Tuesday, May 31, 2005

Minggu ke lapan persekolah dan masuk bulan ketiga anak-anak di nensei baru

Diam tak diam Haziq dah lapan minggu bersekolah di Minooka Shogakko di 1 nen 1 kumi. Athirah di 6 nen 2 kumi dan Ikram 3 nen 4 kumi Chugakko. Masing-masing dah besar. Seronok juga jadi surirumah sepenuhmasa, dapat tengok anak-anak membesar depan mata, busy mengurus anak-anak, kadangkala tak terasa masa berlalu begitu cepat... sekolah pula ada banyak aktiviti yang melibatkan parents.. biasanya semua Ummi akan join.. kadangkala Ikram sampai tak bagi sebab katanya nanti banyak yang ummi tak faham... tapi tak kisahlah... asal kita enjoy.

Selesai anak-anak kesekolah, bersama hubby pergi ke Akashi, untuk renew lesen memandu Jepun. Jam 12.30 semua dah selesai, macam Ummi dulu, dengar ceramah dan tunjuk slide.. ada yang tidur. Bimbang balik lewat, bincang dengan Haziq, mulanya Haziq nak rusuban kat rumah, dah sediakan kunci dalam rando seru... bila Oohta san tahu, dia ajak Haziq omokae Ayaka chan dan main kat rumah dia sampai Ikram ambil jam 3.00 petang... Arigato Oota san, oota san ni boleh dikatakan kawan Jepun kami yang paling rapat dengan kami, sama-sama ke Yochien naik kereta hampir 2 tahun... dialah yang jadi jurucakap atau apa-apa maklumat yang kami tak berapa pasti... sekarang ni Megumi chan anaknya masih bersama Haziq dalam satu kelas, pergi dan balik pun masih bersama-sama.

Petang anak-anak mengadu nak keluar, sunyi lagi, so, bawa anak-anak ke Nadahama Science Square... lewat sikit, pertunjukan last jam 3.00 petang, kami sampai jam 4.10 tengok pameran biasa ajelah..janji akan datang lagi lepas ini.. Anak-anak seronok betul main-main kat situ.. mereka dibenarkan mencuba alat-alat kat situ.

Malam Pye datang bawa beras basmathi dan daging, minta masak nasi briyani. Makan bersama-sama. Kenyang betul. Arigato Pye. Pye juga bawakan Haziq hadiah tanjoubi.

Getsu yobi げつようび

Semalam tidur awal, bangun 3.30 pagi lepas sholat, kami tidur semula sampai 5.30 pagi.. siapkan bento macam biasa. Hari ini Ikram balik awal, tak tahu kenapa. Hari pula pakai baju sukan sebab ada medical check-up kat sekolah. Kat sini bagus sungguh, every year ada medical check-up seluruh badan, ambil air kencing, cacing, kutu dll, kalau kat Malaysia selalunya hanyalah check gigi dan ambil imunisasi... yang lain parents buatlah sendiri kalau nak anak sihat.

Hari ini mood Haziq baik, semua shukudai dah siap, hanya menghafal sifir 4... hafal sekejap dia dah dapat. Macam biasa Ummi akan temankan mereka ke KUMON dan kaimono ala kadar sebab stok makanan banyak... hanya beli buah sahaja untuk bento. Balik singgah ambil mereka, hari ini Ikram pun cepat, kami balik bersama-sama. Balik sekolah dia jalan perlahan naik tangga... teringatkan Mak Unggal... tersengeh-sengeh kita sebut dia ingat Mak Unggal.
Hubby pula hari ini jumpa Prof... hantar sahaja, balik dia jalan kaki. Dirumah berkemas lagi, kotak dah bertambah. Rasa macam dah tak sempat nak jalan aje...

Sunday, May 29, 2005

Sedihnya.... masa begitu cepat berlalu.

Jam 3.30 pagi emak dah kejutkan kami, dia dah siap-siap. Bangun leaps sholat terus kedapur siapkan sarapan pagi, nasi goreng aje....Jam 6.00 pagi semua dah siap, hubby dan Ikram hantar Tatee dan Suhaimi ke Sannomiya untuk menaiki bas ke Kansai Airport.. bawa barang yang besar-besar... kereta memang tak muat. Kami turun dari rumah lebihkurang 7.15 pagi... drive macam biasa, guna highway dan jalan biasa takut mengantuk kalau terus guna highway. 8.45 pagi sampai di Airport, Tatee dah lama menunggu, dia sampai jam 7.30 pagi... laju juga bas tu.

