balik, makan laksa semalam. Kenyang betul... lepas Asar semua tertidur... Ikram kejut beritahu dah Maghrib. Lepas Maghrib Piye dan Din datang, angkatkan mereka Nasi Dagang. Din nak balik Malaysia dah, 9/16.... Esok dia hantar kereta. Piye kesunyian sekejap sebab boleh dikatakan everyweek Din akan datang kerumah Piye... Tak apa Piye, yang pergi pasti akan berganti.

Saturday, September 03, 2005

Tetamu ayah...


Lepas Suboh ummi terus masak. Menu hari ini, Nasi Dagang dan kuah ayam, Roti jala cicah kari ayam dan kentang, Laksa Penang, kuih lompang dan keropok. Alhamdulillah jam 5.30 petang semua ready walaupun ummi terpaksa masak seorang sebab ayah dan Ikram ada urusan penting, lepas tu ummi ke kelas ikebana 2 jam.

Jemputan kami jam 6.00 petang. Pak Jankong Handoyo Muliyo dan Pak Yon Arsal datang awal sedikit dari Prof. Seiichi Fukui. Sensei tu bawakan kami meron. Baik juga sensei tu. Best betul, ketiga-tiga belum pernah makan menu ummi tu.. semua hajimete. Berpeluh-peluh sensei tu makan. Indonesia okay ajelah dah biasa dengan pedas chili. Semua ryori tu tak adalah pedas sangat, memang ummi kurangkan cilinya からい くない. Sensei tu paling suka Laksa Penang, walaupun dah makan nasi dagang sebelumnya tapi dia masih bertambah juga makan laksa. Jam 8.15 malam acara pun selesai, ayah kemas semua. ummi? pengsan.

いけばな、、、last day.


Duduk kanan. Mitsuko Okada (sensei), Takako Kinoshita (pembantu). Berdiri. ummi, Matsubara Yukiko, Uehara Chikako dan Kazumi Yagi. Karasuyama Hiromi (tiada dalam gambar).

Jam 1.00 ummi pergi pula kelas ikebana. (Ayah dan Ikram tak balik lagi) Ummi pergi bersama Haziq, sebab Haziq nak dengar hanashikai. Hari ini last day kelas ikebana ummi, sensei tu dah tak boleh nak ajar lagi... badan dia dah tak mengizinkan. Umurnya sekarang 86 tahun. Agak sukar untuk berjalan seperti biasa. Inilah gambar kami.
Hari ini, sensei beri semua peralatan dia kepada kami dengan undian. Ummi dapat 2 vase besar, 5 vase kecil, 2 lapik vase besar dan 5 pencucuk . Arigatou sensei. Sensei ini baik betul, masa tsunami kat Malaysia, dia beri ummi 2man. Katanya dia suka-suka nak bagi sebab ummi juga rakyat Malaysia. Ummi beritahu rumah kami tak apa-apa tapi dia nak beri juga, tak lepas peluang ummi kata Arigatou ajerlah.. Ikram kata buat beli PRADA.

Fuhh... berpeloh ayah.


Sedang ummi masak-masak hari ini, ayah minta Ikram call office fudosan, nak beritahu kami nak keluar hujung bulan... terkejut sebab office beritahu, mesti beri notis sebulan, kalau tidak kena bayar sebulan sewa, ¥95ribu... berpeluh sekejap, memang pun tertulis kat aggrement, cuma masa Ikram call dulu, dia kata boleh beritahu bila-bila masa, mungkin masa tu, baru bulan 7...

Masa tu jam 11.30 pagi, ayah dan Ikram terus pergi MARUSA, naik bas sebab kereta tak ambil lagi.. dok merayulah mereka berdua. Ayah kata, kami tak berapa boleh baca Nihongo, ayah sibuk belajar, hapyo 8/29 dll. Tuan rumah setuju... Alhamdulillah. Arigatou pekerja MARUSA yang membantu merayu untuk kami kepada tuan rumah. Kepada tuan rumah... thanks and may god bless you....

Ayah dah pun siap isi borang keluar rumah pada 9/30, jam 2.00pm. Lepas ni nak kemana erk? Flight 10/2.

Rayuan berjaya, bolehlah tersenyum dan bergambar untuk HP MARUSA.

Balik ayah terus ambil kereta Honda Civic sebagai ganti kereta kami yang sedang di service.

Sayonara...

Sayonara Nihon....
yang bakal kami sayonarakan buat kali kedua.... adakah sayonara buat kali ketiga?

