Tanpa disedari hari ini Ramdhan telah separuh di hayati, adakah aku telah mengambil sepenuhnya peluang yang diberi dengan pengisian yang sepatutnya? Semoga keluargaku dapat menghayati Ramadhan kali ini dengan sempurna. Alhamdulillah azam untuk tidak berbelanja di bazar Ramadhan dapat dipertahankan. Biasa kami hanya berbuka dengan tamr, buah-buahan, salad dan oat, kadangkala kami mengambil nasi atau bubur lambuk yang dihantar oleh jiran kami, Fitri.
Selesai solat maghrib kami terus ke masjid Negeri untuk berteraweh. Akhir-akhir ini hujan rahmat turun waktu petang hingga ke malam, Semoga kami dapat memenuhi malam malam akhir ini dengan berqiam dan mengaji al quran serta bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Aamiin.
Memory....
Thursday, May 31, 2018
Friday, March 09, 2018
Weekend di Pantai Timur
Hari ini ummi dan hubby ke Terengganu dengan Firefly. Seawal 5.30 kami dah ke Subang dihantar oleh Encik Amir, kakitang SKM Selangor. Faizal dah ke Terengganu dengan kereta malam tadi. Sedang tunggu flight, kami berbual dengan YB Dato' Mustapha (Tok Pa).
Sampai Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kul 8.10 pagi, kami disambut oleh kakitangan SKM Terengganu dan Kleantan untuk dibawa ke tempat program di Besut. Asagohan di Restoran Daun Pisang di Penbgkalan Chepa, makan nasi berlauk, itik serti dan ayam kampung. Kenyang yang amat.
Hujan turun dengan lebatnya sepanjang perjalanan ke Besut. Sampai persiapan sedang berjalan, ada pertandingan mewarna oleh Bank Rakyat, pertndingan memmasak makanan tradisional. Ummi sempat merasa makanan untuk pertandingan memasak, disini mereka dibekalkan dengan ikan dan perasa deqsu, Berbagai jenis masakan diadakan, ummi paling suka masakan tempoyak ikan kerapu,
Di Terengganu kami tinggal di Demong Beach Resort, Alhamdulillah besar dan cantik tempatnya, belakang ada pantai. Ummi tak sabar nak tunggu anak-anak sampai malam ni. Sepanjang tengah hari ummi dibilik sebab lelaki solat Jumaat. Usai solat kami tapak perasmian lagi, tengok pertandingan gasing. Rezeki hubby cuba sekali menjadi pula, happy dia,
Malam kami makan seafood di Zul Ikan bakar, maha Allah sedap tetapi tidak boleh lama, orang menunggu tempat duduk. Jam 10.00 kami balik semula ke tapak perasmian, unturk raptai.
Anak-anak sampai jam 10.30 malam, bawa makan dan kami balik he tempat penginapan dalam kul.11.30. Alhamdulillah semua berjalan sebagaimana dirancangkan.

Saturday, November 18, 2017
Mendaki Bukit Senaling
Hari ini seawal 4.00 pagi kami 4 beranak telah bangun dan siap-siap untuki ke Kuala Pilah. Cadangan awal bergerak kul 3.00 tapi tertidur. Bangun dan siap-siap akhirnya bertolak kul 4.30 pagi. Along pandu laju jugalah nak kejar masa. Sepanjang perjalanan nampak berkabus dan terasa sejuk. Sampai Petronas Kuala Pilah iaitu tempat yag dijanjikan lebih kurang kul 6.15 pagi. Kat Petronas memang dah ramai. Kami rehat dan urus diri sehingga 6.30, kemudian terus bergerak ke Bukit Senaling. Alhamdulllah, kawasan parkir pun luas.
Setelah ketua kumpulan selesai mendaftar kami dibenarkan mendaki. Ummi tertanya-tanya mampu kah ummi sebab bukit disini curam. Kuatkan semangat terus mendaki perlahan-lahan sehingga tidak terasa kami dah nak sampai ke puncak. Mula jumpa anak sungai dan kami terus mendaki sambil gambar. Pemandangan memang cantik, bukit yang berkabus. Dipertengahan kelihatan matahari mula naik, Subhanallah memang canti ciptaan Allah. Kami terus mendaki, di checkpoint 8, mula sukar, mendaki dilereng bukit, disediakan tali untuk dipegang, ummi macam nak giveup, tapi puncak dah dekat di checkpoint 10, mendaki jugalah. Bongsu ku M.A. Haziq pegang tangan ummi untuk naik, Along di belakang. Anak-anak semua ada peranan membantu ummi, ummi berhenti ada yang keluarkan makanan dan minuman, ada yang keluarkan face towel. kami mendaki dengan masa kami sendiri, kesian guide tu terpaksa tunggu ummi, sebab kami berempat tertinggal dibelakang.
Akhirnya puncak Bukit Senaling dapat ku tawan. Gambar sakan lagi. Hilang penat, mula turun, umi rasa taihen bila turun. Ummi jalan dengan perlahan, terasa begitu penat. Kami sampai ke temapt mula nail dalam kul 10.00 pagi. Alhamdulillah, RM20.00 bayaran permit termasuk asagohan dan guide. Kami memang enjoy. Ummi cadang nak ajak kawan-kawan PUSPANITA ummi join next time. (Gambar upload kemudian)

Thursday, February 09, 2017
Ketabahan ibu...