Sampai sana kebetulan ada 3 orang Malaysia, Kak Sham pun ajak join barang.. lepaslah semua. Alhamdulillah. Selesai urusan dikaunter, shopping lagi tu... ada beli baju, hiasan, handbag dll. Emak nak cari money clip ada gambar Jepun, tapi tak ada.

Lepas mereka semua masuk, kami pergi tengok-tengok barang kat bawah, money clip tu memang tak ada juga, tak ada rezeki emak kali ini. InsyaAllah kalau kami jumpa kami belikan. Lepas tu kami pergi pula ke Sky View tengok kapalterbang naik dan turun.. panas, tak boleh tahan lama kat situ...

Balik cuaca di Osaka mendung dan Kobe hujan, kami singgah di Amagasaki, Amado, hubby mengantuk so rehat sekejap kat situ, sambil masuk Konan dan Midori.

Sampai rumah, turun kereta, Haziq kata "senyapnya" naik rumah pun terasa sunyi, kami terus kemas barang dan vacumm lebihkurang... adalah barang-barang yang tinggal, tunggulah kami bawa balik nanti.. Malamnya semua orang tak makan... semua rasa tak lalu makan.. dah biasa 3 minggu makan bersama macam kenduri... cerita dsb. Hari ini balik macam biasa.

Hai... cepatnya masa berlalu.. kami ni pun dah tak lama lagi kat Jepun.. berbagai rasa ada, anak-anak kata kadangkala rasa nak balik, kadangkala rasa nak duduk sini, Haziq pula kata dia nak kerja kat sini... dia memang tak tahu lagi sebab umurnya lebih lama tinggal di Jepun dari di Malaysia.. rumah di Malaysia pun dia tak ingat macammana... kesian dia... tempat-tempat menarik kat Jepun aje yang dia tahu.. nak buka kedai kuakata dan kabutomuchi kat Haborland... tinggi betul cita-citanya, tak sangka seumur 7 tahun dah ada cita-cita nak buka kedai di tempat barang mahal-mahal. Mudah-mudahan dia manjadi anak yang sholeh dan berjaya dunia dan akhirat. Begitu juga dengan Ikram dan Athirah. Amin.

Malam ni semua tidur awal..

Saturday, May 28, 2005

Himeji Castle


My kids, Mom and Tatee


dipuncak tower Himejijo, lepas tulis nama...

Minum pagi kenyang-kenyang... nasi goreng, cucur udang dan pakora. Selesai minum pagi, Athirah buat cheese cakes dan bento untuk bawa ke Himeji Castle. Sampai Himeji lebih kurang Jam 2.00 petang. Masuk Himeji, Alhamdulillah emak larat berjalan, tahniah untuk bonda tersayang, termengah-mengah naik tangga, akhirnya berjaya tulis nama sendiri didalam buku di puncak tower. Di Himeji Castle sampai tutup. Omiyage kali ini ialah key chain dan buku.

Balik singgah di Gourmet City beli barang makanan untuk dibawa balik Malaysia... ah cepat betul masa berlalu..

Friday, May 27, 2005

Kin youbi..

Cepat betul masa berlalu, hari ini dah hari Jumaat, pagi tak kemana-mana... Tatee, Suhaimi dan Kak Sham sibuk berkemas dan menimbang barang masing-masing, nampak macam dah lebih muatan.. emak menyulam.

Hari ini ada medical check up. Ambil darah, naik sedikit tapi dalam lingkungan baik, dotor turunkan dose neoral dari 4 ke 3 biji dan tambah satu ubat lain... Ambil ubat.. Hari ini semua perubatan 10,180 yen...

Anak-anak sekolah, emak dan Tatee turun bergambar untuk kenangan. Petang pergi Tarumi, emak beli TASAKI pearl (shinju) warna hitam.


berkenan dah... pearls.