Sayonara daisuki na hito
sayonara daisuki na hito
Mada daisuki na hito
Kuyashii yo totemo
kanashii yo totemo
Mou kaette konai
sore demo watashi no daisuki na hito

Nanimo ka mo wasurenarenai
nanimo ka mo sute kirenai
Konna jibun ga mijime de yowakute
Kawaisou de daikirai

Sayonara daisuki na hito
sayonara daisuki na hito
Zutto daisuki na hito
Zutto zutto daisuki na hito

Nakanai yo ima wa
nakanaide ima wa
Kokoro hanarete yuku
sore demo watashi no daisuki na hito
Saigo da to iikikasete saigo made iikikasete
Namida yo tomare saigo ni egao wo
Oboete oku tame
Sayonara daisuki na hito sayonara daisuki na hito
Zutto daisuki na hito
Zutto zutto daisuki na hito
Zutto zutto zutto daisuki na hito


Goodbye my love
Goodbye my love
You're still my love.
Its very frustratingand very sad.

He's not coming back again, but even still he's my love.
I can't forget anything, or throw anything away.

I hate and pity my weak miserable self for this.
Goodbye my loveGoodbye my loveAlways my love.
Always and forever my love. I won't cry now, don't cry now.
You're leaving my heart,but you're still my love.
Declare its the end, say it to the endstop my tears
So I'll remember a smile in the end always my love.

Friday, September 02, 2005

2nd. day 2 gaki..

Hari ini mula bawa bento simple ajer ... ayam masak merah, salada, tamago. Asagohan? Roti, telor dan milo. Ayah masih sibuk cari data lama, sebab ada kesilapan sedikit. Tengahari ayah pergi Masjid Kobe dengan Din dari Miki. Din nak balik Malaysia for goods pada September 16. Din ajak ayah pergi uruskan pertukaran nama kereta dan nak ambil kare no.

Balik Din singgah sini, makan tengahari.. sotong masak hitam, sambal udang dan kimuchi timun, ummi masak exspres hari ini. Ayah beritahu bila dah nak sampai, nasi pun tak masak lagi.... Kami biasanya bila anak-anak sekolah, memang tak makan tengahari.

Petang ummi dan Ikram berbasikal ke Suido Suji, kaimono untuk tetamu ayah petang esok.

Thursday, September 01, 2005

しぎょしき 2がき - first day 2nd. semester....

Bermulalah persekolahan 2 gaki... anak-anak bawa shukudai dll barang yang dibawa balik semasa cuti, kesekolah semula.... odogubako, uwabaki, sansu setto. Haziq tambah pula baju kyoshoku toban. Anak-anak kesekolah semula dengan gembira setelah bercuti 42 hari lebihkurang.. mujur semua shukudai siap. 8.30 pagi ummi dan ayah pergi ambil gambar acara tu... Kobe shimbun pun ada rupanya... Pagi ini Athirah kedepan sebab bare boru menang....

Hari ini mereka semua balik sebelum jam 12.00 tengahari, masih cuti lagi buat bento. Esok mulalah duty tu semula.... diam tak diam hampir 4 tahun ummi buat bento tiap hari.... rasa seronok pula, rasa macam nak sambung aje buat bento even kat Malaysia...

Selesai acara kat sekolah, ummi dan ayah ke Honda Primo untuk service kereta... alamak lama pula baru siapnya... terganggulah nak jalan-jalan sebelum balik ni... walaubagaimana kamu setuju juga sebab kalau tak service kat sini, kat Malaysia kena juga. Selesaikan semua disini... jangan tangguh-tangguh.

Malam bersama anak-anak baca buku dan buat tuntutan insuran kesihatan dan tuntutan kesihatan terakhir,
minta-minta tiada yang demam selepas ini...

Wednesday, August 31, 2005

六甲山ゆきまつり - Rokko san Country House...

Fuhh.. dari pagi bantu ayah direct tanpa breakfast sampai jam 1.45tengahari. Ikram ada class Kato sensei sampai jam 12.00. Athirah dan Haziq tengok TV dan buat shukudai.. kesian dia, breakfast buat sendiri... Ayah kena siapkan 3 salinan thesisnya untuk dibawa ke meeting hari ini...silap kecil-kecil ni kadangkala melambatkan... mujur siap dalam waktunya, sensei dah cari dia..

Ummi pula kesian tengok anak-anak dah boring duduk rumah, buat plan mengejut, pergi yuki matsuri kat Rokko Country House... snow buatan. Sambil main kami boleh cari takara.. Ikram jumpa okashi.. gembira mereka... musim panas ada yuki.. macam kat Mine Wonderlandlah... Ayah banyak urusan, jadi ummi bawa anak-anak naik bas dan cable car... okay juga kerana bas sedia menunggu di eki cable car.... Tiket cable car pun disekalikan dengan tambang bas... mudah ajelah. Hari ini seorang dewasa dibenarkan membawa 2 orang anak percuma, jadi ummi dan Ikram sahaja yang kena tambang... jimat yen.