Hari ini cuti Thaipusam, cuti umum. Lebihkurang jam 7.00 pagi ayah dah keluar bermain golf, exersice katanya. Ummi dirumah kurang sihat hari ini, Asagohan Athirah sediakan mee goreng, Ikram pula tolong ummi menyidai baju dan osoji. Selesai asagohan Athirah ke MSU bincang bersama Mawaddah. Ikram pula hantar ummi facial dan sewaktu dengannya. Lama hari ini. Ummi balik ayah masih belum balik.
Ayah balik lebih kurang jam 4.00 petang rehat2 sikit kami pergi melawat Karim abang kepada Ibrahim, salah seorang pegawai di Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Hari ini dah 46 hari Karim berada di Hospital Shah Alam, sepanjang tempoh itu, ibunyalahnyag menjaganya sepanjang siang dan adiknya bergilir menjaganya waktu malam. Masuk ICU dah banyak kali. Menurut ibunya sudah 5 kali pembedahan dilakukan namun doktor belum dapat menemui ubat yang sesuai. Mulanya hanyalah pembedahan untuk hernia tetapi hingga hari kuman telah mejangkitinseparuh dari paru-parunya. Hari ini adalah hari ke7 antibiotik terkuat yang telah diberitahu oleh doktor. Menurut doktor ini adalah ikhtiar terakhir yang dapat dilakukan, sekiranya tidak ada perkembangan maka redhalah apa yang akan berlaku, saudara terdekat telah dipanggil.
Lebih kurang jam 7.00 kelihatan bacaan jantung telah tidak menentu, kejap naik kejap turun, nurse datang cuba betul alat dijarinya bacaan tidak berubah. Ibunya bangun untuk suapkan air dibibirnya, sambil menyebut Allah, Ibrahim juga terus mengajarnya mengucap. Allah lebih sayangkannya, jam 7.20 malam Karim diambil oleh Pencipta yang Maha Esa. Pergi seorang anak muda berumur 43 tahun. Nurse dan doktor datang dan sahkan ia telah tiada didunia yang fana ini. Begitu tenang ibunya. Semoga dosanya diampunkan dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Jenazahnya akan dikebumikan di Kelantan.
9.30 malam ummi temankan ayah ke Bukit Jelutong... Golf
Sunday, January 15, 2017
Sambutan Tahun Baharu 2017
Tahun 2017 telah datang, 2016 telah berlalu. Umur juga meningkat. Setelah bercuti selama seminggu bersama hubby hari ini kami melakukan aktiviti osoji bersama keluarga dan dibantu oleh Hafiz kenalan berbangsa Bangladeshi.
Malam selepas makan malam kami jalan-jalan sekitar Shah Alam. Cadang nak tengok hanabi tapi tidak jadi akhir nya menonton TV di rumah.
Saturday, September 10, 2016
Monday, July 11, 2016
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1437H /2016
Tahun ini Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada 6 Julai 2016. Seperti biasa kami akan balik sebaik sahaja selepas Suboh hari berkenaan, sebenarnya ummi malas nak berebut bilik air, semua suka bilik air bawah. Ummi sampai mereka masih menunggu giliran untuk mandi, nenek dah siap untuk ke masjid. Asagohan lebihkurang, kami bersama bonda ke masjid Kampung Bandar. Masjid Sultan Alaeddin sedang menjalani konswervasi oleh pihak JKR, so kami solat di ruang sementara.
Oleh kerana kami datang awal, mudah kami mencari parking kereta dan mencari tempat ditepi sudut bagi memudahkan bonda bersolat menggunakan kerusi. Kami suka bersolat dimasjid kerana dapat jumpa ramai saudara mara yang kadangkala kami jumpa bila solat hari raya sahaja. Lama bonda bercerita dengan Anjang Mahani dan Ucu Zainon. Mereka tinggal di Rawang dan pernah menjadi guru mengaji kami semasa kecil. Mereka gembira mendapat tahu anak-anak ummi Ikram dah jadi doktor gigi, Athirah dan Haziq pun In Sya Allah akan menjadi doktor. Semoga Allah meredhai dan merahmati kami sekeluarga dan anak-anak ummi berjaya mencapai cita-cita mereka di dunia dan akhirat.
Balik solat kami duduk makan beramai-ramai sampai kenyang, semua pulang membawa makanan masing-masing. penuh meja. Walau bagaimana tahun ini bonda tidak memasak apa-apa, so makanan habis Raya Kedua.
Tahun ini bonda begitu gembira bercerita dengan anak-anak ummi, memaklumkan beliau khatam quran sebelum Ramadan berakhir, kesihatannya pun baik sepanjang berpuasa. Semoga bonda terus sihat dan dapat menambah ilmu akhirat sebanyak mungkin bagi bekalan diakhirat nanti. Ameen.
Petang Hari Raya kami berjalan ke rumah Ngah Ana dan Alang Ani di Kelanang. Malamnya ke rumah Pak Itam dan lebih kurang jam 11.00 malam balik semula ke Shah Alam. Kami terpaksa balik sebab ada kucing 6 ekor yang perlu di beri makan.. Tema warna baju kami 'rose squash'.
My kids tolong add gambar Raya ye...