My kids (without Ikram), Mom, Tatee and Kak Sham

9.30 malam pergi rumah Andrew Daniel sensei.... sessi bergambar ramai.


Andrew Daniel sensei

Thursday, May 26, 2005

Shopping lagi....

Lepas minum bawa emak, Tatee, Suhaimi dan Kak Sham ke Rokkomichi... Tatee nak beli kasut. Mulanya masuk kedai Space deko membeli gelang tangan dan getah rambut serta handbag. Suka orang kedai tu, dekat 2 mang belanja kat situ... Kak Sham beli pula hiasan dalam botol.

Selesai disitu masuk pula 100yen shop, dah kurang belanja sebab tak boleh nak guna duit plastik. Kekedai kasut Tatee tak membeli sebab kasut tak ada saiz, zannen nee...

Balik elok-elokHaziq pun sampai... petang ni hantar pula anak-anak ke KUMON. beli sedikit sayuran tunggu mereka balik dan lepas Maghrib, terus pula ke Space deko, emak berkenan nak beli macam Kak Sham... sampai sana sibuk-sibuk memilih, tiba-tiba Kak Sham kata suruh pilih dan dia nak bayar.. tak terkata... rezeki pula bila pergi malam ini. Habis bershopping, hubby bawa ke Sannomiya dan kami berpossing pula di sekitar Kobe Tower, Habourland dan Meriken Park.

Balik keletihan, Tatee buat sup sayur...

Wednesday, May 25, 2005

Menjahit dan menyulam...

Pagi ini tak kemana-mana... hubby sibuk nak hantar paper tengahari ini. Hubby guna kereta. Kat rumah, emak tolong jahit sulam alas meja yang sudah lama terpengkalai... siap semua bunga emak sulamkan... arigato. Kalau nak tunggu buat sendiri, entah bila siap agaknya.

Malam, hubby bawa kami semua ke Konan, emak ambil order curtain yang dah sampai dan membeli pula pengetat alas meja.. Kak Sham membeli noren(langsir pintu Japan). Kami tolong tengok ajelah...

Tuesday, May 24, 2005

Minooka dan melawat jalan raya keliling sekolah bersama pekerja cityhall dan polis Nada...

Anak-anak kesekolah... kami semua kat rumah, tak tahu nak kemana, hubby sibuk benar. Esok kena submit first draft. Harap-harap lepas ni bolehlah jalan jauh sedikit.

1.25 petang jalan dengan emak ke Minooka Sgogakko... ada lakonan untuk mengelak dari penjahat oleh polis Nada. Lepas tu pergi melawat jalan-jalan di sekeliling sekolah mengiku group masing-masing.. Group Athirah ialah C.... penat juga berjalan... dapat pen dan ulongcha. Best juga.. emak tak larat jalan so balik sahaja. Haziq pun ikut juga.. Haziq dapat pen dari Matsumoto Kunihiro sensei.

Monday, May 23, 2005

Getsu yobi

Puas dua hari berjalan dan berbelanja, hari ini bertugas macam biasa, buat bento. Anak-anak bersekolah. rasa malas betul nak bangun masak. Petang ke Suido suji beli makanan dan Suhaimi beli batang pancing.

Sunday, May 22, 2005

ばらこえん - rose garden, Amagasaki


my kids (without Ikram), hubby, mom, Tatee, Suhaimi and Kak Sham - gokokujinja

Selesai berbelanja di flee market gokokujinja terus ke Amagasaki, tengok bunga rose.. menilik bunga macam tak pernah tengok rose.. bermacam spesis ada, sampai tak tahu nak ambil gambar, semua cantik.

Saturday, May 21, 2005

Nada まつり...

Ke Oji Koen sebab ada Nada Matsuri... ramai betul yang hadir. Haziq dan Athirah ambil tempat duduk depan untuk menonton magiranger, begitu juga dengan Ikram... yang lain biasalah, pusing-pusing tengok barang dan belanja sakan...

Friday, May 20, 2005

Suido suji...

Ke Suidosuji bersama Tatee dan Suhaimi, beli alarm dan sarung tangan. Petang Ikram, Tatee dan Suhaimi ke Universal Studio of Japan (USJ). Balik malam kepenatan...