Hari ini berakhirlah percutian selama 42 hari natsu yasumi mereka... esok dah mula kesekolah.... huwa, tak lama lagi kena balik... banyak tempat lagi nak pergi....

Cuti habis, mujur shukudai siap, cuma Haziq belum selesai salin semula ulasan buku yang dia dah tulis, ummi suruh dia salin semula sebab kertas tu dah lunyai. Ummi kata, kata aje kat sensei, wasureta. Kin youbi bawa. Kesian dia dah tertidur duduk tadi...

Kerana dah penat hari ini, lepas Maghrib kami dinner di sushi row..

Cerita pasal merdeka, ummi cakap juga kat Haziq hari ini Malaysia merdeka.. merdeka tu apa? dia tanya balik.. kesian dia tak pernah sambut merdeka macam kat Malaysia... Ikram dan Athirah sibuk menerangkan apa erti merdeka kat Haziq... Haziq nampak blur aje, harap-harap dia faham.

Untuk bonda dan Kak Sham, selamat bercuti di North Carolina... enjoylah autum kat sana, habiskan sebulan dengan berjalan, shopping dan berehat.... Bestlah adik, bonda datang, mesti bonda masak macam-macam... jangan naik 10kg sudah... abunai yo.

Tuesday, August 30, 2005

merdeka...

Ayah kata.. dia berjaya memerdekakan dirinya 90% dari buku, data dll.... kelmarin ayah sambut merdeka dgn pergi pantai di Suma beach....

Tapi ayah kata, bila balik Malaysia ayah tak merdeka lagi sebab kena pergi kerja pagi--pagi (kat sini, ayah bangun pukul 8.00 pagi sebab ayah jenis study malam, kata ayah makin malam makin banyak idea ..syhhhhhh...ayah bangun pukul 8.00 sebab minum pagi bersama kami sebelum kami ke sekolah, tapi lepas tu ayah sambung tidor sampai jam 10.00).. kami ayah suruh belajar lagi, ayah kata cukuplah dulu, biar anak2 yang belajar pula...


Ayah... cepat2 buat revision tu, kami ada banyak plan untuk ayah ni......ayah kata, ok ok ok .....

Seiichi Fukui .....

1.30 sensei ayah email, nak jumpa segera.. entah apa lah yg dia nak.. semalam masa presentation dia diam aje, tak nak pun tolong defense... kalau dia tolong, kan bagus..

Sensei kata, ayah OK.... alhamdulillah, tapi ayah kena buat sedikit revision, sebab dua orang examiners lagi tu tak puas hati dengan ayah punya econometrics.. ini yg ayah pening sikit ni....ayah akan gambatte sekali lagi buat revision... begitulah... apa pun, sensei kata, ayah boleh hadiri shotsugyo syiki , insyaallah dan alhamdulillah..... WAAAA.... KENA BALIK MALAYSIA.. NIHON DAISUKI DA YO......... ayah desu...

Untuk Pye, ganbatte ne....

Lega...


Seawal 8.00 pagi kami dah sampai ke Suma beach... ayah nak mandi pula. Main puas-puas, Haziq dah berubah warna kulit, mana tak, selalu ke pool dan beach.

Jam 10.00 pagi kami balik. Hujan pun turun, cuaca dah mula nyaman... balik singgah di Honda Primo check kereta. Yotei service pada moku youbi.

Hari ini buat puding jagung, seperti biasa Haziq tak minat juga makan kuih Malaysia.... Kami berempat sahaja yang makan. Malam, ayah gi jumpa kawan Canadanya, Daniel,, tolong English ayah...

Monday, August 29, 2005

VIVA



Bilik ini menjadi saksi tentang debaran ayah..fuh fuhh fuhhhh... 90 minit.
mula2 ok aje.. tapi bila dah lama, ayah mula berpeluh.. dan buka kot... panas...

Profesor tanya macam-macam dan ayah pun jawab macam-macam juga lah.. betul ke tak entahlah, tapi ayah rasa macam dah ok.. gelabah sikit tu , biasalah.....ayah

どもありがとう...

Dari pagi, ummi dok bantu ayah siapkan hand-out, lepas lunch, Ikram bawa adik-adik pergi Oji pool, kat rumah kadangkala susah ayah nak tumpukan perhatian.. anak-anak kadangkala, riang kadangkala menangis....

Jam 2.00 pm ummi hantar ayah ke Daigaku. Jam 3.30 pm viva mula, ummi dapat juga curi-curi dengar, tapi tak clear. Jam 5.00 pm ayah selesai. Dou? Ayah kata, overall okay, tapi presentation ayah, ayah kurang puas hati, harap-harap tak kena revise teruk-teruk, banyak kena tanya mengenai Econometrics. Tunggu sensei hingga jam 5.45 pm dia tak ada kat bilik, so balik dulu... esok jumpa lah...

