Sampai aje dirumah dia, terkejut tengok futon 4 lapis telah siap dibentangkan.. betul2 style orang Jepun... macam di ryokan pula... tak perlu heater..
Lepas makan-makan, terus ke Korakoen ..antara lima taman lama terbesar di Jepun. Luas.. paling seronoknya Haziq ,, dia dapat berjumpa kawan lamanya yang telah berpindah ke Okayama.. kata Haziq, masa dia mula yochien ini dulu, orang yang pertama yg dia kenal ialah Riku ... mula-mula diam.. tapi bila dah lama sikit, mulalah rancak mereka berbual...
Lepas tu . ke Okayama Unicersity,, saja nak melawat dan kalau sempat, nak ikut juga jamuan hari raya Is dengan kawan-kawan dia di universiti itu.. tapi sebab dah lewat sangat dan jarak antara Okayama universiti dengan kurashiki agak jauh, ambil keputusan tak join jamuan tu dan terus balik...Esok, mengikut jadualnya, hendak ke Hiroshima pula......
1 comment:
Best regards from NY! »
Post a Comment