Kami pulak bawa Athirah, Haziq, Emak dan Kak Sham ke Konan, shopping lagi...

Malam, ada makan-makan kat rumah Faisal.. makan soto.

Thursday, May 19, 2005

shopping

Hari ini Ikram cuti sebab baru balik Tokyo, chugakko ryoko.

Lepas minum terus ke nafco.. ambil order emak... Mereka beli frame, rak dll..then ke Rokkomichi 100yen shop, shopping lagi...

Tengahari makan Maggi then ke Suido suji pulak, budak-budak ada kumon... beli ulam-ulaman.. dan ke Konan.. habis kumon terus ke Rokkomichi lagi ambil gambar dan tengok kasut Tatee.

Hubby tak pergi sekolah... rehat sakan.

Wednesday, May 18, 2005

hapyo....

Hari ini ayah ada presentation di seminar kat daigaku... gambatte neee... Semoga tiada halangan untuk mencapai cita-cita.

Jam 4.30 petang ambil Ikram di Shin Kobe balik dari Tokyo... amboi, budak-budak berbelanja sakan.. Alhamdulillah, Ikram tak belanja besar... cukup hanya 10000 yen yang di beri... semua orang dapat omiyage darinya。 Pandai sudah dia berbelanja.

Lepas ambil Ikram terus ambil hubby. Balik gembira dia sebab dah lega... malam ni dia rehat setelah tak tidur lena beberapa hari ...

Tuesday, May 17, 2005

Minooka Shogakko no PTA toban


bersama teman bertugas, Ito sumi san dan ...


Minooka Shogakko no PTA, on duty...

Hari ini duty kali kedua, duty untuk kelas Haziq. Bertugas mulai 1.40 tengahari hingga 2.20 petang. Satu sessi 3 orang. Bertugas berdekatan dengan rumah. Tak kemana-mana sebab hubby guna kereta ke Daigaku.

Tengahari ini semua kekenyangan sebab makan nasi kerabu. Takuya kun dan Megumi chan datang main dengan Athirah dan Haziq kat rumah.


best friends Haziq...

Monday, May 16, 2005

Getsu yobi げつようび

Anak-anak sekolah macam biasa, ada pemeriksaan air kencing, pagi-pagi semua ambil sample air kencing... Haziq kena bawa berus gigi. Jam 7.45am hantar Ikram ke Shin-Kobe untuk naik shinkansen ke Tokyo. Macam biasa hantar dan tunggu sekejap dengar sensei bercakap, lepas semua masuk bilik menunggu kami pun balik.. buat kerja rumah macam biasa. Petang ke Suido suji hantar Athirah dan Haziq ke KUMON, bersama Tatee dan Suhaimi.

Sunday, May 15, 2005

Flee market kat Meriken Park dan Haborland.

Pagi, Ikram kesekolah hantar barang untuk dibawa ke Tokyo, chugakko ryioko mulai 5/16 hingga 5/18. Ikram kurang sihat sikit tapi Alhamdulillah.. balik sekolah dah sihat.

Ikram balik, kami semua pergi ke Flee market. Beli Japanese bowl, kasut, handbags etc. Belanja sakan.

Balik, singgah A Price beli bahan buat takoyaki. Ikram dan Athirah buat takoyaki.

Saturday, May 14, 2005

おたんじょうびおめでとう- Happy birthday to Haziq......こうべまつり - Kobe Festival

Genab 7 tahun Haziq hari ini... bangun pagi beritahu dia dah nana sai dan dah tak takut kakiburi... Happy birthday Haziq dari kami semua.

Pergi Meriken Park tengok Kobe matsuri dan kebetulan ada flee market.... memboronglah nenek, ucu, ayahcu dan Mak Unggal. Balik hantar nenek dan Mak Unggal kami pergi semula ke Sannomiya tengok parade.

Athirah baked a cake and decorated for Haziq birthday. Oishii desushita. Hadiahkan Haziq Games.

Friday, May 13, 2005

Minooka Shogakko no PTA

Hari ada appointment di Kobe Kaisei Hospital.. ambil ubat dan terus balik. Jam 3.20 petang bertugas untuk PTA sehingga 4.00 petang. Tugasnya senang aje, tengokkan budak sekolah balik ditepi jalan...

