Happy me.
Saturday, September 10, 2016
Monday, July 11, 2016
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1437H /2016
Tahun ini Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada 6 Julai 2016. Seperti biasa kami akan balik sebaik sahaja selepas Suboh hari berkenaan, sebenarnya ummi malas nak berebut bilik air, semua suka bilik air bawah. Ummi sampai mereka masih menunggu giliran untuk mandi, nenek dah siap untuk ke masjid. Asagohan lebihkurang, kami bersama bonda ke masjid Kampung Bandar. Masjid Sultan Alaeddin sedang menjalani konswervasi oleh pihak JKR, so kami solat di ruang sementara.
Oleh kerana kami datang awal, mudah kami mencari parking kereta dan mencari tempat ditepi sudut bagi memudahkan bonda bersolat menggunakan kerusi. Kami suka bersolat dimasjid kerana dapat jumpa ramai saudara mara yang kadangkala kami jumpa bila solat hari raya sahaja. Lama bonda bercerita dengan Anjang Mahani dan Ucu Zainon. Mereka tinggal di Rawang dan pernah menjadi guru mengaji kami semasa kecil. Mereka gembira mendapat tahu anak-anak ummi Ikram dah jadi doktor gigi, Athirah dan Haziq pun In Sya Allah akan menjadi doktor. Semoga Allah meredhai dan merahmati kami sekeluarga dan anak-anak ummi berjaya mencapai cita-cita mereka di dunia dan akhirat.
Balik solat kami duduk makan beramai-ramai sampai kenyang, semua pulang membawa makanan masing-masing. penuh meja. Walau bagaimana tahun ini bonda tidak memasak apa-apa, so makanan habis Raya Kedua.
Tahun ini bonda begitu gembira bercerita dengan anak-anak ummi, memaklumkan beliau khatam quran sebelum Ramadan berakhir, kesihatannya pun baik sepanjang berpuasa. Semoga bonda terus sihat dan dapat menambah ilmu akhirat sebanyak mungkin bagi bekalan diakhirat nanti. Ameen.
Petang Hari Raya kami berjalan ke rumah Ngah Ana dan Alang Ani di Kelanang. Malamnya ke rumah Pak Itam dan lebih kurang jam 11.00 malam balik semula ke Shah Alam. Kami terpaksa balik sebab ada kucing 6 ekor yang perlu di beri makan.. Tema warna baju kami 'rose squash'.
My kids tolong add gambar Raya ye...

Wednesday, April 27, 2016
Alhamdulillah, dapat kata laluan menulis blog..
Tiba-tiba hari ini ummi boleh menulis dalam blog setelah sekian lama tertinggal.. Bukan sengaja tapi ummi tidak pandai log-in setelah Unit ICT update komputer. Dirumah ummi jarang dapat menulis, sibuk memanjang dengan berbagai kerja yang tidak akan selesai. Anak-anak dah tanya, kenapa ummi dah lama tidak menulis blog.
Cerita hari ini adalah berkaitan anak bongsu ummi yang soleh.. tanya ummi boleh ambil dia ketidak, aleh-aleh balik rumah, baru lepasa mandi dan pakai baju melayu yang lama dan tangan yang senteng. Ummi minta dia tukar dan bawa pula buku yang tidak diikat untuk dipulangkan. Katanya janji dengan kawan, sampai sekolah tidak ada sesiapa kat pondok, kami balik jer.. Singgah CIMB Bank, Haziq tolong ambilkan duit ummi, isi petrol dan beli tali untuk ikat buku yang tidak diikat lagi... Hari ini todak jadi hantar bu8ku ummi janji hantar esojk dan belanja Haziq asagohan. Hari ini kami puasa. Semoga puasa kami diterima. AAmeen.