Jam 6.15pm. ummi hantar pula ayah dan Pak Yon Arsal ke Rokko michi, Kizuna ada party untuk ayah dari kawan satu lab. Ayah pergi party, kami pergi kaimono kat Joshin dan sekitarnya...

Kepada kedua bonda tersayang, semua keluarga di Malaysia dan adik di US serta sahabat-sahabat yang telah memberi semangat dan dorongan melalui telefon, sms dan alam siber, domo arigatou.....

Hari penentu untuk はっかせいかってい。。。

Begitu cepat masa berlalu... pejam celik, pejam celik, hari ini, jam 3.30pm ayah akan menjalani oral examination (VIVA) untuk mempertahankan thesis yang ditulisnya... Ayah akan berhadapan dengan 3 Professor, iaitu Seiichi Fukui (Academic Advisor), Nobuaki Matsunaga dan Mieno Fumihara. Sejak akhir-akhir ini ayah tak keluar kemana, turun tanah pun jarang, tidur pun tak menentu... begitu sekali peritnya ingin mencapai cita-cita diusia begini.....Sambil tu sempat dia bergurau, suruh ummi belajar semula ambil Master... boleh ke ye? Macam tak sanggup aje...

Untuk kedua-dua emak dan family kat Malaysia dan dimana sahaja berada serta sahabat yang mengenali, sama-samalah doakan Zari, semoga cita-citanya tercapai. Doa dari semua tentunya memudahkan segalanya... Amin.

Sunday, August 28, 2005

にちようび ,やすみです。。。 Sunday..

Lepas suboh tak tidur lagi, baca newspaper dll. Ayah sibuk benar sekarang ni, tengok dia tidur kami ambil alihlah komputer ni... kalau dia study, 3 komputer dia guna.

Pagi ni, ada flee market kat Gokoku jinja, kami pergi juga... beli 2 helai obi. Nak beli pancing, tapi tak ada pula... susah pula nak dapat musim ni, mungkin sebab dah mula nak masuk aki (autum). Mereka dah tak berapa jual... dapat ke tidak beli ni... kalau tak ada kenalah beli yang baru. Lepas di gokoku jinja ummi pergi pula ke Merican Park, gambar Athirah ada di pamerkan disitu, mulai August 1-31 ni... dah nak habis dah, so kena pergi jugalah hari ini, kesian dia... Gambar tu adalah untuk anak-anak yang lahir tahun 1995/1996. Gambar tu di print atas baju dan dipamer di dinding Meritime Museum Kobe... lepas ni dia akan hantar baju tu kepada kami.

Balik, ummi singgah di A-Price dan Kohyo. Beli bahan nak buat inari sushi untuk lunch. Kesian ayah tinggal kat rumah... ganbatte ayah... esok hari penentu. ...

Saturday, August 27, 2005

Suma Beach...




Lepas suboh tak tidur lagi... buat nasi lemak. Hari ini nak hantar kat Andrew Daniel nasi lemak... dia dah lama tak makan makanan Malaysia, dia pun tolong ayah juga, serupa ayahndak, check English. Siap semua, kami breakfast dan hantar rumah Daniel.. kami terus ke Suma Beach... Ayah tak ikut, sibuk sangat. Makanan kat rumah pun ada.. so pandai-pandailah ayah.

Sampai beach, orang dah mula ramai. Ikram, Athirah dan Haziq main sungguh-sungguh, mulanya Ikram malas nak masuk, akhirnya tak tahan juga.... berenang dan kutip shell... nampak ikan besar-besar, Ikram guna alat snoklel.. seronok semua, sampai banyak kali panggil baru nak balik, Haziq sampai menggigil-gigil. Kami di Suma lebihkurang 2 jam setengah... Semua gembira, tanoshi katta desu.

Petang pula kami ke Joshin lagi beli ink printer dan tape. Ambil juga めがね ayah...

Hari ini di Jepun ada acara 24H TV, berbagai acara ada....

Friday, August 26, 2005

Oji Pool....

Balik hospital, makan roti... bincang nak kemana? Haziq kata dia nak pergi pool.. so ummi hantar anak-anak pergi pool... ummi tak masuk, tengok pun kena bayar.. so mereka bertiga ajelah. Ummi balik rumah janji ambil semula lebihkurang jam 4.30 petang. Ummi pergi ambil jam 4.45 petang , mereka dah keluar, Haziq dan Athirah dah mula bersin. Ikram dan Athirah dok merungut kat Haziq, dia tak nak belajar berenang, main kat tepi aje...

Balik tu terus ke コーナン, nak beli pelampung tapi dah tak jual, pergi pula ke ジャーパン ada, beli yang murah ajer.. Actually, dia dah boleh juga berenang, cuma bila lama tak pergi pool, mulalah dia takut air.