Selesai bertugas pergi NAFCO. Menu hari ini misosiru.

Thursday, May 12, 2005

Raining....

Hari ini Haziq perang besar dengan Athirah sebab katanya Kakak buat dia lambat buat shukudai... terlewat 1saat... mengamuk besar... yang sedapnya, walau marah kat kakak tapi nak kakak juga buatkan dia nestum untuk breakfast.

あさわいい天気ですでも tengahari mula hujan. Emak dan Kak Sham dah mula rasa sejuk... kami tak keluar.. petang ambil Ikram, Athirah dan Haziq di KUMON.. terus ke KOHYO.

Wednesday, May 11, 2005

Haziq ke sekolah

Hari ini Haziq ada taiku, bersemangat betul pergi sekolah... sejak masuk 1 nensei, dia suka betul pergi sekolah, bangun tak lewat 6.30 pagi, tak perlu dikejutkan, siap-siap dan terus ambil breakfast, paling dia suka nestum/quaker oat. Tiap pagi buat sendiri, Ummi dan Ayah buat tak sedap... begitu juga dengan Ikram dan Athirah.

Hari ini Ikram buat keputusan akan pergi ke Tokyo... ikut chugakko ryioko. Gembira dia... Petang bawa emak, Tatee, Suhaimi dan Kak Sham ke MIDORI. Emak beli curtain dan balang kuih, Kak Sham beli curtain.

Tuesday, May 10, 2005

えんそく ensoku


balik ensoku di Oji dobutsuen..

Hari ini cuti sebab ganti sekolah hari Sabtu... Athirah dan Haziq pergi Ojidobutsuen. Haziq seronok betul.. Dia complain dia kena tunggu barang sebab 2 kawan pergi main... sorang lagi pergi cari. Balik Ogasawara sensei hantar.


with Mom, Kak Sham and my sister, Tatee..

Ummi drive bawa mereka pergi Sunshine Wharf... petang bawa Ucu dan Ayahcu pergi suido suji jalan kaki... ayahcu dapat beli mesin pancing 500yen.

Selamat Hari Jadi untuk Abang Pian, semoga sentiasa diberkati Allah.

Monday, May 09, 2005

Obaachan

Hari ini Nenek, Ucu, Ayahcu dan Mak unggal sampai....

Kami pergi sekolah, hanya Ummi dan ayah pergi ambil. Balik sekolah semua dah ada... macam-macam makanan ada..best makan satay dan KFC... Mereka bawa maggi, nestum, milo dan kerepek dll, puas makan.... Hanya duduk rumah sebab mereka letih. Kami pergi KUMON.

Hari ini Haziq mula menulis renrakucho sendiri... bangga dia menunjukkan hasilnya. Sampai aje rumah terus tunjuk.

Sunday, May 08, 2005

Happy Mother's Day


danjiri kat Rokkomichi

Selamat Hari Ibu... Pergi Rokko Michi ada danjiri...

Petang Uncle Yusof dan Untie Yana serta Azhad datang... makan soba dan bubur caca.

Hadiahkan Ummi coklat.

Saturday, May 07, 2005

じゅぎおさんかん -jugio sankan/class observation

Today is our second time attended class observation for Ikram for this semester. Today is Fukuda sensei's class. The lesson today was how to handle baby. After attending class observation I went to Minooka shogakko for ikebana class and then went to Kobe University to play badminton.

Athirah baked cheese cakes.

Friday, May 06, 2005

御誕生日おめでとうお父さん - happy birthday otousan

Happy birthday to hubby, now you are 43, May Allah bless you. Amen.

Today golden week was finish, everybody went to work and school, so do hubby. He went to university today.. quit along time he just do their own work at home. As usual I make bento for my kids, today I cooked spaghetti, rice, scramble egg, cucumber and roasted chicken. Haziq went back at 1.50 pm., Ikram around 3.30pm and Athirah around 4.00pm. Raining for the whole day.

Thursday, May 05, 2005

Kodomono-hi (Children's Day) - Koinobori

Koinobori


Koinoborino uta

Yane yori takai koinobori
Ookii magoi wa otousan
Chiisai higoi wa kodomotachi
Omoshirosouni oyoideru

Romanized lyrics English translation

Carp streamers are higher than the roof
The biggest carp is the father
The small carp are children
Enjoying swiming in the sky

Setiap May 5, kodomon-hi disambut meriah oleh ibubapa dan anak-anak lelaki Jepun, boleh dikatakan ianya pasangan kepada hina matsuri, iaitu hari untuk anak perempuan. Mereka akan membuat acara makan-makan untuk keluarga dan sama-sama berdoa untuk kesihatan anak mereka. Bagi umat Islam tentunya kita sentiasa mendoakan anak-anak kita sekurang-kurang selepas setiap sholat...tidak perlu tunggu adanya hari tertentu.

Bagi Ikram, Athirah dan Haziq, mereka bangun awal dan siap-siap minta dihantar ke MIDORI... nak dapat hadiah kabuto mushi no kodomo, anak kumbang kot... macam ulat. jam 7.00am, pergilah ke MIDORI, sampai sana, jadi orang ke 5-8 dan kereta kedua menunggu masuk parking, datang awal, sebab hanya 20 orang pertama akan dapat. Buka gate berduyun pergi beratur... siap bawa kerusi lagi.. bukan nak kabutomushi aje... potongan harga pun banyak...Our first experience, tak pernah buat pun. Midori mula beroperasi jam 10.00am, mula beratur 7.30am... bayangkan.. mujur dapat 6 ekor anak kumbang tu dan beberapa barang lain yang memang murah kali ini.

Balik masing-masing kelaparan, breakfast cum lunch... lepas sholat, ke Merican Park pula sebab ada last day flee market... Jualan barangan tak berapa banyak mungkin kami dah lewat hari ini... tapi jualan makanan ehmmm, oishi so... mujur anak-anak dah faham, tak siapa pun minta, kecuali minta air sebab panas. Balik Merican Park, singgah pula di KONAN, shopping lagi.. beli tanah untuk kabuto mushi dan ikan senaka.

Athirah buat cakes sponge coklat untuk kodomonohi cum tanjoubi ayah. Ummi pula masak Nasi briyani. Kami sambut malam ni sebab, esok dah sekolah...ayah pula mungkin balik lewat malam esok.. sebab kena siapkan thesis dia... kesian ayah, dah beberapa minggu tak keluar rumah. Semoga ayah berjaya. InsyaAllah.

Tahun ini kami hadiahkan ayah Philishave 600 series quadra action HQ662, brand philips. Beli kat Midori.

Wednesday, May 04, 2005

Kokumin-no-syukujitsu (National Holiday)

Today and tomorrow Kobe Daigaku's student organized 春(はる)の子供(こども)大会(たいか い) -(-) Spring' Children's convention. About 200 kids aged from 幼稚園(ようちえん) to year 6小学校(しょうがっこう) joined today's convention. Athirah and Haziq also joined that taikai. It started from 9.30 am. and finised about 4.30 pm. Today’s programes were taiku, theater, looking for the lossed picture and games. Everyone brought their own bento for lunch.

During closing ceremony they gave the kidsプレゼント( small sword) and certificate. Everyone enjoyed.

Tuesday, May 03, 2005

Kenpou-kinen-bi (Constitution Memorial Day)

First day of the Golden Week... got to miss this holiday. lot of unfinished job... as the date line is around the corner, but... like the previous Year... golden week means flea market at Meriken Park.. took a short tour there..looking for a 500 yen brand new shirt, shoes and of course handbag, watch and Japanese dish... ended up with a handful of goodies ...

Our dinner tonight... mee rebus Kedah, oishi katta desu.

Monday, May 02, 2005

だんじり - danjiri

I'm alone today kids went to school, hubby also went to Daigaku. His prof. called him today. Athirah and Haziq went back early, after lunch... Ikram went back as usual. After Ikram went back, all of them went to KUMON.... on the way, we met Yumi chan and her mother, waiting for join danjiri (bring their god's house) arround our housing area. We took picture with them...

Tomorrow is holiday...

Sunday, May 01, 2005

なつがはじまりました - first day summer

あめがふている。。。 raining for the whole day... We planned to go to Sannomiya to see inforata (flower arrangement on the road) but because of raining, we just stay at home...